Bismillahirrahmanirrahim
Cameron Highland tempat yang sejuk...dingin...cantik gitu pemandangannya siapalah yang tak nak pergi kan? Sebenarnya trip ke CH ni dah lama aku join waktu aku belajar di semester 2. Fuiyooo!!! Itu memang sangat lama. Jadi, aku tak nak banyak melalut sangat dan aku akan terus straight to the point tentang trip 2 hari 1 malam ke CH ni bersama coursemate aku. Alhamdulillah perjalanan kami ke CH berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah di pertengahan perjalanan. Dari tempat aku belajar ke CH ni mengambil masa lebih kurang beberapa jam je (aku tak hengat berapa jam).
Kami sampai di CH ni terus ke tapak penanaman sayur-sayuran yang mana tempat ni merupakan pembekal utama sayuran di CH dan juga kawasan sekitar CH hingga ke KL. Sampai kat tapak penanaman tu, kami diberi penerangan tentang penanaman secara organik dan sebagainya yang berkaitan dengan penanaman sayuranlah.
|
kawasan penanaman sayuran di CH |
Lepas dah dengar segala penerangan dan dah snap gambar entah berapa banyak. Maka kami beransur keluar dan kemudiannya pergi ke tempat paling best lah kat CH ni iaitu ladang starwberi!!! Hehehe... Kalau tak pergi ke ladang strawberi memang tak lengkap rasanya lawatan ke CH ni. Rasa macam ada kurang je kalau tak dapat menikmati kelazatan buah strawberi di sini yang dipetik segar dari ladang. Ladang strawberi yang paling terkenal di CH ni ialah ladang Al-Mashoor (kalau tak silap aku lah) iaitu ladang pengeluar strawberi yang terbesar di sini.
|
selain strawberi, kaktus pon ade jugak |
|
subhanALLAH!!! strawberi yang sedang masak ranum aummm!!! |
|
yang pakai spek hitam tu pensyarah kami yang sangat baik bukan student tau walaupun wajah beliau masih muda |
Hari pun dah petang, badan kami pun dah letih. Maka, kami semua gerak ke hotel rehatkan badan kejap dan menikmati betapa sejuknya air mandi kami. Huhuhu... Tahan je lah kan, kata kulit tebal. Pada sebelah malam, kebetulan ada pasar malam kat kawasan hotel kami, jadi kami pun ronggeng ramai-ramai pakat-pakat pergi ke pasar malam. Pasar malam nye besar standard macam pasar malam biasalah kan. Aku tak ade beli apa-apa pun, cuma pusing-pusing cuci mata. Mata pun dah ngantok sangat dah dan badan oun kena rest cukup-cukup sebab esok nak pergi MARDI.
Bila sampai di MARDI tu aku ingat tempatnya biasa-biasa je. Rupa-rupanya sangat luar biasa dengan landskap yang cantik...bunga pelbagai jenis, bentuk dan rupa...siap ada tanam pokok teh lagi tau. Kami dengar serba sedikit penerangan oleh pegawai MARDI tersebut dan snap beberapa keping gambar sampai habis bateri kamera. Hahaha!!! Lepas dah habis pusing-pusing satu MARDI, kami pun gerak balik ke universiti. Cuti sudah habis!!! Hohooo...
|
besarnyerrr!!! makan baja ape ni??? |
|
cantiknyerrr!!! |
|
landskap yang menarik di MARDI |
|
gambar WAJIB ada okeyh...huuu...gambar kenangan ngan coursemate |
No comments:
Post a Comment