GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Saturday, November 2

1 muharam 1435H

mimi_atia | 3:29 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


1 Muharam 1435H akan tiba dan ianya mengingatkan kita tentang penghijrahan rasulullah dan kaum muhajirin Mekah ke Madinah. 

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (hijrah). Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Antara peristiwa-peristiwa penting yang ada dalam bulan Muharam ini ialah:

1 Muharam : Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 

10 Muharam : Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari tersebut banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. 

Pada tarikh ini juga  (10 Muharam) telah berlaku antaranya peristiwa di mana :
--> Nabi Adam A.S bertaubat kepada Allah. 
--> Nabi Idris A.S diangkat oleh Allah ke langit.
--> Nabi Nuh A.S diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
--> Nabi Ibrahim A.S diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
--> Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa A.S.
--> Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
--> Penglihatan Nabi Yaakob A.S yang kabur dipulihkan oleh Allah.
--> Nabi Ayub A.S dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
--> Nabi Yunus A.S selamat keluar dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.     
--> Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa A.S dan pengikutnya dari tentera firaun.


Pada 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. Walau bagaimanapun, sambutan ini tidak disebut dalam al-quran atau nas sunnah nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. Hal ini bertujuan untuk memperingati sempena dengan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di samping itu juga ianya juga merujuk kepada peralihan sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna. 

Di samping itu, perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka inshaAllah iman dan juga taqwa kita juga akan kukuh. 

Percayalah...lebih rapat kita dengan Allah S.W.T 
lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.


MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBACA DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN 


No comments: