Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas rezeki ini. Usaha penat lelah belajar selama 4 tahun membuahkan hasil. Pinjaman PTPTN tak yah bayar pastu alhamdulillah dapat pulak hadiah dari Yayasan Terengganu. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur jadi anak terengganu meskipun loghat kami guna banyak 'G' kat belakang. Huhuhu... Pastu orang ejek-ejek loghat kami. Ada kami kesah??? Hahaha... 'G' kat belakang setiap perkataan tu unik okeyh.
ANOK GANUNG BERUNTUNG MOLEK
Tujuan aku tulis entri ni, bukan nak menunjuk-nunjuk atau yang sewaktu dengannya tapi sekadar ingin memberi semangat, dorongan dan galakan kepada anak-anak terengganu yang lain yang masih belajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat pencapaian yang membanggakan. Menuntut ilmu ni kan wajib ^_^
Haaa...untuk mebolehkan anda...anda...dan anda semua layak diberi anugerah ini, haruslah ada syaratnya uolsss. Sekarang ni nak mintak sesuatu yang free bukan senang okeyh. Ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi ^_^ Aku tak nak cerita bab tu. Kalau nak tahu syarat-syaratnya sila review entri ini --> hadiah kecemerlangan yayasan terengganu
Tapi, syarat yang paling WAJIB...wajibalghunnah ialah ANDA MESTILAH ANOK GANUNG PURE ^_^
Okeyh, asalnya anugerah ni sepatutnya buat awal lagi dari tarikh dua hari lepas, 23.02.2014 tapi sebab MB ada hal maka ditunda hari ahad yang lalu tapi kelibat MB tetap aku tak nampak (memang tak nampak pasal MB tak dapat datang sebab ada hal yang lebih penting) MB Terengganu memang tepati janjinya. ^_^ Bukan sikit-sikit hadiah kami dapat taw...alhamdulillah sebanyak RM5K sorang taw.
Majlis yang berlangsung ahad lepas lepas turut dihadiri orang kuat Yayasan Terengganu sendiri. Bilangan anak terengganu yang mendapat hadiah kecemerlangan ini adalah seramai 137 orang kalau tak silap aku. Tapi, yang aku perasan yang ramai dapat anugerah ni adalah student UPSI. Alhamdulillah lagi sekali bangga menjadi anak kandung suluh budiman ^_^
Majlis ni ala-ala majlis makan-makan macam tu lah. Best memang best, tapi tak sempat nak jumpa geng-geng yang dapat anugerah sama-sama ni. Masing-masing pun dah bekeluarga. Lagi satu, mana nak nampak muka sorang-sorang sebab masing-masing dah makin cun melecun macam emma maembong oiii...huuu...
Meja dah la susun ikut nama...aishhh lagi tak jumpa. Tapi, last-last after dah siap makan dengan sopannya sebab tak nak kasi garfu dan sudu berlaga-laga gaduh masing-masing nak cucuk-cucuk ikan, udang untuk disuapkan dalam mulut aku, maka sempatlah kami snap gambar sekeping dua. Lagi pun, mentang-mentang duit dah dapat masing-masing laju je kaki keluar dewan sebab takut orang yayasan mintak duit balik. Bhahaha!!! Tak delah cenggitu, aku gurau je. Heee... masa naek pentas tu ramai dah amek anugerah dengan perut memboyot (untung baby dapat naek pentas ngan mummy dia ^_^ heee) Apa-apa pun tahniah kepada semua yang dapat anugerah kecemerlangan Yayasan Terengganu ^_^
Hari ni, duit tersebut akan ditebus dan disimpan untuk keperluan masa depan ^_^ (kalau ikutkan hati, nak je beli kete tapi bulan-bulan sape mau bayar meh...huhuhu...so, bab kete tu tunggu je lah bila dah kompem dapat surat pelantikan nanti)
suasana dalam dewan |
ready nak kasi sudu ngan garfu gaduh-gaduh atas pinggan |
TERIMA KASIH YAYASAN TERENGGANU
5 comments:
slm..nak tanye sikit..nk apply ni kene tggu konvo dulu ke? salinan ijazah perlu lampir skali x?
@Anonymous salinan ijazah diperlukan beserta transkrip nya ^_^
Salam. Nak tye. Dye bagi cash ke
Salam. Nak tye. Dye bagi cash ke
Salam,nk tnya,lpas dh hntar borang permohonn tu sume, pihak yayasan akn hntar surat mklum balas x?
Post a Comment