GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, January 25

i'm got crazy on CHANEL

mimi_atia | 3:27 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


I'm gonna be crazy because of you CHANEL. Wow!!! so exclusive..simple and for sure it's so pretty gorgeous. Double thumb's up for this brand. I love this brand although it's just simple because i'm the simple one too. But, this brand is too expensive. Hukhuk...so hanya mampu melihat ajelah. Almost everyday aku cuci-cuci mata search google and find the CHANEL stuff like handbag, sunglasses, perfume and all of the CHANEL brand. Hikhik...Sedih kan??? 

Dah tu nak buat macam mana sebab nak beli tak mampu sampai mimpi-mimpi taw. Haishhh...hebat sungguh penangan kau wahai CHANEL. Nanti aku dah keje satu kedai CHANEL aku borong. Tu pun kalau ade duit lebih. Kalau tak, melopong ajelah depan kedai CHANEL tu pastu balik rumah search google lagilah cuci-cuci mata. Hahaha...

Actually aku tak tahu sjeak bila aku berkenan dengan brand ni. Sedangkan banyak lagi brand lagi yang lagi...lagi...lagi gempak macam PRADA...COACH...LV and many more. Tapi aku tetap jatuh hati kat CHANEL ni. Apa-apa pun aku harap dapatlah beli satu handbag CHANEL, satu sunglasses, satu perfume, satu kasut dan setiap satu stuff CHANEL ni. Hahaha... Kopak duit guwa!!! Susah-susah sangat aku beli je bag yang tak ade jenama kat pasar malam pastu aku lukis sendiri lambang CHANEL. Hahaha... Confirm meleleh air mata kalau orang tahu aku sanggup buat macam tu. Sadis kan??? Hahaha...


crazy on you!!!

nak hantaran macam ni boleh tak??? Hehehe...



Thursday, January 24

salam Maulidur Rasul 1434H

mimi_atia | 1:26 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ke saat ini dan tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Semoga hari ini kita semua diberikan barakah oleh Allah SWT. Hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah dan cukup istimewa bagi kita umat Islam yang mana hari ini merupakan hari kelahiran kekasih Allah (habibullah) nabi yang sangat kita cintai iaitu nabi Muhammad SAW. 

____________________________________________________

Kebiasaannya kalau di sekolah-sekolah atau agensi-agensi kerajaan dan sebagainya mereka semua akan mengadakan satu acara khas bagi memperingati hari kelahiran baginda ini (Sambutan Maulidur Rasul) dengan disertai acara perarakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, berzanji, bernasyid dan sebagainya yakni acara yang boleh membangkitkan lagi rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. 

Walau bagaimanapun, yang sebetulnya sambutan Maulidur Rasul ini sama sekali tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga dengan para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila terasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. 

MasyaAllah...lihatlah betapa cintanya mereka kepada Rasulullah 

Tetapi pada zaman tabi'in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dari Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh dari roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan yang benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga kewafatan baginda.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan lagi rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangan baginda.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir baginda tetapi merupakan satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itulah, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasulullah. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW serta perjuangan baginda.  

___________________________________________________

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama penuh : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ayah : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/ 20 April 571M 
(dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah 
menyerang kota Ka'abah)

Tarikh kewafatan : hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M

Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah

Usia semasa wafat : 63 tahun

Nama isteri-isteri :
❤ Khadijah binti Khuwailid
❤Saudah binti Zam'ah
❤ 'Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
❤ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar Al-Khattab)
❤ Ummi Habibah binti Abu Sufyan
❤ Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
❤ Zainab binti Jahsy
❤ Maimunah binti Harith
❤ Safiyah binti Huyai bin Akhtab
❤ Zainab binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin': ibu orang miskin)

Nama anak :
❤ Qasim
❤ Abdullah
❤ Ibrahim
❤ Zainab
❤ Ruqaiyah
❤ Ummi Kalthum
❤ Fatimah Al-Zahra'

Bentuk fizikal Rasulullah SAW :
Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana --> tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlau rendah. Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajah baginda tampan, rambut Nabi SAW tidak terlau kerinting tetapi tidak pula lurus, rambut baginda ikal dan mencecah bahu. Kata-kata baginda lembut tetapi bernada tegas. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Warna kegemaran Rasulullah :
Merah...Hijau...Putih

Makanan kegemaran Rasulullah :
❤ Bali
❤ Kurma
❤ Buah tin
❤ Anggur

Sukan kegemaran Rasulullah :
❤ Menunggang kuda
❤ Memanah 
❤ Berenang


  
Apa yang diberikan Rasulullah kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya.

Surah Al-Hasyr (59): Ayat 7

Wednesday, January 23

belajar bercinta kerana Allah

mimi_atia | 6:26 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim



Belajar bercinta kerana Allah???

Bagaimana??? 
--> Istikharah dan terima apa sahaja ketentuanNya. Tinggalkan dia tanpa sebarang harapan yang menjulang, beri dia sedikit kata. "ALLAH ITU PENENTU KITA" Jangan ditaja tentangnya, cukuplah Allah sahaja tahu dan berusahalah bersama mempercepatkan kehalalan kalian.

Jika jawapannya "YA". Selepas halal, barulah boleh diiktiraf BERCINTA KERANA ALLAH.

Jika jawapannya "TIDAK".....
Maka redhalah dengan ketetentuan Sang Pencipta Cinta.
Diam dan redha atas apa segala ketentuanNya.

When Allah gives us "NO" for an answer, keep in mind that there is a much greater "YES" behind it. His "NO" is not a REJECTION, but a REDIRECTION... 
May Allah ease...May Allah bless...


p/s-->karya dari iluvislam.com

Tuesday, January 22

beritahu pada muslimah

mimi_atia | 8:16 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


✿ Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca --> disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.


✿ Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata --> cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah nanti dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata.
kerana pulut santan binasa...kerana mulut badan binasa

✿ Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku --> harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.


✿ Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian --> ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan apa sekalipun, biar orang kenal dia sebagai seorang ISLAM.


✿ Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu --> kerana malu itu sebahagian daripada IMAN.




p/s--> karya dari iluvislam.com 

Monday, January 21

tips memilih calon suami yang baik

mimi_atia | 4:43 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim



Tips Memilih Calon Suami Yang Baik 

--> Kuat agamanya
Bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

--> Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya.

--> Tegas mempertahankan maruah

--> Amanah
Bila dia berjanji dia menepati.

--> Tidak kedekut
Tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

--> Terbatas pergaulan
Apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram) dengan pantas dia mengalihkan pandangannya. Apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan pandangannya.

--> Rakan pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

--> Tenang wajah
Mulut berzikir...mata tidak pernah jemu melihat al-quran...tangan yang tidak pernah penat dalam melakukan kebaikan dan air mata jatuh kerana taubat.



BERBAHAGIALAH KAMU JIKA DIINTAI CALON YANG DEMIKIAN SIFATNYA              

Sunday, January 20

saat aku ...

mimi_atia | 5:33 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim




Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan...Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang...Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan...Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain...

Aku bertanya pada Allah:
"Ya Allah...kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki?"

Allah menjawab:
"Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya"

Aku kembali bertanya:
"...tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?"

Jawab Allah:
"...kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu"

"Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu jika kamu masih kasar"

"Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu di saat kamu masih mencari yang terbaik "

"Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego"

"Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu"



Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

(QS: An-Nur [24];26)

p/s-->karya dari iluvislam.com

Saturday, January 19

BRAINS dalam kenangan

mimi_atia | 5:02 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


BRAINS adalah singkatan nama bagi sekolah aku which is it stand for Batu Rakit Integration School (SBPI Batu Rakit). Sekolah ini terletak di kawasan pantai sebab dah namanya pantai timur kan dan tambahan plak belakang sekolah aku tu de pantai. Tiap kali kalau buat kem kat sekolah mesti kitorang akan ke pantai tersebut. Kalau pandangan dari aspura dan aspuri tingkat tiga tu aku agak bolehlah nampak pantai sikit-sikit. 

Dah hampir lima tahun aku tinggalkan sekolah ni. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku di sekolah ni. Aku start masuk sekolah ni since aku form 1 dan waktu tu sekolah ni baru dibuka. That's mean that my batch is the first product of BRAINS. Tapi student form 2 hingga form 5 masa tu diambil dari student SMKA Batu Rakit dulu yang dipindahkan masuk ke sini. So, abang-abang dan kakak-kakak senior kat situ semua asal orang kawasan batu rakit situ je. 

Aku rindu sangat-sangat suasana sekolah. Jadi, hari ni tergerak hati aku untuk tulis semua kenangan yang aku ingat sewaktu bersekolah di situ since 2003-2007. I LOVE MY SCHOOL!!! Sekarang, BRAINS dah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sebab pencapaian PMR dan SPM semakin meningkat saban tahun. Tahniah BRAINS dan warga pendidik BRAINS!!!


BRAINS dari angkasa

flat dan banglo kediaman guru-guru BRAINS

simbol BRAINS

bangunan pentandbiran dan kantin BRAINS

masjid dan dewan BRAINS

_____________________________________________________


✎ Waktu form 1 baru masuk sekolah dan baru nak biasakan diri tinggal di asrama so biasalah kalau homesick kan. Asyik nangis aje tapi tak adelah sampai nak tendang-tendang pintu bilik sampai bergegar. Malu eyh kat kengkawan laen tengok.


✎ Dulu heboh pasal ade orang minyaklah area batu rakit tu sampaikan kami semua angkat segala tilam bagai tidur atas lantai. Ada satu hari tu, dua bilik bergabung tidur sekali. Satu bilik ade 8 orang so bayangkan 16 orang tidur atas lantai ramai-ramai. Hahaha!!! Lepas tu kalau waktu tu hari sekolah kelam kabutlah nak kemas dan rapikan cadar dan selimut bagai. Tapi kalau hari cuti tambah plak tak ade roll-call pagi memang langsung tak berangkat tilam tu. Huhuhu!!! Memang happening la.


✎ Masa form 2 kami semua diasingkan ikut rumah sukan masing-masing. Tetiba plak aku elok-elok dari rumah merah (Khalid Al-walid) tetiba masa daftar masuk form 2 dapat rumah hijau plak dah (Tariq bin Ziad) sepatutnya rumah sukan akan kekal dari form 1 sampai form 5 tapi entah kenapalah aku kena masuk rumah sukan hijau. Nasib badan...tapi tak apelah sebab best jugak masuk rumah sukan hijau ni. Last-last kena jadik ketua rumah sukan hijau masa hujung-hujung form 4 sekejap sebab form 5 aku dah dinaikkan pangkat sebagai bendahari pengawas. 


✎ Masa hari sukan sekolah memang kami semua tak tidur dan semua orang sibuk untuk siapkan segala bagai hiasan untuk maskot rumah sukan dan hias khemah masing-masing. Bayangkanlah pukul 12 tengah malam lebih kami semua still ramai-ramai di padang. Huhuhu!!! Rumah hijau masa tu dibawah kelolaan Sensei Azman Rodi. Sensei means 'cikgu' dalam bahasa jepun. Jadi, kami gunakan sepenuhnya bilik bahasa jepun sepenuhnya. Huhuhu...Ketua rumah sukan (bukan aku dah) sibuk ajar budak-budak nyanyi lagu rumah sukan dan cipta cheers pada malam tu. 


✎ Masa form 2 aku ingat lagi masa tu aku ditempatkan bersama-sama akak-akak senior yang agak naughty. Huh! masa tu kami cukup tak suka pengawas. Kebetulan masa tu bilik kami betul-betul depan bilik pengawas so apa lagi...malam masa semua orang dah masuk bilik dan pengawas dah laung dari bawah dan ronda setiap bilik sambil ketuk pintu 'light-off light-off...susun selipar kat luar ni!!!' Gila garangkan pengawas sekolah ni. Hahaha!!! Masa tu bilik kitorang memang dah tutup lampu dan masa aku ngah susun selipar aku gitaw akak-akak senior bilik aku...'kak, bilik pengawas pun tak susun selipar nak suruh-suruh kita...kita sound skali nak?' Aku yang pergi sound bilik pengawas tu taw. Ganas kan??? Hahaha!!! Aku pergi ketuk kuat-kuat sambil laung suruh diorang susun selipar dan terus lari masuk bilik. Dari bawah pintu kami intai dan tengok ada sorang akak pengawas tu keluarlah cari sape punya keje sound bilik diorang dan dia pun dengan sukarela susun selipar. Hahaha!!! 


✎ Hujung tahun masa form 2 aku dipanggil interview untuk temuduga pengawas. Hahaha!!! Gelak besar jugaklah aku memandangkan aku pernah buat jahat pastu tetiba dapat interview jadi pengawas. Dengan muka slumber aku pun pergilah. Last sekali aku dapat taw yang aku dapat jadi pengawas. Erkkk...padan muka kau mimi!!! Bersedialah untuk dibenci (slogan nak jadi pengawas)


✎ Masa form 4 waktu tu ada kem ibadah dan waktu tu jugak aku dilantik jadi sidang redaksi sekolah yang mana kami diberi tanggungjawab untuk menghasilkan majalah sekolah. Masa diorang ngah sibuk-sibuk BBQ satu form 4 masa tu kami bleh plak kena siapkan majalah sekolah sebab nak kejar date line. Fuhhh!!! Bayangkan masa tu bulan puasa taw kami terpaksa bermalam di bilik redaksi sekolah ramai-ramai. Tiba waktu sahur kami semua pergi dewan makan ramai-ramai. Banyak keje nak kena buat woo. Kalau waktu PnP memang kami terpaksa skip kelas untuk jalankan tugas ambil gambar semua. Tugas aku buat announcement panggil pelajar, kelas, kelab dan yang sewaktu dengannya yang terlibat untuk diletakkan dalam majalah sekolah. Tapi memang best jadi ahli redaksi sekolah sebab dapat taw segala bagai proses nak buat sebuah majalah guna adobe illustrator dan edit-edit gambar. Ahli redaksi sekolah memang hanya akan terdiri daripada pelajar form 4 sahaja. Tapi tak taw lah sekarang macam mana sebab aku dah lama tinggalkan sekolah.


✎ Waktu latihan kebakaran lagi syiokkk!!! Kebetulan masa tu aku dan geng-geng pengawas laen memang semua ada dalam bilik gerakan pengawas asrama bertugas dan saje-saje lepak situ. Kami memang dah taw akan ada latihan kebakaran sebab warden dah gitaw kami siang-siang. Kringgggggg!!! Semua budak asrama kelam kabut turun dan keluar dari asrama tapi tak kurang jugak ada yang ngah mamai lagi tu. Huuu...Memang lawak lah. Tapi alhamdulillah sepanjang aku kat sekolah tiap kali ada latihan kebakaran aku memang tak pernah 'terbakor'. Huuu...Bila semua budak aspura dan aspuri dah berkumpul dan ketua kamar bilang anak buah masing-masing. Ada yang cukup dan ada yang tak cukup. Masa tu sebilangan pengawas dikehendaki check semua bilik. Tup..tup...ada lah budak form 1 siap mandi dan siap pakai sekolah lagi taw. Rasa nak tergelak tapi kami tahan je. Lepas tu dah dengar penerangan PK HEM dan warden semua barulah kami semua dibenarkan masuk tidur balik. Kenangan yang sangat indah!!! Hiii...


✎ Masa akhir form 3 atau form 2 aku dah ingat-ingat lupa yang mana masa tu aku dan kawan-kawan lain tak dapat balik kampung sebab terpaksa jadi urusetia untuk Hari Kecemerlangan Bahasa Arab SBP means hanya sekolah berasrama penuh yang ada subjek bahasa bahasa arab sahaja yang terlibat. Seronok jugaklah walaupun tak dapat balik rumah. Dapat kenal ramai kawan dari banyak sekolah.


✎ Masa form 3 ada satu minggu tu kami semua terpaksa pulang ke kampung sebab asrama akan digunakan untuk penginapan budak-budak ragbi. Faham-faham jelah kalau budak ragbi ni kan. Kompem dah ganas giler kan. Bayangkan taw, lepas kami semua kembali ke asrama masuk je bilik, aku memang mengucap panjang dan rasa macam nak sumpah-sumpah je sape yang duduk bilik kitorang. Macam tongkang pecah!!! Stokin busuk...limau yang diorang dah kemam buang atas lantai macam tu jew...bau hancing...tilam habis kena conteng. Tapi satu hal yang kami bersyukur sebab semua barang-barang dalam locker kami kosongkan dan masukkan dalam stor. Fuhhh!!! Jenuh nak bersihkan bilik tu. Rasanya kena samak je bilik tu. Aku jumpa ngan makcik cleaner dan makcik dobi dan diorang memang cakap budak-budak ragbi yang duduk di aspuri memang sangat ganas. Diorang kencing bukan dalam tandas taw tapi diorang kencingkan dinding kat luar tandas. Patutlah satu aspuri dari bawah sampai tingkat 3 bau hancing.   


✎ Hari yang paling best adalah Hari Terbuka Asrama yang mana pelajar perempuan boleh masuk asrama lelaki dan sebaliknya. Masa tu aku form 5 dah. Budak-budak ni kemain suka lagi diorang. Maklumlah dapat tengok bilik pakwe dan makwe diorang. Hahaha... Aduyai budak-budak. Sebelum hari kejadian memang sibuklah diorang ni semua menghias kamar masing-masing maklumlah pakwe nak datang bilik ni. Hahaha!!! Pelajar di sekolah ni ditempatkan mengikut rumah masing dan bagi satu kamar akan terdapat pelajar form 2 hingga form 5 seramai 8 orang. Pelajar form 1 di tingkat bawah sekali sebab takut dibuli. Tingkat dua rumah biru dan merah manakala tingkat atas sekali rumah hijau dan rumah kuning. Memang best!!!


✎ Tahun 2007 guru-guru BRAINS memberikan sepenuh tanggungjawab kepada semua pelajar form 5 untuk mengelolakan hari guru pada tahun itu. Dan tradisi ni diteruskan lagi hingga ke hari ini di mana bukan guru lagi yang merancang setiap aktiviti pada hari guru tetapi pelajar form 5. Untuk tahun itu memang tahun aku dan rakan-rakan satu batch yang laen bertungkus-lumus nak siapkan dewan. Kami hias dewan berkonsepkan ala-ala perkahwinan yang mana kami pinjam siap segala pintu gerbang yang biasa orang letak masa kawen tu. Kain-kain, susunan dalam dewan, aktiviti-aktiviti, menu makanan guru dan pelajar semua kami handle. Dari situ memang nampak kerjasama antara semua pelajar form 5 dan segala penat lelah sangat-sangat berbaloi. 


✎ Hari Graduasi pelajar form 5 diadakan di Istana Budaya Kuala Ibai. Buat kali pertama kalinya kami menyarung jubah konvo tapi tak delah topi petak berambu-rambai tu. Huuu...The best moment in my life tapi sedih sangat-sangat sebab terpaksa tinggalkan sekolah buat selamanya.


_____________________________________________________

Yang ni je yang aku ingat setakat ni tak termasuk yang censored untuk diceritakan 
(tapi rasanya tak de yang censored pun) Kalau ade lagi yang aku ingat aku akan tambah lagi. Walau apa pun segala kenangan memang tak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. Kerana kenangan itu sangat-sangat berharga. Aku sangat-sangat merindui zaman persekolahan. Sekarang BRAINS semakin maju baik dari akademik, kokurikulum, disiplin dan juga pentadbirannya. Syabas BRAINS!!!   


<<<BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN BRAINS>>> 

Monday, January 14

pantang larang orang tua dulu kala

mimi_atia | 6:16 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim




Orang tua zaman dulu kala memang banyak pantang larangnya. Kadang-kadang bila kita fikir memang sangat tak masuk akal. Tapi bila kita fikir dari sudut positif masuk akal jugak. Sekejap masuk akal sekejap tak masuk akal.


Kali nie aku hanya nak tulis pantang larang untuk yang sesiapa rasa dirinya seorang wanita atau perempuan tak kiralah sama ada pangkat kanak-kanak...muda remaja...anak dara...mak dara...mak datin dan yang sewaktu dengannya lah.


1) Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. 
--> kalau orang tua tu kaya berharta macam Donald Trumph aku rasa semua pakat duk berebut dan hari-hari duk nyanyi kat dapur tu...hahaha!!!


2) Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 
--> aku belum pernah lagi tengok orang jahit baju di badan tapi kalau jahit tepi kain hujung bawah yang koyak sampai paha sebab main kejar-kejar pernah lah jugak berdasarkan pengalaman aku sebagai guru


3) Dilarang makan leher ayam, nanti leher terkulai semasa duduk di pelamin.
--> alamak!!! tak kan lah kot??? tapi kalau pengantin duk jeling-jeling sambil senyum sipu-sipu dari awal majlis sampai habis majlis mungkin jugak lepas tu tetiba je leher pengantin lelaki terkulai manja atas bahu pengantin perempuan kan? hahaha!!!


4) Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
--> kenapa aku agak terasa ngan statement ni ek??? hahaha!!! betullah tu kot agaknya


5)Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
--> ade ke orang nak makan kerak nasi??? kebetulan plak nasi yang ditanak hari tu hangit adoiii...memang masaklah


6) Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
--> apa kena mengena cari kutu ngan kahwin orang tua ni??? 


7) Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
--> nak cucuk jarum cucuklah siang-siang...tak pun cucuklah kat tempat terang jadi tak de lah jari yang kena cucuk nanti


8) Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
--> yang ni memang logik sebab kurap tu sejenis bakteria...dan bakteria memang cepat membiak di tempat yang lembab...jadi pakailah baju kering...kalau tak de baju jugak pinjamlah baju ayah ke...abang ke...kakak ke...susah-susah sangat tak payah pakai baju


9) Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
--> malam pertama sememangnya semua pengantin perempuan akan pucat kot...kenapa???paham-paham sendirilah (censored)


10) Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
--> rumah zaman dulu adalah serambinya kat depan tu...tapi rumah zaman sekarang dah moden...serambi-serambi semua dah tak de dah...agak-agaknya kalau tak de serambi kat rumah kita kat mana tempat yang kita akan dipinang orang kalau camtu ek??? sama-sama kita fikirkan


11) Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
--> zaman dulu nak beli pinggan susah...anak pulak ramai berderet...jadi, janganlah makan sampai bertindih tiga empat pinggan nanti kesianlah adik-beradik lain nak makan pakai apa??? daun pisang??? orang zaman dulu pun ade standard jugaklah...ape kelasss makan guna daun pisang


12) Tak boleh sapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
--> bak kata pepatah 'sebutir beras ibarat setitik peluh petani' jadi jangan sapu je nasi tu tapi masuk dalam mulut sekali...tak baik membazir


13) Dilarang memotong kuku waktu malam, nanti datang sial.
--> siang-siang tak nak potong...waktu malam jugak nak potong kuku tu...kalau terpotong isi kuku baru menangis tak berlagu


14) Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
--> uishhh...syoklah boleh kawen ramai...kalau kaum adam ni mesti dah suka bebenor dah ni...hahaha!!! jadi, kalau makan tu statik je duduk kat situ...ni idok...tengah-tengah makan tetiba nampak aweks cun seksi duduk sorang-sorang terus bangun tarik kerusi duduk sebelah aweks cun tu


15) Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.  
--> kalau semua perempuan dalam dunia ni makan macam ni agak-agak suami sape yang diorang rampas??? hahaha!!!


Tetapi hakikat sebenarnya bukanlah begitu. Orang tua dulu-dulu cuma sangat tinggi nilai kesopanan, tata tertib dan sikap-sikap yang mencerminkan kita sebagai orang melayu yang tinggi adat resam serta budi bahasanya. Kita lihat semuanya dari sudut positif. 
Cth: elok ke seorang anak dara menyanyi terpekik terlolong di dapur sewaktu tengah memasak? malulah kalau jiran-jiran mendengarnya.


<<<<<<< BE POSITIVE >>>>>>>