Bismillahirrahmanirrahim
BRAINS adalah singkatan nama bagi sekolah aku which is it stand for Batu Rakit Integration School (SBPI Batu Rakit). Sekolah ini terletak di kawasan pantai sebab dah namanya pantai timur kan dan tambahan plak belakang sekolah aku tu de pantai. Tiap kali kalau buat kem kat sekolah mesti kitorang akan ke pantai tersebut. Kalau pandangan dari aspura dan aspuri tingkat tiga tu aku agak bolehlah nampak pantai sikit-sikit.
Dah hampir lima tahun aku tinggalkan sekolah ni. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku di sekolah ni. Aku start masuk sekolah ni since aku form 1 dan waktu tu sekolah ni baru dibuka. That's mean that my batch is the first product of BRAINS. Tapi student form 2 hingga form 5 masa tu diambil dari student SMKA Batu Rakit dulu yang dipindahkan masuk ke sini. So, abang-abang dan kakak-kakak senior kat situ semua asal orang kawasan batu rakit situ je.
Aku rindu sangat-sangat suasana sekolah. Jadi, hari ni tergerak hati aku untuk tulis semua kenangan yang aku ingat sewaktu bersekolah di situ since 2003-2007. I LOVE MY SCHOOL!!! Sekarang, BRAINS dah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi sebab pencapaian PMR dan SPM semakin meningkat saban tahun. Tahniah BRAINS dan warga pendidik BRAINS!!!
BRAINS dari angkasa |
flat dan banglo kediaman guru-guru BRAINS |
simbol BRAINS |
bangunan pentandbiran dan kantin BRAINS |
masjid dan dewan BRAINS |
_____________________________________________________
✎ Waktu form 1 baru masuk sekolah dan baru nak biasakan diri tinggal di asrama so biasalah kalau homesick kan. Asyik nangis aje tapi tak adelah sampai nak tendang-tendang pintu bilik sampai bergegar. Malu eyh kat kengkawan laen tengok.
✎ Dulu heboh pasal ade orang minyaklah area batu rakit tu sampaikan kami semua angkat segala tilam bagai tidur atas lantai. Ada satu hari tu, dua bilik bergabung tidur sekali. Satu bilik ade 8 orang so bayangkan 16 orang tidur atas lantai ramai-ramai. Hahaha!!! Lepas tu kalau waktu tu hari sekolah kelam kabutlah nak kemas dan rapikan cadar dan selimut bagai. Tapi kalau hari cuti tambah plak tak ade roll-call pagi memang langsung tak berangkat tilam tu. Huhuhu!!! Memang happening la.
✎ Masa form 2 kami semua diasingkan ikut rumah sukan masing-masing. Tetiba plak aku elok-elok dari rumah merah (Khalid Al-walid) tetiba masa daftar masuk form 2 dapat rumah hijau plak dah (Tariq bin Ziad) sepatutnya rumah sukan akan kekal dari form 1 sampai form 5 tapi entah kenapalah aku kena masuk rumah sukan hijau. Nasib badan...tapi tak apelah sebab best jugak masuk rumah sukan hijau ni. Last-last kena jadik ketua rumah sukan hijau masa hujung-hujung form 4 sekejap sebab form 5 aku dah dinaikkan pangkat sebagai bendahari pengawas.
✎ Masa hari sukan sekolah memang kami semua tak tidur dan semua orang sibuk untuk siapkan segala bagai hiasan untuk maskot rumah sukan dan hias khemah masing-masing. Bayangkanlah pukul 12 tengah malam lebih kami semua still ramai-ramai di padang. Huhuhu!!! Rumah hijau masa tu dibawah kelolaan Sensei Azman Rodi. Sensei means 'cikgu' dalam bahasa jepun. Jadi, kami gunakan sepenuhnya bilik bahasa jepun sepenuhnya. Huhuhu...Ketua rumah sukan (bukan aku dah) sibuk ajar budak-budak nyanyi lagu rumah sukan dan cipta cheers pada malam tu.
✎ Masa form 2 aku ingat lagi masa tu aku ditempatkan bersama-sama akak-akak senior yang agak naughty. Huh! masa tu kami cukup tak suka pengawas. Kebetulan masa tu bilik kami betul-betul depan bilik pengawas so apa lagi...malam masa semua orang dah masuk bilik dan pengawas dah laung dari bawah dan ronda setiap bilik sambil ketuk pintu 'light-off light-off...susun selipar kat luar ni!!!' Gila garangkan pengawas sekolah ni. Hahaha!!! Masa tu bilik kitorang memang dah tutup lampu dan masa aku ngah susun selipar aku gitaw akak-akak senior bilik aku...'kak, bilik pengawas pun tak susun selipar nak suruh-suruh kita...kita sound skali nak?' Aku yang pergi sound bilik pengawas tu taw. Ganas kan??? Hahaha!!! Aku pergi ketuk kuat-kuat sambil laung suruh diorang susun selipar dan terus lari masuk bilik. Dari bawah pintu kami intai dan tengok ada sorang akak pengawas tu keluarlah cari sape punya keje sound bilik diorang dan dia pun dengan sukarela susun selipar. Hahaha!!!
✎ Masa form 2 aku ingat lagi masa tu aku ditempatkan bersama-sama akak-akak senior yang agak naughty. Huh! masa tu kami cukup tak suka pengawas. Kebetulan masa tu bilik kami betul-betul depan bilik pengawas so apa lagi...malam masa semua orang dah masuk bilik dan pengawas dah laung dari bawah dan ronda setiap bilik sambil ketuk pintu 'light-off light-off...susun selipar kat luar ni!!!' Gila garangkan pengawas sekolah ni. Hahaha!!! Masa tu bilik kitorang memang dah tutup lampu dan masa aku ngah susun selipar aku gitaw akak-akak senior bilik aku...'kak, bilik pengawas pun tak susun selipar nak suruh-suruh kita...kita sound skali nak?' Aku yang pergi sound bilik pengawas tu taw. Ganas kan??? Hahaha!!! Aku pergi ketuk kuat-kuat sambil laung suruh diorang susun selipar dan terus lari masuk bilik. Dari bawah pintu kami intai dan tengok ada sorang akak pengawas tu keluarlah cari sape punya keje sound bilik diorang dan dia pun dengan sukarela susun selipar. Hahaha!!!
✎ Hujung tahun masa form 2 aku dipanggil interview untuk temuduga pengawas. Hahaha!!! Gelak besar jugaklah aku memandangkan aku pernah buat jahat pastu tetiba dapat interview jadi pengawas. Dengan muka slumber aku pun pergilah. Last sekali aku dapat taw yang aku dapat jadi pengawas. Erkkk...padan muka kau mimi!!! Bersedialah untuk dibenci (slogan nak jadi pengawas)
✎ Masa form 4 waktu tu ada kem ibadah dan waktu tu jugak aku dilantik jadi sidang redaksi sekolah yang mana kami diberi tanggungjawab untuk menghasilkan majalah sekolah. Masa diorang ngah sibuk-sibuk BBQ satu form 4 masa tu kami bleh plak kena siapkan majalah sekolah sebab nak kejar date line. Fuhhh!!! Bayangkan masa tu bulan puasa taw kami terpaksa bermalam di bilik redaksi sekolah ramai-ramai. Tiba waktu sahur kami semua pergi dewan makan ramai-ramai. Banyak keje nak kena buat woo. Kalau waktu PnP memang kami terpaksa skip kelas untuk jalankan tugas ambil gambar semua. Tugas aku buat announcement panggil pelajar, kelas, kelab dan yang sewaktu dengannya yang terlibat untuk diletakkan dalam majalah sekolah. Tapi memang best jadi ahli redaksi sekolah sebab dapat taw segala bagai proses nak buat sebuah majalah guna adobe illustrator dan edit-edit gambar. Ahli redaksi sekolah memang hanya akan terdiri daripada pelajar form 4 sahaja. Tapi tak taw lah sekarang macam mana sebab aku dah lama tinggalkan sekolah.
✎ Waktu latihan kebakaran lagi syiokkk!!! Kebetulan masa tu aku dan geng-geng pengawas laen memang semua ada dalam bilik gerakan pengawas asrama bertugas dan saje-saje lepak situ. Kami memang dah taw akan ada latihan kebakaran sebab warden dah gitaw kami siang-siang. Kringgggggg!!! Semua budak asrama kelam kabut turun dan keluar dari asrama tapi tak kurang jugak ada yang ngah mamai lagi tu. Huuu...Memang lawak lah. Tapi alhamdulillah sepanjang aku kat sekolah tiap kali ada latihan kebakaran aku memang tak pernah 'terbakor'. Huuu...Bila semua budak aspura dan aspuri dah berkumpul dan ketua kamar bilang anak buah masing-masing. Ada yang cukup dan ada yang tak cukup. Masa tu sebilangan pengawas dikehendaki check semua bilik. Tup..tup...ada lah budak form 1 siap mandi dan siap pakai sekolah lagi taw. Rasa nak tergelak tapi kami tahan je. Lepas tu dah dengar penerangan PK HEM dan warden semua barulah kami semua dibenarkan masuk tidur balik. Kenangan yang sangat indah!!! Hiii...
✎ Masa akhir form 3 atau form 2 aku dah ingat-ingat lupa yang mana masa tu aku dan kawan-kawan lain tak dapat balik kampung sebab terpaksa jadi urusetia untuk Hari Kecemerlangan Bahasa Arab SBP means hanya sekolah berasrama penuh yang ada subjek bahasa bahasa arab sahaja yang terlibat. Seronok jugaklah walaupun tak dapat balik rumah. Dapat kenal ramai kawan dari banyak sekolah.
✎ Masa form 3 ada satu minggu tu kami semua terpaksa pulang ke kampung sebab asrama akan digunakan untuk penginapan budak-budak ragbi. Faham-faham jelah kalau budak ragbi ni kan. Kompem dah ganas giler kan. Bayangkan taw, lepas kami semua kembali ke asrama masuk je bilik, aku memang mengucap panjang dan rasa macam nak sumpah-sumpah je sape yang duduk bilik kitorang. Macam tongkang pecah!!! Stokin busuk...limau yang diorang dah kemam buang atas lantai macam tu jew...bau hancing...tilam habis kena conteng. Tapi satu hal yang kami bersyukur sebab semua barang-barang dalam locker kami kosongkan dan masukkan dalam stor. Fuhhh!!! Jenuh nak bersihkan bilik tu. Rasanya kena samak je bilik tu. Aku jumpa ngan makcik cleaner dan makcik dobi dan diorang memang cakap budak-budak ragbi yang duduk di aspuri memang sangat ganas. Diorang kencing bukan dalam tandas taw tapi diorang kencingkan dinding kat luar tandas. Patutlah satu aspuri dari bawah sampai tingkat 3 bau hancing.
✎ Hari yang paling best adalah Hari Terbuka Asrama yang mana pelajar perempuan boleh masuk asrama lelaki dan sebaliknya. Masa tu aku form 5 dah. Budak-budak ni kemain suka lagi diorang. Maklumlah dapat tengok bilik pakwe dan makwe diorang. Hahaha... Aduyai budak-budak. Sebelum hari kejadian memang sibuklah diorang ni semua menghias kamar masing-masing maklumlah pakwe nak datang bilik ni. Hahaha!!! Pelajar di sekolah ni ditempatkan mengikut rumah masing dan bagi satu kamar akan terdapat pelajar form 2 hingga form 5 seramai 8 orang. Pelajar form 1 di tingkat bawah sekali sebab takut dibuli. Tingkat dua rumah biru dan merah manakala tingkat atas sekali rumah hijau dan rumah kuning. Memang best!!!
✎ Tahun 2007 guru-guru BRAINS memberikan sepenuh tanggungjawab kepada semua pelajar form 5 untuk mengelolakan hari guru pada tahun itu. Dan tradisi ni diteruskan lagi hingga ke hari ini di mana bukan guru lagi yang merancang setiap aktiviti pada hari guru tetapi pelajar form 5. Untuk tahun itu memang tahun aku dan rakan-rakan satu batch yang laen bertungkus-lumus nak siapkan dewan. Kami hias dewan berkonsepkan ala-ala perkahwinan yang mana kami pinjam siap segala pintu gerbang yang biasa orang letak masa kawen tu. Kain-kain, susunan dalam dewan, aktiviti-aktiviti, menu makanan guru dan pelajar semua kami handle. Dari situ memang nampak kerjasama antara semua pelajar form 5 dan segala penat lelah sangat-sangat berbaloi.
✎ Hari Graduasi pelajar form 5 diadakan di Istana Budaya Kuala Ibai. Buat kali pertama kalinya kami menyarung jubah konvo tapi tak delah topi petak berambu-rambai tu. Huuu...The best moment in my life tapi sedih sangat-sangat sebab terpaksa tinggalkan sekolah buat selamanya.
_____________________________________________________
Yang ni je yang aku ingat setakat ni tak termasuk yang censored untuk diceritakan
(tapi rasanya tak de yang censored pun) Kalau ade lagi yang aku ingat aku akan tambah lagi. Walau apa pun segala kenangan memang tak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. Kerana kenangan itu sangat-sangat berharga. Aku sangat-sangat merindui zaman persekolahan. Sekarang BRAINS semakin maju baik dari akademik, kokurikulum, disiplin dan juga pentadbirannya. Syabas BRAINS!!!
<<<BERSAMA MENJULANG KEGEMILANGAN BRAINS>>>
No comments:
Post a Comment