GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, August 8

selamat hari raya aidilfitri 2013 (1434H)

mimi_atia | 1:15 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah usai sudah kita semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ketiga pada tahun ini. Tibalah kehadiran Syawal yang dinanti dengan penuh keriangan dan dengan penuh rasa kesyukuran. 

Namun, dalam kita semua bergembira jangan lupa pada yang sudah meninggalkan kita. Jangan terlalu ghairah bergembira sedangkan ada insan yang menyambut Syawal pada tahun ini dengan penuh kesedihan...kesengsaraan dan linangan air mata seperti yang dialami oleh saudara kita di Mesir dan Syria. Bersyukurlah kita kerana masih mampu menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan. 

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada yang mengenali diri aku mahupun yang kurang mengenali diri aku serta bloggers-bloggers dan silent reader blog aku ni sekiranya selama kita berkenalan dan bersahabat aku pernah mengguris hati kalian...menyakitkan hati kalian...kata yang bukan-bukan...termarah tak tentu pasal dan sebagainya. Aku juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan namun kesilapan dan kekhilafan ini akan aku cuba untuk perbaiki. 

Andai kata ini Ramadhan dan Syawal yang terkahir buat aku...maka tiada lagi bingkisan dan coretan hidup yang akan aku coretkan di ruangan blog ini. Semoga setiap apa yang aku coretkan di blog ni mampu bagi manfaat pada orang lain. Maafkan andai bahasa yang aku gunakan di blog ini agak kasar...namun inilah aku dan aku tidak akan mengubahnya melainkan atas kehendak aku sendiri.

Salam akhir dari aku dengan ucapan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DARIPADA AKU SEKELUARGA SEMOGA LEBARAN KALI INI MENCORETKAN KENANGAN YANG TERINDAH BUAT KALIAN.

 

No comments: