GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Sunday, November 10

ronda-ronda: hot spring sg.kelah, perak

mimi_atia | 1:34 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Ronda-ronda di air panas sg.klah ni sebenarnya idea kawan-kawan aku. Waktu ni masing-masing sedang struggle study untuk last exam untuk last semester ni termasuklah aku. Huhuhu... Jadi, bila otak dah tepu dek segala benda yang kami dah baca maka tercetuslah idea nak pergi mandi di hotspring ni. Huhuhu... Tak ramai pun yang pergi cuma 6 orang je. Hahaha!!! Mereka semua ni geng-geng rumah aku dan geng-geng lelaki yang rapat. 

Okeyh, bawah ni aku sertakan serba sedikit maklumat tentang air panas sg.klah, Sungkai, Perak.  


Sungai Klah Hot Springs terletak di Sungkai, Perak yang mana ianya terletak dalam lingkungan kawasan penanaman kelapa sawit. Persekitaran yang tenang dan dikelilingi oleh bukit dan sungai yang mengalir nyaman serta udaranya yang segar. Luas kawasan rekreasi air panas ini ialah 6.5 hektar yang mana konsep yang unik direka khas dengan terdapatnya Taman Terapiutik, Kolam Air Panas dan juga tempat mandi-manda yang dilengkapi gelongsor air sesuai untuk semua golongan umur. Satu lagi aktiviti popular ialah pengalaman  merebus sendiri telur di dalam air panas yang keluar dari bumi yang sememangnya sangat menarik dan mengujakan setiap pengunjung yang datang.  

Kami sampai di sini lebih kurang jam 11 pagi dan perjalanan dari tempat kami belajar tak jauh sangat pun tapi kena bayar tol jugalah. Hehehe... Tol kawan aku support dan minyak kereta tu kami kongsi-kongsi. Bayaran masuk dikenakan sebanyak rm12 seorang. Best wooo tempat ni tapi sayangnya aku dan geng-geng umah sewa aku ni tak bawa baju lebih sebab tak tahu la pulak tempatnya memang sangat-sangat best. Huhuhu!!! Padan muka!!! 


Memandangkan kami yang perempuan ni tak mandi maka kami pun belilah telur yang dijual di situ untuk mencuba sendiri pengalaman merebus telur dalam air panas semulajadi ni. Hehehe... Bukan main excited macamlah sebelum ni tak pernah rebus telur dan makan telur. Hahaha!!! Saje je lah tu buat-buat jakun macam tak pernah jumpa telur. Tapi ada juga orang yang bawa telur dari rumah tapi jangan risau bagi yang tak bawa telur tu sebab telur sememangnya ada dijual disitu siap pakej dengan kicap gitu haaa... Huhuhu... Aku tak ingat harga telur tu berapa tapi murah jugaklah. Di sini ada jual telur ayam dan juga telur puyuh. 


excited dia nak angkat telur tu...huhuhu...jangan jatuh dalam tu sudah

Lepas dah puas-puas makan dan rendam-rendam kaki dalam air panas tu kami pun bertolak balik. Huhuhu... Tapi yang sebetulnya kami masih rasa tak puas sebab tak dapat merasa nikmat mandi dan main-main gelongsor tu. Hahaha!!! Nampaknya terpaksalah datang lain kali. 



p/s--> bagi sesiapa yang nak mencuba semua pengalaman yang aku dan kawan-kawan dah rasa ni. Jom lah ke Air Panas Sg. Klah, Sungkai, Perak.

No comments: