GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, January 24

kosmetik review: serum terbaek!!!

mimi_atia | 3:53 PM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Serum??? Apa itu serum sebenarnya??? Penting sangat ke nak kena tempek serum kat wajah??? Orait, ni adalah antara soalan yang menujah fikiran aku tentang serum ni. Huuu... Aku ni jenis yang suka buat revision dulu tentang sesuatu produk sebelum aku beli. Amacam kelas tak??? Hahaha... Anak zaman millenium memang macam ni.

Orait, serum ni sebenarnya sejenis cecair yang cepat meresap ke dalam kulit, teksturnya ringan dan juga digunakan sebagai alternatif kepada krim wajah. Serum ni terdiri daripada bahan berasaskan air yang mudah menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit dan tidak berminyak. Tapi kalau krim wajah pulak, tekstur molekulnya besar dan hanya bertindak pada permukaan kulit sahaja. Sebab tu kadang-kadang kalau kita guna krim muka yang jenama tuttt...huuu kulit kita tak kekal cantik gebunya kan. Serum ni ada macam-macam jenis taw. Jadi, kenalah pandai pilih sesuai dengan masalah kulit kita okeyh!!!

Aku dah cuba satu jenis serum ni iaitu GERMANY SENSUAL SERUM yang mana bagi aku serum jenama ni sangat best uolsss!!! Serum ni memang sangat cepat meresap dan lepas pakai kulit rasa lembut dan langsung tak berminyak okeyh!!! Sebab tu lah aku suka tempek serum ni. Huhuhu...nak cantik macam artis la katakan sebab tu kena rajin tempek serum. Serum ni tak mahal pun dan memang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat. Haaa gittew... Harganya hanya RM50 satu kotak yang mana kat dalam tu ada 10 botol serum 3.8ml uolsss!!! Berbaloi la tu kan. Aku dah guna serum ni dalam lingkungan dua bulan la kot. Alhamdulillah keputusannya sangat-sangat memuaskan sebab muka aku makin licin dan pores pun alhamdulillah makin mengecil. Hoorayyy!!!

Tapi, serum ni ada jenis yang sapu dan ada juga jenis yang cucuk-cucuk. Uishhh, kalau yang cucuk-cucuk tu kena orang yang pakar cucuk taw sebab kalau salah cucuk silap-silap hidung besar sebelah, pipi tegang sebelah dan lagi sebelah pipi loyot je. Hahaha... Aku cakap ni betul okeyh bukan gurauan semata-mata taw. Nak cantik pun tak kan lah sampai sanggup sakit kan. Kadang yang cucuk-cucuk ni cantiknya tak kekal pun. Tapi nasihat aku, tak payah lah nak cucuk-cucuk bagai sebab bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang. Sesal tak sudah nanti tua sebelum usia.

Orait, GERMANY SENSUAL SERUM ni ada banyak jenis. Serum yang aku guna adalah tightening dan pure vitamin c serum. Macam yang aku cakap tadi kenalah pilih ikut kesesuaian masalah kulit kita kan. Antara yang ada ialah:
- hydrating
- purifying
- scar
- oxygenating
- lightening
- collagen
- soothing
- tightening
- eye care
- anti wrinkle
- regenerating
- pure vitamin c
- bust care
- beauty shine care
- beauty lifting


Okeyh, cara nak gunanya ialah: 

--> SEBELUM MAKE-UP
cuci wajah-apply toner-sapukan serum-tunggu hingga serum meresap-barulah bersolek atau boleh apply krim siang anda


Haaa, setiap benda mestilah ada tarikh luputnya kan dan begitu juga dengan serum ni. Once dah buka penutup ala-ala seal gittew serum ni hanya tahan untuk tempoh 5 hari sahaja. Pastikan serum ni selalu ditutup dan kalau warnanya dah berubah tu janganlah gatal-gatal nak tempek jugak sebab takut membazirlah kononya. Nanti tak pasal-pasal muka berbintat ataupun keluarlah jerawat yang akan bermaharajalela di muka kita. Al-maklumlah, jerawat ni memang musuh nombor satu kita orang perempuan ni kan. Huuu... Selain daripada serum, aku juga apply ampoules vitamin c kat wajah aku. Fungsi ampoules ni lebih kurang sama je dengan serum ni. Cuma serum lagi efektiflah sebab tekstur molekulnya lagi daboommm!!! 




2 comments:

Anonymous said...

dear, thanks for the review.but your entry too fancy. background to uisshhh, berpinar mata sat. thanks again.

Azghen said...

Sensual Plus mmg terbaik. Kalau u nak restock i ade jual. Visit insta i k, shareen5632. TQ