GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Sunday, November 11

resepi: congee

mimi_atia | 9:50 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Special recipe today is chinese food which we called it as 'congee' padahal kalau orang melayu kite panggil bubur nasik je. Just a simple recipe actually. So, I'll be explain and show to korang macam mana cara-cara nak buat congee ni ok. Bawah ni aku sertakan bahan- bahan dan juga cara-cara untuk membuatnya. 


PORSI = untuk 2 orang makan

BAHAN-BAHAN 

500g beras
1 1/2 cmb minyak bijan
1 kiub pati ayam
1.5 cm halia
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN IRINGAN

100gm ikan bilis halus (digoreng dan ditumbuk)
1/2 paket lobak masin hancur
2 biji telur masin
2 biji cili merah
2 cmb kicap cair

___________________________________________________

CARA-CARA

1. Basuhlah beras dulu macam biaselah kan (kang tak basuh segala macam benda asing tu tak ditapis dan dimasak sekali terutamanya kutu beras)



2. Lepas tu masaklah beras tu dengan sukatan airnya lebih sebab kalau tak lebih maka tak jadiklah buburnya. (pandai-pandailah korang sukat yup...erkk tapi janganlah sukat pakai measuring cylinder pulak nanti tak pasal-pasal kena ketuk ngan sodek nenek aku) Haaa! hari tu kami masak tak pakai rice cooker tapi masak pakai periuk biasa masak atas dapur. 
Haaa! amek kau. 



3. Lepas tu, sementara tunggu bubur tu masak buatlah benda-benda lain janganlah duk melangut je. Ni kat bawah ni kawan aku si Haris ngah potong daun sup+daun bawang. 
Rajin mamat ni bab masak memasak. 



4. Nie tangan si AK ngah masukkan telur itik masin dalam periuk untuk direbus. Nyum! nyum! memang terliur aku tengok telur masin ni. 



5. Ni si Haris gak yang ngah potong cili merah ni sebab bab potong memotong ni memang keje die je. Ahakzzz!!!



6. Goreng! goreng! goreng! gorenglah ikan bilis tu sebelum ditumbuk. Part ni kawan aku, wanie yang gorengkan kemudian ikan bilis ni akan ditumbuk. 



7. Inilah hasilnya apabila ikan bilis atau nama saintifiknya anchovies. Perghhh!!! (speaking plak dah aku ni)



8. Yang kat bawah ni adalah kicap berlada yang dibuat oleh AK. Tapi kan sebenarnya orang cina tak makan pedas taw so resepi kicap 'berlada' ni tersalah resepi sebab sepatutnya kicap ni kami campur je ngan sedikit bawang putih. 



 9. After bubur dah masak, telur dah masak, ikan bilis, kicap berlada, daun bawang, daun sup dan lobak jeruk dah lengkap semuanya jadi hidangkanlah atas meja. Amacam? Cantik tak? Tergugat Papa Jo Masterchef tu. So tunggu apa lagi...Enjoy the food!!!



No comments: