GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, February 21

persediaan temuduga SPP

mimi_atia | 11:42 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sebab semalam berita gembira je aku baca, dengar dan lihat ^_^ syukur yang tak terhingga ya ALLAH. Yang paling buatkan aku dan kawan-kawan gembira sebab ada sesetengah kawan aku yang tinggal di pantai barat alhamdulillah nama mereka semua dah tersenarai dalam temuduga yang akan dijalankan minggu depan. Tapi kawan-kawan aku yang satu negeri atau yang tinggal di pantai timur dan utara belum ada khabar lagi tapi in shaa Allah pasti akan menyusul ^_^ 

Sebelum nama keluar dalam senarai temuduga lebih baik baca apa yang patut dan sediakan apa yang patut ^_^ hehehe... Tetiba risau pulak sebab banyak jugak yang kena prepare sebelum diduga dengan bermacam-macam soalan dari penemuduga ni nanti ^_^ 

Checklist:

✐ check nametag sama ada mengikut saiz sebenar ataupun tidak, saiz sebenar ialah 7.5cm x 2.5cm

✐ check blazer anda, pastikan pakai blazer ikut jantina masing-masing, yang lelaki butang belah kanan manakala perempuan pula belah kiri ye ^_^

✐ kasut pastikan kilat dan bagi perempuan pastikan kasut sedikit bertumit ye 

✐ persiapkan segala RPH dan lengkapkan RPH anda ^_^ sebab akan ada sesi mikroteaching selama 5 minit seorang (haaa...lepas ni terus masuk bilik berlatih lah depan cermin okeyh...hehehe...tak pun mana yang ada ramai adik tu, mintaklah adik atau pun anak jiran berlakon jadi anak murid anda, hehehe...

✐ mantapkan segala ilmu tentang pendidikan terutama PPPM, PBS, FPN dan yang sewaktu dengannya. Pastikan anda mahir dan tahu segenap inci tentang subjek yang anda ambil. Contohnya anda bakal guru matematik, maka mantapkan segala subtopik subjek berikut

✐ dah persiapkan diri dengan segala ilmu di dada, doa maka tiba hari yang dinanti, melangkah masuk dengan kaki kanan, baca doa dan selawat maka bertawakallah kepada ALLAH bagi muslim ^_^ 

✐ jawab setiap soalan panel dengan lancar, yakin dan sentiasa ukirkan senyuman di bibir manis anda dan jangan sesekali bercakap seolah-olah kita ni lagi pandai dari panel-panel tersebut okeyh ^_^

Okeyh...setakat ni saje dulu aku update pasal interview ni sebab aku pun nak mantopkan diri dengan ilmu-ilmu ni semua. Yuhuuu!!! Bila nama aku dah ada dalam senarai temuduga in sha' Allah aku kongsikan dengan korang ye ^_^ 




No comments: