GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, November 8

resepi: onde-onde sahabat

mimi_atia | 2:03 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Ehemmm...Ehemmm... Onde-onde sahabat in the house!!! Kelasss gitu nama kuih ni. Onde-onde pun nak tulis resepi ke??? Aigooo... Semua orang tahu buat kuih ni la mimi. Hekhekhek... Suka hatilah sebab ni blog aku jadi biarlah aku nak tulis ape pun. Okeyh, aku bagi nama kuih ni onde-onde sahabat sebab aku buat bersama-sama sahabat-sahabat yang aku sayang. Sebab tu namanya macam tu. Hahaha!!! Cliche giler. Kuih ni ada di sesetengah tempat orang panggil buah melaka. 


PORSI = untuk 5 orang makan

BAHAN-BAHAN

400g tepung pulut
3 helai daun pandan 
bahan pewarna hijau secukupnya
 2 ketul gula melaka didadu kecil
kelapa parut secukupnya
garam secukup rasa

____________________________________________________________

CARA-CARA

1. Letakkan tepung gandum di dalam bekas yang besar supaya senang nak menguli doh tu nanti sebab kalau bekas kecil bimbang kalau doh tu nanti lebih besar dari bekas. Huhuhu...



2. Ambil daun pandan dan racik kecil-kecil supaya senang nak blend dan tak adelah daun tu terkeluar dari blender sebab daun lagi panjang dari blender. Hahaha!!! Dah siap tambahkan sedikit air kalau tak tambah air memang tak dapatlah air jus pandan tu. Huhuhu... 



 3. Dah siap blend, tapiskan air jus pandan tu menggunakan penapis supaya tak de daun-daun yang tersesat masuk dalam jus pandan tu. Haaa...jangan tak tahu pulak yang air pandan sememangnya hijau okeyh!!! 



4. Selepas tu, barulah boleh masukkan sedikit demi sedikit air jus pandan ke dalam tepung pulut tadi. Masukkan sikit-sikit dan jangan nak gelojoh sangat takut-takut kalau terlebih air pandan tu dah jadi cucur pulak. Hahaha!!! Kalau rasa warna hijau tu tak cukup menyerlah, bolehlah tambah sedikit bahan pewarna hijau. Hijau taw bukan merah ke...oren ke...biru ke...naya onde-onde tu nanti dah jadi rupa alien kena make-up. Hahaha!!! 



5. Kacau jangan tak kacau!!! Kacau sehingga menjadi doh yang gebu-gebu.



6. Tadaaa!!! Doh yang gebu sudah menjadi. Lenguh aihhh!!! Makan senang sangat tapi nak buat tu lenguh juga urat-urat sendi ni. Huhuhu...



7. Lepas dah siap tu, bolehlah mula menggentel menjadi bentuk bulat-bulat. Kalau nak buat bentuk lain pun boleh tapi pelik pulak kalau onde-onde bentuk empat segi. Hahaha!!! Gentel la sampai habis tepung pulut tu. Dan jangan lupa pula nak letak ketulan kecil gula melaka yang telah didadu comel. Nanti tak ada rasa pula onde-onde ni. Jangan kedekut sangat gula melaka tu okeyh!!! 



8. Dah siap gentel terus masukkan dalam air panas yang menggelegak. Siap gentel satu terus masukkan taw. Jangan dah habis gentel baru nak masukkan. Memang nak kena hempuk dengan senduklah jawabnya. Hahaha!!! Dah masak tu, angkat dan campakkan dalam lautan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Huhuhu... Golek-golekkan onde-onde tu supaya kelapa parut sekata membaluti onde-onde tersebut (phewww!!! ayat drama kot) Kemudian hidangkan bersama teh 'o' panas untuk minum petang. 



p/s--> gambar kelapa tak sempat nak snap sebab bateri henpon dah habis

No comments: