GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, July 9

hadiah kecemerlangan yayasan terengganu bagi pelajar cemerlang 2013

mimi_atia | 12:17 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


After buat kerja rumah aku pun memulakan hobiku dengan meng'google' (sumpah cliche ayat kau mimi bila melayu+english) dan menggodeh-godeh di google. Tangan tetiba je gatal nak taip pasal syarat-syarat untuk dapat hadiah kecemerlangan yayasan terengganu nie. Kemudian, dalam beberapa saat sahaja. Jeng...Jeng...Jeng...Jeng kreng! Hahaha (bak kate ustaz azhar idrus) Maka keluarlah satu artikel di laman sesawang JPP-UKM ni pasal apa yang aku cari tu. Adehhh...

 Aku bukannya apa, saje je cari pasal benda ni. Hekhekhek... (padahal dalam hati memang berharap dapat...rezeki Allah yang tentukan kan ^__^) Well, yayasan terengganu ni memang sangat-sangat berbaik hati dan mereka sentiasa menjaga kebajikan anak-anak terengganu nie lebih-lebih lagi yang cemerlang dalam akademik. Dalam hati aku nie aku rasa syukur sangat sebab dapat jadi anak terengganu sebab banyak insentif wang yang kami dapat. Hekhek... Antaranya kalau dapat cemerlang UPSR, PMR dan SPM memnag YT bagi la. Tapi yang paling syok masa nak masuk universiti pun YT kasi duit RM1500 kalau tak silap aku. Hohooo... Alhamdulillah syukur jadi anok jati terenggganu. (banyok sikit 'g' terrr...)

Ok lah uolsss...berbalik pada hadiah ni tadi, aku dah baca syarat-syaratnya dan aku pun turut mengesyorkan kepada kawang-kawang aku hok mana anok ganung jugok untuk turut sama-sama menghantar borang ini. Tapi masalahnya kat sini ialah transkrip akademik kami belum dapat lorhhh...Huuu...So aku tak taw nak buat macam mana (call la akademik kalau nak taw bila transkrip akan dikeluarkan...tu pun mau ajar kaaa adek manis)

Bagi sesiapa yang anak terengganu tu bolehlah turut memohon okeyh walau siapa pun anda...universiti apa pun anda belajar (tapi pastikan dah tamatlah belajar tu okeyh)...dan yang sewaktu dengannya. Di bawah ni aku sertakan link untuk uolsss. Sapelah yang tak nak duet kan uolsss. Dengar perkataan duet je dah terbeliak terjuling semua dah mata tu. So, memandangkan orang dah nak kasi ni jadi kita rebutlah peluang ni ramai-ramai. Sesungguhnya kerajaan negeri terengganu memang sangat kaya-raya uolsss.


Link ke sesawang JPP-UKM (kalau nak bacelah tapi kalau xnak pun tak pe): JPP-UKM


Link terus ke sesawang Yayasan Terengganu: Yayasan Terengganu

terima kasih Yayasan Terengganu... Peace yooo!!!

No comments: