Bismillahirrahmanirrahim
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Contohnya pada pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh (xjugak sebenarnya). Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin banyak pula sesuatu yang terjadi, dugaan dan cabaran yang datang silih berganti.
Andai lelaki tahu...
Apabila seseorang perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untu membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu apa adanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tapi untuk masa depan anda. (satu perkara yang aku tak mampu nak buat...aku memang sangat keras kepala dan memang susah nak berubah sebab aku akan buat ikut suka hati aku je dan tak pikir perasaan orang...tapi bila ianya terjadi pada aku barulah aku paham dan betul-betul paham)
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu. (aku seorang yang sangat kuat cemburu...tetapi aku tak pandai nak menzahirkan rasa cemburu tu sebab takut berlebihan pulak...kalau lebih-lebih takut orang cakap aku ni meroyan...hmmm...)
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan kebendaan tetapi cukup perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan jarang mengatakan I LOVE YOU, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai lelaki itu tetapi dia mahu lelaki itu yang merasainya sendiri cintanya. Bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata dia rindu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi lelaki yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik (tapi kan guys...sememangnya lelaki ni tak suka dibandingkan dengan lelaki yang lain walaupun lelaki yang perempuan maksudkan tu adalah seorang artis...keegoaan lelaki jangan dicabar)
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut (statement ni benar...kerana aku sememangnya seorang yang kasar di luar dan lembut di dalam...orang yang kenal aku mungkin tahu sifat aku)
Andai lelaki tahu...
Apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!!!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenagkan fikirannya sebentar sahaja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional tetapi dialah yang paling menyanyangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. (aku bukan perempuan yang sebegini...ego aku sangat tinggi mungkin lebih tinggi dari ego lelaki tapi aku bukan jenis yang hangin atau panas baran)
Andai lelaki tahu...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tesendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
No comments:
Post a Comment