GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, November 12

hari konvo aku

mimi_atia | 4:01 PM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


11 September 2013 hari rabu jam 8.00 pagi bertempat di kampus sultan azlan shah, proton city di dewan besar UPSI aku dan rakan-rakan aku dah berjaya dapat segulung ijazah yang kami tunggu selama-lama ini. Heee...sengih sampai ke telinga okeyh sebab punyalah gembira hari tu dapat ijazah pastu jeng!!! jeng!!! jeng!!! dapat berjambak-jambak bunga ros uolsss!!! I like!!! >__< Hehehe...

Pagi-pagi buta dah tercegat kat depan dewan besar UPSI sebab over excited nak ber'konvo' hari tu. Huhuhu...Tapi dah ramai dah orang yang sampai lagi awal dari aku dan lagi excited dari aku. Hahaha!!! Sampai-sampai je jumpa geng yang satu kos dan masa tu diorang sedang bersiap mengenakan jubah konvo dan aku pun bersiapa juga lah sebab nak minta tolong kawan betulkan selampang yang aku langsung tak tahu nak pakai macam mana sebab bentuknya ala-ala ahli sihir gitu. Uhukkk... Lepas dah siap mengenakan jubah dan selempang beserta mortarboard, abah aku pun ajak pergi beli bunga. Wow!!! Bunga!!! Keterujaan aku menyerlah sangat di situ sebab selama ni mana pernah aku dapat bunga. Hehehe... Abah hadiahkan bunga yang sangat cantik beserta ada satu teddy bear skema sangat rupanya dalam jambangan bunga tu. Hikhik...

Kemudian, tibalah masanya untuk semua graduan berkumpul di panggung percubaan dan duduk di kerusi masing-masing. Hehehe... Masa ni bermulalah adegan peluk-peluk dan cium-cium antara sesama muhrim okeyh!!! Maklumlah bila lama sangat tak jumpa beginilah jadinya. Huuu...

Sementara nak tunggu ambil skrol tu, rasa bosan mulalah datang menjelma dan sangat rimas sebab jubah konvo ni sangat berat okeyh terasa macam pikul beras 10kg atas bahu. Huhuhu... Tapi bila giliran dah tiba dan bajet semua mata akan memandang ke arah kita mulalah jantung ni nak berdegup kencang dan macam-macam benda lucu dan malu yang difikirkan. Huhuhu... Bukan apa sebab dah ada kejadian mortarboard jatuh la...tersadung kaki la...dan macam-macam lagi perkara yang memalukan. Huhuhu... Dan yang paling menakutkan kami semua ialah bimbang kalau-kalau gambar pentas tu tak jadi. Boleh mimpi ngeri taw!!! Kalau gambar tak jadi jawabnya kena tunggu konvo master pulak lah. Hahaha!!! Lainlah kalau pro-canselor tu sanggup nak bergambar lagi sekali ngan kita ni. Hahaha!!! Memang tak lah kan (ini sangat mengarut!!!). 
  
Heyyy!!! Itu muka aku pada skrin besar dewan...


Gambar kenangan bersama coursemate yang hensem dan jelita ^_^

Selepas tamat sidang pada pagi tu, aku beserta abah dan adik aku pun bergegas ke tempat photoshoot untuk gambar studio. Huhuhu... Macam lipas kudung uolsss sebab nak kejar masa dan tak nak beratur panjang. Alhamdulillah aku sampai tepat pada waktunya dan orang belum ramai. Fuhhh!!! (tak sia-sia ketiak berpeluh). Lepas dah shoot gambar studio tu, sempat jugaklah snap gambar sekitar kawasan kampus walaupun tak sampai 100 keping dan tak sempat nak snap gambar di tasik proton. Sob...sob...sob... Perut dah lapar dan sangat rimas dengan jubah, jadi aku beserta abah dan adik pun pergi ke pesta konvo untuk makan dan solat sebab kami nak bergegas balik pulak.

Sampai rumah terus snap antara jambangan bunga yang aku dapat masa konvo. Hehehe... Terima kasih banyak-banyak si pemberi bunga terutamanya abah tersayang ^__^



Jadi, wishlist aku yang keempat sudah pun tercapai. Sekarang misi memburu wishlist yang kelima pulak iaitu kereta!!! 



p/s--> sepatutnya entri ni dah lama publish tapi dulu not in mood nak taip