GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Wednesday, November 13

resepi: donut jagung a.k.a corn bomboloni

mimi_atia | 12:59 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Corn bomboloni??? Donut jagung??? Huhuhu... Yang mana satu nie??? Sebenarnya dua-dua pun nama dia ni ^__^ (memang tamak). Corn tu maksudnya jagung manakala bomboloni pula ialah donut dalam bahasa Itali. Maka terciptalah nama Corn Bomboloni. Kelasss gitu ^_^ !!! Corn bomboloni adalah projek inovasi makanan yang aku dan geng-geng aku buat sewaktu belajar di universiti dulu. 

Aku buat entri tentang resepi ni sebab hari tu kawan aku ade call bertanyakan resepi ni ada tak post di blog??? Aku pun tak berapa pasti sangat dan lepas godek-godek aku tengok belum ada post tentang resepi ni jadi aku buat entri ni khas untuk kawan aku Wan Shazwanie yang tengah preggy ^__^ 


PORSI = untuk 10 orang makan

BAHAN-BAHAN

700g tepung gandum
250g marjerin
3/4 paket yis
1 tin jagung manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

_______________________________________________________

CARA-CARA

1. Bancuhkan yis dengan sedikit air dan kemudian biarkan ia seketika. Janganlah biarkan semalaman pulak sebab itu dah dikira melampau. Agak-agaklah nak biarkan yis a.k.a ibu roti tu sendirian. Huhuhu...



2. Adunkan tepung gandum, marjerin, gula, jagung manis yang dalam tin tu (jangan campak dengan tin-tin sekali tau), garam beberapa cubit, yis dan sedikit air.
Okeyh!!! Part tambah air ni paling penting sebab memandangkan dalam jagung tin manis tu dah banyak air adalah sangat-sangat penting untuk letak jagung tin manis tu terlebih dahulu sebelum letak air. Tapi kalau agak-agak doh tu dah cantik jangan nak mengada-ngada letak air okeyh!!! Kemudian biarkan doh tersebut ditutup dengan kain lembab untuk bagi yis tadi memulakan kerjanya untuk mengembangkan doh tadi kasi gebu-gebu macam kak ton. Hahaha!!! 



3. Kemudian bentukkan doh tadi menjadi rupa donut dan susun cantik-cantik atas pinggan yang disapu tepung sebab tak nak donut tu melekat di pinggan. Tapi kami hamparkan pelapik plastik bersih atas meja dan tabur tepung atas pelapik tersebut dan susun. Biarkan donut tu seketika untuk kembangkan dan gebukannya lagi.   



4. Lebih kurang 20 minit donut dibiarkan mengembang, proses seterusnya adalah menggorengnya. Huhuhu... Nyum!!! Nyum!!! Nyum!!! Bila dah kekuningan maksudnya ianya sudah sedia untuk dimakan. Yeayyy!!! Susun cantik-cantik atas pinggan dan dihidangkan bersama tea 'o' panas untuk minum petang. Jom makan!!! ^__^


No comments: