GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, July 4

alhamdulillah result dah keluar

mimi_atia | 4:52 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah result untuk semester akhir ni dah kuar tadi. Syukur pada Allah atas segala usaha yang aku dah lakukan. Segala rezeki ini miliknya. Aku dah usaha sungguh-sungguh dan tidak lupa juga aku turut memohon padaNya. Walaupun tak lah sehebat orang lain tapi dengan result tu aku dapat membanggakan ummi dan abah aku yang mengharapkan anaknya tak payah bayar PTPTN. Hahaha!!! padahal bukan diorang pun yang bayar. Hekhek... Result semester ni sebenarnya tak mengecewakan aku pun dan memang berbaloilah dengan usaha aku. ^__^ Sepanjang tempoh 4 tahun bergelar mahasiswi ni at last aku dah dua kali dapat 4 flat. Alhamdulillah bersyukur tak terhingga!!! 

Jadi, dengan mendapatnya result semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ni aku dah officially tamat pengajian dan layak dianugerahkan ijazah. Wahhh!!! Dah start berangan nak pakai jubah konvo ni. Hmmm... Dah boleh start design baju dah ni. Heee... (orang lain sibuk buat baju raya aku sibuk dok design baju untuk konvo)


nampak tak tu??? Alhamdulillah layak dapat ijazah ^__^

Lepas dah hilang debaran nak nengok result tadi, maka aku cepat-cepat isi borang online pendaftaran di JOB MALAYSIA. Semoga aku dan rakan-rakan yang lain berjaya posting awal dan kami dapat kerja cepat (jangan hantar sabah atau sarawak sudah la k...mohon sangat-sangat jangan dapat sana)

   

No comments: