GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...
Showing posts with label kosmetik review. Show all posts
Showing posts with label kosmetik review. Show all posts

Friday, January 24

kosmetik review: serum terbaek!!!

mimi_atia | 3:53 PM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Serum??? Apa itu serum sebenarnya??? Penting sangat ke nak kena tempek serum kat wajah??? Orait, ni adalah antara soalan yang menujah fikiran aku tentang serum ni. Huuu... Aku ni jenis yang suka buat revision dulu tentang sesuatu produk sebelum aku beli. Amacam kelas tak??? Hahaha... Anak zaman millenium memang macam ni.

Orait, serum ni sebenarnya sejenis cecair yang cepat meresap ke dalam kulit, teksturnya ringan dan juga digunakan sebagai alternatif kepada krim wajah. Serum ni terdiri daripada bahan berasaskan air yang mudah menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit dan tidak berminyak. Tapi kalau krim wajah pulak, tekstur molekulnya besar dan hanya bertindak pada permukaan kulit sahaja. Sebab tu kadang-kadang kalau kita guna krim muka yang jenama tuttt...huuu kulit kita tak kekal cantik gebunya kan. Serum ni ada macam-macam jenis taw. Jadi, kenalah pandai pilih sesuai dengan masalah kulit kita okeyh!!!

Aku dah cuba satu jenis serum ni iaitu GERMANY SENSUAL SERUM yang mana bagi aku serum jenama ni sangat best uolsss!!! Serum ni memang sangat cepat meresap dan lepas pakai kulit rasa lembut dan langsung tak berminyak okeyh!!! Sebab tu lah aku suka tempek serum ni. Huhuhu...nak cantik macam artis la katakan sebab tu kena rajin tempek serum. Serum ni tak mahal pun dan memang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat. Haaa gittew... Harganya hanya RM50 satu kotak yang mana kat dalam tu ada 10 botol serum 3.8ml uolsss!!! Berbaloi la tu kan. Aku dah guna serum ni dalam lingkungan dua bulan la kot. Alhamdulillah keputusannya sangat-sangat memuaskan sebab muka aku makin licin dan pores pun alhamdulillah makin mengecil. Hoorayyy!!!

Tapi, serum ni ada jenis yang sapu dan ada juga jenis yang cucuk-cucuk. Uishhh, kalau yang cucuk-cucuk tu kena orang yang pakar cucuk taw sebab kalau salah cucuk silap-silap hidung besar sebelah, pipi tegang sebelah dan lagi sebelah pipi loyot je. Hahaha... Aku cakap ni betul okeyh bukan gurauan semata-mata taw. Nak cantik pun tak kan lah sampai sanggup sakit kan. Kadang yang cucuk-cucuk ni cantiknya tak kekal pun. Tapi nasihat aku, tak payah lah nak cucuk-cucuk bagai sebab bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang. Sesal tak sudah nanti tua sebelum usia.

Orait, GERMANY SENSUAL SERUM ni ada banyak jenis. Serum yang aku guna adalah tightening dan pure vitamin c serum. Macam yang aku cakap tadi kenalah pilih ikut kesesuaian masalah kulit kita kan. Antara yang ada ialah:
- hydrating
- purifying
- scar
- oxygenating
- lightening
- collagen
- soothing
- tightening
- eye care
- anti wrinkle
- regenerating
- pure vitamin c
- bust care
- beauty shine care
- beauty lifting


Okeyh, cara nak gunanya ialah: 

--> SEBELUM MAKE-UP
cuci wajah-apply toner-sapukan serum-tunggu hingga serum meresap-barulah bersolek atau boleh apply krim siang anda


Haaa, setiap benda mestilah ada tarikh luputnya kan dan begitu juga dengan serum ni. Once dah buka penutup ala-ala seal gittew serum ni hanya tahan untuk tempoh 5 hari sahaja. Pastikan serum ni selalu ditutup dan kalau warnanya dah berubah tu janganlah gatal-gatal nak tempek jugak sebab takut membazirlah kononya. Nanti tak pasal-pasal muka berbintat ataupun keluarlah jerawat yang akan bermaharajalela di muka kita. Al-maklumlah, jerawat ni memang musuh nombor satu kita orang perempuan ni kan. Huuu... Selain daripada serum, aku juga apply ampoules vitamin c kat wajah aku. Fungsi ampoules ni lebih kurang sama je dengan serum ni. Cuma serum lagi efektiflah sebab tekstur molekulnya lagi daboommm!!! 




Thursday, January 23

kosmetik review: mask paling best dan meletop

mimi_atia | 12:29 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Dah lama tak posting something kat blog ni. Huuu...al-maklumlah laptop rosak makanya tak dapatlah nak mengepost sangat. Jadi sekarang ni memandangkan aku dah dapat post entri hari ni langsung tak bermakna laptop aku dah elok apatah lagi dah dapat laptop baru. Hahaha!!! Tapi sebenarnya aku dah ada handphone baru uolsss!!! Besar gedabak gittew... Hukhuk... Orait, aku dah tak nak mengarut merapu meraban.

Meh rapatkan sikit muka kat skrin tu haaa. Aku nak story sikit tentang satu mask yang aku pakai sekarang. Mask ni memang sangat meletop uolsss dan confirm akan menangis kalau tak dapat tempek mask ni (sampai macam tu sekali ke???) Yup memang akan menangis kalau tak cuba mask ni okeyh. Tekstur mask ni mashaAllah sangat halus, wangi dan very very berangin je once dah tempeknkat muka taw. Haaa, lupa nak bagi tahu yang mask ni teksturnya macam debu taw so kena bancuh dulu. Tapi!!! Dilarang keras bancuh dengan air paip. Boleh bancuh dengan air mineral atau fresh milk atau toner. Okeyh!!!

Mask ni aku beli online di laman instagram seorang awek cun melecun (boleh usha instagram @awesomebynff atau @sigadistya) Mask ni diasaskan oleh gadis jelita yang bernama Siti Nur Fathiah a.k.a sigadistya sendiri iaitu tunang kepada aktor Shukri Yahaya. Tak kan tak kenal Shukri Yahaya kot...alaaa yang berlakon drama Asmara Luna tu yang lakonkan watak Habib tu laaa... Haaa dah ingat??? Bagus!!! Tapi bukan dia yang jual taw, tunang dia yang jual okeyh.

Mask ni ada 3 jenis yang mana kita boleh pilih mengikut kesesuaian kulit dan masalah kulit yang kita hadapi. Macam aku, aku pakai ACNE MASK yang mana ianya dapat hilangkan serta kecutkan jerawat pasir kat dahi aku ni dan yang paling penting dapat tarik segala whitehead dan blackhead yang bertapak sewenangnya di muka aku ni tanpa mintak izin terlebih dahulu. Bak kata lain, pendatang haram la kan. Makanya, jangan biarkan mereka-mereka ni bertapak di muka gebu kita ni okeyh!!! Lagi satu ACNE MASK  yang aku pakai ni warnanya sangatlah rare okeyh sebab warna purple uolsss!!! Korang ada??? Huuu... Kalau belum ada jom dapatkan mask ni sekarang!!! ✌
Di bawah ni aku sertakan sedikit info tentang 3 jenis mask ni supaya senang korang nak pilih.

ACNE MASK

- untuk kulit sensitif/allergic

- untuk kulit berminyak
- untuk kulit normal pun boleh
- membersihkan segala bendasing
- detoks wajah
- menegangkan wajah
- menghidratkan dan menegangkan wajah
- mencegah dan memudarkan jerawat
- membuang whitehead dan blackhead
- meremajakan wajah


HYDRATING MASK

- memberi kesan glow pada wajah

- menghilangkan kulit kusam dan kering
- menyihatkan kulit wajah
- mengawal minyak 
- menyeimbangkan kulit wajah
- menghidratkan kulit wajah


WHITENING MASK

- merawat kulit muka tidak sekata

- memudarkan parut jerawat
- mencerahkan wajah
- melembutkan wajah