Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah aku dipanjangkan umur olehNya untuk bertemu lagi dengan bulan ramadhan yang mulia dan penuh dengan barakah ni. Jadi di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut bulan yang mulia ni dan semoga bulan ni menjadi titik permulaan hidup kita yang baru (ehhh...bukan tahun baru nak mulakan azam baru ni). ^_^ Sebetulnya bagi aku untuk kita memulakan satu kehidupan yang baru atau nak buat azam baru tak perlu pun tunggu bulan Muharam atau bulan Januari tapi bila-bila je pun boleh. Macam iklan jacobs tu--> sekarang pun boleh mak...hehehe...
Okeyh uolsss, sempena bulan baik ni apa kata kita perbanyakkan lagi amalan kita dan tambah lagi amalan dan penuhi hajat yang mana belum kesampaian lagi tu okeyh. Hari baik bulan baik ni banyak amalan yang boleh kita buat memandangkan masa untuk kita makan dah tak ade (ehhh ea kew??? lunch je kot kalau tak de pun sebab bekfes=sahur dan dinner=berbuka iye dok??? baik deme angguk kepale deme)
Antara amalan yang boleh kita buat ialah:
Okeyh uolsss, sempena bulan baik ni apa kata kita perbanyakkan lagi amalan kita dan tambah lagi amalan dan penuhi hajat yang mana belum kesampaian lagi tu okeyh. Hari baik bulan baik ni banyak amalan yang boleh kita buat memandangkan masa untuk kita makan dah tak ade (ehhh ea kew??? lunch je kot kalau tak de pun sebab bekfes=sahur dan dinner=berbuka iye dok??? baik deme angguk kepale deme)
Antara amalan yang boleh kita buat ialah:
✔ bersedekah (bersedekah ni bukan duet je...makanan pun sedekah jugak jadi boleh la uolsss sedekah ketam masak lemak cili api tu kat jiran sebelah...jangan nak kudukut sangat okeyh)
✔ membaca al-quran(in shaa Allah sebulan berpuasa ni apa kata cuba habiskan 30 juzuk al-quran tu tapi ingat jangan sampai keterujaan sangat nak mengabehkan 30 juzuk tu sampai tajwid semua lintang-pukang...biar lambat asal tak berdosa dek salah bacaan tajwidnya)
✔ solat terawih(solat sunat ni bulan ramadhan je ade...bulan lain tak de...jadi apa kata cukupkan setiap malam dengan solat terawih kalau boleh biarlah di masjid...dah hari-hari lain susah nak pi masjid so apa kata bulan ramadhan ni pi masjid...yang penting niat ikhlas okeyh)
✔menjauhi perkara yang dilarang Allah(bulan mulia bulan baik ni janganlah buat perkara yang tak elok tu okeyh...sebelum bulan puasa bolehlah nak salahkan setan tapi dah bulan puasa ni jangan nak salahkan setan okeyh)
✔ qiamulail(kalau berkesempatan bangun bolehlah buat okeyh...sebelum sahur pun ok je...solat sunat taubat dua rakaat dan yang lain-lain bolehlah dilakukan yup)
✔ zakat fitrah(haaa!!! jangan lupa bayar zakat sebab ni tuntutan agama dan merupakan rukun Islam yang keempat...jangan dok liat sangat aihhh nak keluarkan duet tu sebab tu bukan hak kita sebenarnya...Allah bagi pinjam je semua harta kita ni)
✔ mengerjakan umrah(kalau berkesempatan dan berkemampuan bolehlah mengerjakan umrah...subhanAllah sape yang tak nak pi sana kan...in shaa Allah aku ingin ke sana menuju tempat yang sangat suci)
No comments:
Post a Comment