GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, January 24

salam Maulidur Rasul 1434H

mimi_atia | 1:26 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat hidup yang Allah kurniakan kepada kita sehingga ke saat ini dan tak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Semoga hari ini kita semua diberikan barakah oleh Allah SWT. Hari ini merupakan hari yang sangat bersejarah dan cukup istimewa bagi kita umat Islam yang mana hari ini merupakan hari kelahiran kekasih Allah (habibullah) nabi yang sangat kita cintai iaitu nabi Muhammad SAW. 

____________________________________________________

Kebiasaannya kalau di sekolah-sekolah atau agensi-agensi kerajaan dan sebagainya mereka semua akan mengadakan satu acara khas bagi memperingati hari kelahiran baginda ini (Sambutan Maulidur Rasul) dengan disertai acara perarakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, berzanji, bernasyid dan sebagainya yakni acara yang boleh membangkitkan lagi rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. 

Walau bagaimanapun, yang sebetulnya sambutan Maulidur Rasul ini sama sekali tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga dengan para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila terasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. 

MasyaAllah...lihatlah betapa cintanya mereka kepada Rasulullah 

Tetapi pada zaman tabi'in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dari Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh dari roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan yang benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga kewafatan baginda.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan lagi rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangan baginda.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir baginda tetapi merupakan satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itulah, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasulullah. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW serta perjuangan baginda.  

___________________________________________________

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama penuh : Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ayah : 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal/ 20 April 571M 
(dikenali sebagai tahun gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah 
menyerang kota Ka'abah)

Tarikh kewafatan : hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M

Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah

Usia semasa wafat : 63 tahun

Nama isteri-isteri :
❤ Khadijah binti Khuwailid
❤Saudah binti Zam'ah
❤ 'Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
❤ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar Al-Khattab)
❤ Ummi Habibah binti Abu Sufyan
❤ Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
❤ Zainab binti Jahsy
❤ Maimunah binti Harith
❤ Safiyah binti Huyai bin Akhtab
❤ Zainab binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin': ibu orang miskin)

Nama anak :
❤ Qasim
❤ Abdullah
❤ Ibrahim
❤ Zainab
❤ Ruqaiyah
❤ Ummi Kalthum
❤ Fatimah Al-Zahra'

Bentuk fizikal Rasulullah SAW :
Baginda digambarkan sebagai seorang yang tegap, ketinggian sederhana --> tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlau rendah. Baginda berkulit putih kemerah-merahan. Wajah baginda tampan, rambut Nabi SAW tidak terlau kerinting tetapi tidak pula lurus, rambut baginda ikal dan mencecah bahu. Kata-kata baginda lembut tetapi bernada tegas. Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Ketika berjalan, baginda seakan-akan berjalan menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu baginda terdapat tanda kenabian.

Warna kegemaran Rasulullah :
Merah...Hijau...Putih

Makanan kegemaran Rasulullah :
❤ Bali
❤ Kurma
❤ Buah tin
❤ Anggur

Sukan kegemaran Rasulullah :
❤ Menunggang kuda
❤ Memanah 
❤ Berenang


  
Apa yang diberikan Rasulullah kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya.

Surah Al-Hasyr (59): Ayat 7

No comments: