Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah setelah sekian lama kami graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) menunggu panggilan temuduga dari SPP maka tibalah hari yang dinanti ^__^ (sebenarnya dah lama kami ditemudga cuma aku je yang baru berkesempatan nak tulis tentang hal ni) Moga sedikit sebanyak cerita ni boleh dijadikan panduan buat adik-adik junior yang bakal menghadapinya kelak ^__^ (sekarang, berdebar-debar menanti surat pelantikan sampai ke rumah la pulok)
JADUAL TEMUDGA
Hari: Khamis
Tarikh: 13 March 2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: IPG Kota Bharu Kampus Pengkalan Chepa
Nampak tak jam berapa aku kena temuduga tu??? agak-agak aku yang dari besut ni gerak pukul berapa??? huhuhu...semua tak leh teka...aku gerak dari rumah pukul 5.00 pagi hokeyh. Bangun pukul 4 pagi dalam keadaan terhuyung-hayang capai towel, mandi dan siap-siap apa semua dan alhamdulillah segala dokumen dah siapkan awal-awal lagi dah jadi tak de lah kalut-malut (mohon pelajar jangan guna kata ganda nie) sangat pagi tu...huhuhu
Gerak awal sebab nak sampai awal. Alhamdulillah elok je sampai waktu orang nak solat subuh. Berhenti solat jap di masjid yang memang dekat dengan tempat temuduga tu pastu baru gerak pergi ke ipg.
Masuk je ipg tu terus rasa berderau darah dan habis bulu roma tegak berdiri dan jantung bagai nak luruh ke tanah. Mahu tak nya, pergi temuduga dengan berbekalkan nota setebal kamus dewan yang memang tak sempat nak khatam elok yang mana hanya sekadar sempat jengah-menjegah dan jeling-menjeling je nota-nota tu.
Sesudah sampai di parking lot, dan kereta berhenti, terus aku dan kawan aku, wanie cari port baek punyer dekat dengan bilik temuduga sebab nak study dan jeling-jeling sikit nota-nota yang belum dikhatam tu. Tapi rasanya, baca dalam keadaan hati yang gugup dan gelisah ni kurang sikit lekat dalam kepala ni. Tapi selagi ada masa ni kami baca ajelah. Moga ALLAH permudahkan urusan aku dan rakan-rakan sekalian dalam bilik temuduga tu nanti.
Ewmmm...lagi satu yang buatkan kami semua gugup adalah kerana penemuduganya yang sangat tegas atau dalam erti kata lain SKEMA. Hehehe... Bukan nak takutkan adik-adik junior yang bakal di temuduga tapi itulah hakikatnya yang kami sendiri dah rasa.
Okeyh tak nak cakap lebih-lebih, just baca je di bawah ni tentang apa yang penting sebagai persediaan untuk ditemuduga sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 kelak ^__^
1) WAJIB bagi salam dan lemparkan senyuman sehabis manis yang anda boleh bagi pada penemuduga.
2) JANGAN duduk sehingga diberitahu. (kami berdiri hampir 15 minit kot...hahaha)
3) Bermulalah sesi soal menjawab dengan penemuduga. Antara soalan killer nya ialah?
- blazer yang awak semua pakai ni betul ke?
- beza blazer lelaki dan perempuan apa?
- name tag awak pakai tu ikut saiz standard ke? (kalau salah jawabnya markah penampilan ditolaklah)
- yang perempuan sila tunjuk tapak kasut anda...huuu (JANGAN pakai kasut yang tapaknya tajam okeyh adik-adik, pakai kasut yang tapak rata macam kasut polis warna HITAM)
- yang lelaki kalau pakai kasut coklat gelap pastikan stokin ikut warna kasut okeyh.
Seterusnya dah habis soalan penampilan baru kami boleh duduk...huhuhu...amacam??? ingat senang nak jadi cikgu???
PERINGATAN: sebelum hadir temuduga pastikan adik-adik baca segala pekeliling berkaitan etika perguruan
4) Bermulalah pula soal jawab berkaitan dengan subjek yang akan diajar di sekolah nanti ^_^ (macam aku, aku akan ajar sains pertanian tingkatan 4 & 5 dan subjek elektif kemahiran hidup: pertanian) jadi soalannya sememangnya berkaitan dengan subjek yang akan kita ajar.
5) Soalan seterusnya....SIAPA NAK JADI CIKGU??? (cepat-cepat respond untuk angkat tangan okeyh...sebab penemuduga akan lihat tahap keberanian dan kesungguhan kita) Tapi, macam aku hari tu agak kelam kabut nak angkat tangan...hahaha biasalah orang kite ni nak angkat kena tengok orang lain dulu. Huuu...kebetulan mata penemuduga tu terpandang tepat ke arah aku maka nama aku disebut, diminta berdiri di hadapan. Hehehe...cuak weyhhh!!! Tahu tak kena buat ape??? MIKROTEACHING!!! (okeyh...berlagak cool walaupun hanya 5 minit tapi jantung ni sikit lagi nak gugur ke lantai nasib sempat sambut...hahaha)
BE CHILL BE RILEX inshaaALLAh boleh buat ^__^
6) Sesi komen mengomen pun bermula lepas aku dah habis mengajar, yang tak jadi cikgu je lah yang kena bagi komen terhadap pengajaran aku tadi. Heee... (get ready dan persiapkan dan perkemaskan diri anda dengan kandungan subjek yang akan anda ajar di sekolah nanti)
7) Soalan last, apa itu FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA??? (alhamdulillah dah berbuih mulut hafal dan fahamkan, makanya jawab je lah)
Itu aje??? habis tu yang kena temuduga sampai 2 jam lamanya tu kenapa??? Hahaha...yang banyak bercakap sebenarnya adalah penemuduga je ^__^ sangat seronok dengar beliau bercakap dan mendengar segala nasihat berguna daripada beliau. Biasalah kalau orang yang banyak pengalaman dan ilmu ni pasti banyak benda yang nak dikongsinya kan ^__^ makanya sebab tu lah group aku sepatutnya start 7.30 pagi tapi dah berganjak ke 10.30 pagi...huuu...Tapi WAJIB datang awal sebab kena daftar dulu. JANGAN DATANG LAMBAT okeyh takut nanti anda tidak akan dilayan.
Selesai temuduga dalam jam 12 tengahari macam tu lah dan group aku lah yang paling lama kena temuduga. Huuu...Lepas tu snap gambar beberapa keping then balik dalam keadaan lega. Alhamdulillah segalanya selesai ^__^
geng-geng UPSI pantai timur |
No comments:
Post a Comment