GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Wednesday, July 10

ronda-ronda: taman negara, pahang

mimi_atia | 2:56 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Setelah sekian lama aku dah pergi taman negara ni baru sekarang aku nak cerita pasal ni kan. Al-maklumlah i'm a busy woman okeyh. Duk diam-diam dan baca apa aku nak cerita masa aku pergi ke Taman Negara di Pahang beberapa bulan yang lepas.

Aku pergi ni pun ikut rombongan cik kiah... Eh silap!!! Bukan rombongan cik kiah tapi rombongan fakulti aku tapi bolehlah dikatakan ala-ala macam rombongan  cik kiah cuma cik kiah aje yang tak de. Aku pergi ni bukan free-free taw tapi berbayor. Huuu...sape nak kasi pergi percuma oiii sedangkan nak masuk tandas nak tuttt pun kena bayar 30sen ada sesetengah tempat 50sen dan yang paling kaw tandas di Suria KLCC RM1 bhai...

Okeyh...kami gerak dalam lepas asar waktu tu hujan renyai-renyai membasahi bumi tanjong malim. Semua kena kumpul di auditorium sebelah library tu. Dengan beg yang besar gedabak aku bawak sambil berlari-lari anak and then kawan aku bleh cakap yang tak nampak pun aku yang ngah berlari tapi nampak beg aje yang ngah bergerak. Hahaha!!! Kuang asam punya kawan!!! Ni kes kawan ngap kawan ni. Hahaha!!! Aku tak ambil port sangat pun sebab aku dah biasa dengan gurauan kasar macam tu. Huhuhu...

Setelah semua tol...highway...RnR...dah kami tempuhi akhirnya sampai jugaklah kami dalam jam 11 gitu la gamaknya (aku dah lupa) dengan keadaan aku yang ngah pening-pening lalatnya kalah orang pregnant. Huhuhu...aku mampu menarik nafas lega bila dah turun bas dan ade bau hutan...sungai dan bunyi cengkerik krik...krik...krik... Kemudian kami check-in motel yang disewa khas untuk kami-kami aje.

Esoknya bermulalah adventure yang dinanti-nantikan. Yeahaaa!!! Aktiviti yang akan dijalankan hari ni sangat superb dan mencabar fizikal aku yang dah lama tak bersenam ni. Muahahaha...

Aktiviti yang kami lakukan hari tersebut:
- mendaki bukit teresek
- meniti titian kanopi
- rapid shooting
- melawat perkampungan orang asli


Part mendaki tu aku dah pancit...huhuhu...padahal tingginya dalam 2.0km aje pun. Jadi disebabkan aku ni memang jenis yang dah lama tak bersenam maka aku pun pancit jugaklah sikit. Tak banyak pun...sikit aje (part cover malu...hahaha!!!) Lepas tu masa meniti titian kanopi tu aku ok je sebab aku bukan jenis gayat. Jadi bolehlah berbangga dengan staf-staf yang gayat tu. Hekhekhek...

Selepas dah habis meniti semua, kami semua kena naik bot yang ala-ala sampan gitu. Sekali tengok macam sampan tapi bila dah dua kali tengok macam bot pun ade jugak. Huhuhu...ikut sukalah nak panggil ape pun tapi aku nak panggil bot sebab benda tu ada enjin. Hahaha!!! Nasib tak panggil kapal selam ke...feri ke...hekhekhek (part loyar burok). Kami naik bot tu ikut kumpulan lah sebab nanti kan ada pulak yang gaduh-gaduh berebut nak duduk satu bot dengan aku. Hahaha!!! Perasan!!! Cehhh!!! 

Bila bot tu dah start enjinnya, aku pun feeling-feeling lah macam duduk dalam kapal TITANIC gitu wahhh!!! Hahaha!!! Mula-mula tu aku senyum-senyum simpul je bak kata kawan aku 'sengih-sengih macam lembu naik van' Hahaha!!! (lepas ni kalau nampak lembu naik van korang tengok muka lembu tu macam mana okeyh...Bhahaha!!!) sebabnya ni kali kedua aku naik bot. 

Tiba-tiba, jeng...jeng...jeng...Bushhhhh!!! Bertempek-tempek air menyimbah kami semua. Semua pakat duk menjerit ala-ala kapal TITANIC nak karam. Rupa-rupanya inilah yang dinamakan rapid shooting yang mana satu bot dengan bot yang lain akan sengaja mengendeng-ngendeng ala-ala nak ngorat gitu dan kemudian akan simbah-menyimbah antara satu sama lain dengan menggunakan pendayung yang mereka pegang. Patutlah aku tengok orang yang guide kami ni feeling-feeling pulak naik bot pegang pendayung. Rupa-rupanya ni agenda diorang. Hahaha!!! 


AMARAN KERAS!!!Barang sesiapa yang ada hati nak mengelak daripada kena simbah maka orang tu yang paling banyak akan disimbah air. 

Masa semua duk jerit-jerit tu dengan botnya melalui jeram...sumpah aku rasa bot tu memang ade harapan nak terbalik. Huhuhu...aku mengkakukan diri dan merelakan pakaian aku dinodai oleh air sungai yang mereka duk simbah-simbah tu agar aku tak hilang imbangan yang mana boleh sebabkan bot tu terbalik. Huhuhu... 

Dah seronok-seronok huhahuha atas bot tadi, kami pun sampai di tepi sungai yang agak landai, bot kami berlabuh dan masa untuk melantak la pulak. Hehehe... Lauk gulai tempoyak ikan patin original dari pahang memang sangat sedap!!! Dah habis makan...bersidai di tepian tebing macam dugong sungai semuanya kami pun naik bot masing-masing dan menuju ke perkampungan orang asli. Huhuhu...kepala dah goyang-goyang (kes mabuk air la ni) tapi gagahkan diri.

Sangat tersentuh hati aku apabila melihat kehidupan orang asli di sini yang hidup serba kekurangan tapi dari riak wajah mereka, mereka nampak bahagia. Pengalaman yang paling best dapat tengok cara orang asli menghidupkan api hanya dengan menggunakan sejenis tumbuhan (aku lupa namanya) dapat tengok mereka buat sumpit...dapat tengok cara mereka hidup seharian tanpa elektrik tapi bekalan air tak pernah putus sebab mereka guna air sungai tu je. Pakaian mereka seperti kita juga sebab badan-badan kebajikan NGO ada bagi banyak bantuan pada mereka. I'm proud to be Malaysian!!! 

Dah menghala ke petang kami pun gerak balik ke jeti dan jeng...jeng...jeng...the game is on back!!! Padan muka basah kuyup sebab feeling-feeling macam dah tak de dah adegan simbah-menyimbah ni. Hahaha!!! Redha je lah sebab best jugak kena simbah. Huhuhu...




muka sebelum daki bukit memang kiut-miut semuanya


semuanya hanya tinggal kenangan










No comments: