GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, June 4

projek keempat reka cipta --> 'pagar automatik'

mimi_atia | 8:53 PM | 1Comments |
Bismillahirrahmanirahim


Projek keempat reka cipta yang kami kena buat adalah pintu pagar automatik. Tapi apa yang aku buat adalah pintu pagar manual yang boleh dibuka dan ditutup hanya menggunakan jari. Bak iklan syampu tu...

Guna jari pun boleh...Hekhek
Al-kisahnya yang tak jadi automatik tu sebab motor yang aku guna tu terlampau-mampau kecik. Pintu pagar yang aku guna pulak besar gedabak dan berat yang amat. Huuu!!! Padanlah kalau tak jalan pun. Tapi, aku tengok yang orang lain buat jadi je. Jealous uolsss!!! tapi apakan daya sebab itu je yang mampu aku buat. Maka, terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dadalah. Tapi, di sudut kecil hatiku terbit sekelumit rasa bersalah dengan buddy aku sebab aku tak mampu buat yang terbaik. Allah nampak usaha aku. Moga apa yang aku dapat setimpal dengan apa yang aku lakukan. 

bahagian hadapan 'rumah impian' kononnya...heee

bahagian pelan 'rumah impian' 


1 comment:

Ahmad Zulhairie said...

Boleh senaraikan bahan digunakan? Rasanya nk buat model PTA..hihi