GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...
Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Wednesday, November 13

resepi: donut jagung a.k.a corn bomboloni

mimi_atia | 12:59 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Corn bomboloni??? Donut jagung??? Huhuhu... Yang mana satu nie??? Sebenarnya dua-dua pun nama dia ni ^__^ (memang tamak). Corn tu maksudnya jagung manakala bomboloni pula ialah donut dalam bahasa Itali. Maka terciptalah nama Corn Bomboloni. Kelasss gitu ^_^ !!! Corn bomboloni adalah projek inovasi makanan yang aku dan geng-geng aku buat sewaktu belajar di universiti dulu. 

Aku buat entri tentang resepi ni sebab hari tu kawan aku ade call bertanyakan resepi ni ada tak post di blog??? Aku pun tak berapa pasti sangat dan lepas godek-godek aku tengok belum ada post tentang resepi ni jadi aku buat entri ni khas untuk kawan aku Wan Shazwanie yang tengah preggy ^__^ 


PORSI = untuk 10 orang makan

BAHAN-BAHAN

700g tepung gandum
250g marjerin
3/4 paket yis
1 tin jagung manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

_______________________________________________________

CARA-CARA

1. Bancuhkan yis dengan sedikit air dan kemudian biarkan ia seketika. Janganlah biarkan semalaman pulak sebab itu dah dikira melampau. Agak-agaklah nak biarkan yis a.k.a ibu roti tu sendirian. Huhuhu...



2. Adunkan tepung gandum, marjerin, gula, jagung manis yang dalam tin tu (jangan campak dengan tin-tin sekali tau), garam beberapa cubit, yis dan sedikit air.
Okeyh!!! Part tambah air ni paling penting sebab memandangkan dalam jagung tin manis tu dah banyak air adalah sangat-sangat penting untuk letak jagung tin manis tu terlebih dahulu sebelum letak air. Tapi kalau agak-agak doh tu dah cantik jangan nak mengada-ngada letak air okeyh!!! Kemudian biarkan doh tersebut ditutup dengan kain lembab untuk bagi yis tadi memulakan kerjanya untuk mengembangkan doh tadi kasi gebu-gebu macam kak ton. Hahaha!!! 



3. Kemudian bentukkan doh tadi menjadi rupa donut dan susun cantik-cantik atas pinggan yang disapu tepung sebab tak nak donut tu melekat di pinggan. Tapi kami hamparkan pelapik plastik bersih atas meja dan tabur tepung atas pelapik tersebut dan susun. Biarkan donut tu seketika untuk kembangkan dan gebukannya lagi.   



4. Lebih kurang 20 minit donut dibiarkan mengembang, proses seterusnya adalah menggorengnya. Huhuhu... Nyum!!! Nyum!!! Nyum!!! Bila dah kekuningan maksudnya ianya sudah sedia untuk dimakan. Yeayyy!!! Susun cantik-cantik atas pinggan dan dihidangkan bersama tea 'o' panas untuk minum petang. Jom makan!!! ^__^


Friday, November 8

resepi: onde-onde sahabat

mimi_atia | 2:03 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Ehemmm...Ehemmm... Onde-onde sahabat in the house!!! Kelasss gitu nama kuih ni. Onde-onde pun nak tulis resepi ke??? Aigooo... Semua orang tahu buat kuih ni la mimi. Hekhekhek... Suka hatilah sebab ni blog aku jadi biarlah aku nak tulis ape pun. Okeyh, aku bagi nama kuih ni onde-onde sahabat sebab aku buat bersama-sama sahabat-sahabat yang aku sayang. Sebab tu namanya macam tu. Hahaha!!! Cliche giler. Kuih ni ada di sesetengah tempat orang panggil buah melaka. 


PORSI = untuk 5 orang makan

BAHAN-BAHAN

400g tepung pulut
3 helai daun pandan 
bahan pewarna hijau secukupnya
 2 ketul gula melaka didadu kecil
kelapa parut secukupnya
garam secukup rasa

____________________________________________________________

CARA-CARA

1. Letakkan tepung gandum di dalam bekas yang besar supaya senang nak menguli doh tu nanti sebab kalau bekas kecil bimbang kalau doh tu nanti lebih besar dari bekas. Huhuhu...



2. Ambil daun pandan dan racik kecil-kecil supaya senang nak blend dan tak adelah daun tu terkeluar dari blender sebab daun lagi panjang dari blender. Hahaha!!! Dah siap tambahkan sedikit air kalau tak tambah air memang tak dapatlah air jus pandan tu. Huhuhu... 



 3. Dah siap blend, tapiskan air jus pandan tu menggunakan penapis supaya tak de daun-daun yang tersesat masuk dalam jus pandan tu. Haaa...jangan tak tahu pulak yang air pandan sememangnya hijau okeyh!!! 



4. Selepas tu, barulah boleh masukkan sedikit demi sedikit air jus pandan ke dalam tepung pulut tadi. Masukkan sikit-sikit dan jangan nak gelojoh sangat takut-takut kalau terlebih air pandan tu dah jadi cucur pulak. Hahaha!!! Kalau rasa warna hijau tu tak cukup menyerlah, bolehlah tambah sedikit bahan pewarna hijau. Hijau taw bukan merah ke...oren ke...biru ke...naya onde-onde tu nanti dah jadi rupa alien kena make-up. Hahaha!!! 



5. Kacau jangan tak kacau!!! Kacau sehingga menjadi doh yang gebu-gebu.



6. Tadaaa!!! Doh yang gebu sudah menjadi. Lenguh aihhh!!! Makan senang sangat tapi nak buat tu lenguh juga urat-urat sendi ni. Huhuhu...



7. Lepas dah siap tu, bolehlah mula menggentel menjadi bentuk bulat-bulat. Kalau nak buat bentuk lain pun boleh tapi pelik pulak kalau onde-onde bentuk empat segi. Hahaha!!! Gentel la sampai habis tepung pulut tu. Dan jangan lupa pula nak letak ketulan kecil gula melaka yang telah didadu comel. Nanti tak ada rasa pula onde-onde ni. Jangan kedekut sangat gula melaka tu okeyh!!! 



8. Dah siap gentel terus masukkan dalam air panas yang menggelegak. Siap gentel satu terus masukkan taw. Jangan dah habis gentel baru nak masukkan. Memang nak kena hempuk dengan senduklah jawabnya. Hahaha!!! Dah masak tu, angkat dan campakkan dalam lautan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Huhuhu... Golek-golekkan onde-onde tu supaya kelapa parut sekata membaluti onde-onde tersebut (phewww!!! ayat drama kot) Kemudian hidangkan bersama teh 'o' panas untuk minum petang. 



p/s--> gambar kelapa tak sempat nak snap sebab bateri henpon dah habis

Sunday, November 11

resepi: congee

mimi_atia | 9:50 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Special recipe today is chinese food which we called it as 'congee' padahal kalau orang melayu kite panggil bubur nasik je. Just a simple recipe actually. So, I'll be explain and show to korang macam mana cara-cara nak buat congee ni ok. Bawah ni aku sertakan bahan- bahan dan juga cara-cara untuk membuatnya. 


PORSI = untuk 2 orang makan

BAHAN-BAHAN 

500g beras
1 1/2 cmb minyak bijan
1 kiub pati ayam
1.5 cm halia
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN IRINGAN

100gm ikan bilis halus (digoreng dan ditumbuk)
1/2 paket lobak masin hancur
2 biji telur masin
2 biji cili merah
2 cmb kicap cair

___________________________________________________

CARA-CARA

1. Basuhlah beras dulu macam biaselah kan (kang tak basuh segala macam benda asing tu tak ditapis dan dimasak sekali terutamanya kutu beras)



2. Lepas tu masaklah beras tu dengan sukatan airnya lebih sebab kalau tak lebih maka tak jadiklah buburnya. (pandai-pandailah korang sukat yup...erkk tapi janganlah sukat pakai measuring cylinder pulak nanti tak pasal-pasal kena ketuk ngan sodek nenek aku) Haaa! hari tu kami masak tak pakai rice cooker tapi masak pakai periuk biasa masak atas dapur. 
Haaa! amek kau. 



3. Lepas tu, sementara tunggu bubur tu masak buatlah benda-benda lain janganlah duk melangut je. Ni kat bawah ni kawan aku si Haris ngah potong daun sup+daun bawang. 
Rajin mamat ni bab masak memasak. 



4. Nie tangan si AK ngah masukkan telur itik masin dalam periuk untuk direbus. Nyum! nyum! memang terliur aku tengok telur masin ni. 



5. Ni si Haris gak yang ngah potong cili merah ni sebab bab potong memotong ni memang keje die je. Ahakzzz!!!



6. Goreng! goreng! goreng! gorenglah ikan bilis tu sebelum ditumbuk. Part ni kawan aku, wanie yang gorengkan kemudian ikan bilis ni akan ditumbuk. 



7. Inilah hasilnya apabila ikan bilis atau nama saintifiknya anchovies. Perghhh!!! (speaking plak dah aku ni)



8. Yang kat bawah ni adalah kicap berlada yang dibuat oleh AK. Tapi kan sebenarnya orang cina tak makan pedas taw so resepi kicap 'berlada' ni tersalah resepi sebab sepatutnya kicap ni kami campur je ngan sedikit bawang putih. 



 9. After bubur dah masak, telur dah masak, ikan bilis, kicap berlada, daun bawang, daun sup dan lobak jeruk dah lengkap semuanya jadi hidangkanlah atas meja. Amacam? Cantik tak? Tergugat Papa Jo Masterchef tu. So tunggu apa lagi...Enjoy the food!!!



Saturday, November 10

resepi: chicken cordon bleu

mimi_atia | 11:34 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Entry kali ni aku nak story pulak cara-cara nak buat western food. This food kalau kat america we called it as 'chicken cordon bleu' but if in malaysia aku tak tahulah korang semua panggil ape. Actually sama je america or malaysia pun because this food came from there too. Resepi ni adalah satu hidangan lengkap for western lunch because ianya akan dihidangkan bersama parsley potato, cream of spinach and mushroom sauce. Wallah! It's very yummy. Kalau tak percaya trylah buat sendiri kompem melekat je mulut kat pinggan (sedapnya hingga menjilat pinggan) Tapi...tapi...tapi untuk kali ni aku akan story cara-cara untuk buat chicken corden bleu dulu ok. 



PORSI = untuk 2 orang

BAHAN-BAHAN

2 ketul paha ayam (thigh not drumstick)
1 bungkus hotdog 
100gm cheddar cheese
2 batang lidi (untuk cucuk ayam dan bukan campur dalam makanan ok)
200gm serbuk roti (tak kisahlah kaler putih or oren)
4 biji telur
500gm tepung gandum
___________________________________________________

CARA-CARA

1. Mula-mula haruslah bersihkan thigh ayam tu. *PERINGATAN!!!! Kalau korang beli kat supermarket memang akan ada label 'thigh' jadi tiada masalah di situ. Tapi ingat jangan beli DRUMSTICK ayam sebab nanti tak menjadi sebab kita hanya akan ambil isi ayam dan semua tulang bagai tu akan dibuang atau kalau rajin silalah buat stok ayam.

2. Lepas tu, kita akan ketuk kepingan isi ayam tu dengan tukul. Janganlah dengan hammer yang kita guna untuk ketuk paku tu but at least ambillah hulu lesung batu pun boleh. Tapi kalau tak de pandai-pandai koranglah janji isi ayam tu jadi rata sebab we will roll it.  
Rock and Roll!!!

3. Hotdog tu kita potong nipis-nipis secara melintang means secara memanjang not roundelle shape ok. 

4. Lepas tu, kita letakkan kepingan hotdog atas kepingan ayam dan siap sedia untuk digulung. After we done roll it, barulah kita ambil lidi tadi dan cucuk-cucuk sampai tembus. Bukan ape, sebab tak nak kasi isi dalam tadi tu terburai. Alamak! Lupa plak sebelum cucuk taburkan cheddar cheese dulu baru gulung ok. Sorylah aku dah tua so datang dah penyakit pelupa tu.



5. Gaulkan benda tadi dalam tepung, celupkan dengan telur and lastly gaulkan pula dengan bread crumb ataupun in malay we called it as serbuk roti.










6. Kemudian gorengkan dalam minyak yang banyak dan pastikan minyak tu betul-betul panas ok.



   7. Apabila warnanya dah agak-agak gold tu korang angkatlah sebab tu menandakan that   
     food already cooked. Serve it and makan!!! Cara plating tu up to korang la ok. Kalau      
   setakat nak isi perut sendiri tak yah plating cantik-cantik pun takpe sebab perut sendiri   
        jugak. Gambar bawah ni aku dan ahli group aku plating sendiri ok! Bersenikan???