Bismillahirrahmanirrahim
Pada petang yang syahdu ni, ditemani dengan suara roomate yang sedang menyanyi riang...hekhek...tetiba terdetik nak bukak blog dan mencoretkan sesuatu. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi aku dan rakan- rakan seperjuangan yang lain akan menamatkan perjalanan kami sebagai mahasiswa. Meskipun begitu, masih banyak lagi kerja-kerja yang belum disiapkan (bukan tak nak buat tapi memang payah sangat nak buatnya sampai kering otak dah aku nie >__<) Tapi aku tetap berlagak cool. Huuu...Sebab apa??? Sebab aku tahu yang benda tu akan siap jugak sama ada cepat atau lambat je. Hekhek...In shaa Allah dengan izinNya. Petang-petang macam ni layan blog sambil dengar lagu sangatlah best bagi melupakan segala kekusutan yang melanda aku sekarang. Orang memang tak nampak aku stress sebab aku tak akan pernah menzahirkan yang aku ni sedang stress. Hekhek @_@
Memandangkan aku dah 'ter'sebut pasal stress ni, jadi izinkan aku kongsi sikitlah maklumat macam mana nak tangani stress bagi orang yang sedang stress sekarang.
1--> SENYUM
Selalulah senyum walaupun sekusut mana otak kita ni sebab senyum ni adalah ubat untuk segala penyakit meskipun kuasa penyembuh itu semestinyalah hanya ALLAH yang mampu bagi. Tapi janganlah pulak ngah jalan sorang-sorang pun asyik senyum sampai nak tutup mulut pun tak boleh. Hahaha!!! Nanti dikatakan kurang siuman pulak dah aihhh!!! Tapi kalau kita berselisih dengan orang lain walaupun kita tak kenal senyumlah sikit biar bertambah manis wajah yang dah sedia manis tu. Huuu...Tapi kalau rasa mulut kelat sangat nak senyum pasal tadi makan jering dan petai tundukkan wajah anda...Haaa kan selamat tu...tak lah orang cakap korang sombong. Hahaha!!!
(JANGAN BUAT AKSI TERSEBUT FAHAM!!! Hahaha!!!)
2--> BERSENDIRIAN
Kalau rasa dengan bersendirian mampu hilangkan segala kekusutan yang melanda silalah berjalan sendirian. Macam yang aku selalu buat. Hahaha!!! Tapi tu tak bermakna aku ni sombong dan tak suke nak berkawan dengan orang lain cuma kadang-kadang aku rasa aku perlukan waktu untuk bersendirian.
3--> BERTENANG
Bertenang dengan menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan juga mampu mengurangkan segala kekusutan otak dek projek RC. Hahaha!!! (mati aku kalau En.S**** baca blog aku) Tapi kalau nak lagi tenang bagi Muslim, bacalah al-quran ^_^
4--> BERBUAT BAIKLAH PADA ORANG LAIN
Berbuat pada orang lain mampu hilangkan stress ke??? Anda pasti??? Ya aku sangat pasti. Meskipun aku ni tak lah baik sangat tapi kalau aku stress atau dah bosang asyik tengok nota je, aku akan pi jalan-jalan masuk bilik kawan-kawan yang satu rumah ngan aku dan kacau mereka-mereka. Hahaha!!! *evil laugh*
5--> JADILAH INSAN YANG BERHATI LUHUR DAN PEMAAF
Selalulah memaafkan kesalahan orang lain. Dengan memaafkan orang lain hati kita in shaa Allah akan berasa sangat- sangat dan sangat tenang. Cubalah dulu baru tahu kesannya. Tak cuba tak tahu.
6--> PELUK
Peluk??? Hahaha!!! Part ni yang paling aku suka sebab dapat peluk. Hahaha!!! Bab peluk memeluk ni memang aku suka sangat-sangat. Habislah siapa yang jadi suami aku nanti asyik kena peluk ngan aku je. Hahaha!!! Tapi, buat masa ni aku belum peluk mana-mana laki sebab nak peluk laki...laki belum ada tapi...tapi...tapi...aku akan peluk bantal peluk aku kalau aku di dalam kekusutan. Hahaha...dan hasilnya!!! Wow!!! sangat hebat...sebab apa??? Sebab dengan memeluk bantak busuk aku akan terus tertidur jadi secara automatik bila aku tido aku tak akan stress lagi. Gila apa time tido pun stress. Hahaha!!! Tu stress tahap gajah dah tu. Hahaha!!! Cubalah sendiri dan anda akan tahu hasilnya
7--> LAVENDER
Di Malaysia ni mana nak carik pokok lavender cik kak oiii!!! Hahaha...jadi kalau tak ade lavender tu buatlah cara tak ade dan tak payah nak feeling-feeling sangat. Tapi kalau rasa memang nak jugak...haaa bolehlah pi beli softlan yang de bau ala-ala lavender gitu. Ciumlah bau ketenangan softlan tu puas-puas. Jangan korang jadi lalok sudah sebab aku tak akan bertanggungjawab sebab aku dah cakap awal-awal tadi yang kat Malaysia tak ade atau susah nak cari pokok lavender ni.
8--> KASIH SAYANG
Tadi peluk sekarang kasih sayang pulah dah aihhhh!!! Hahaha!!! Berkasih sayanglah dengan sesuatu yang anda suka. Tapi jangan berkasih sayang dengan boypren tak tentu hala. Tak pasal-pasal aku dapat dosa kering. Berkasih sayang dengan game ke...robot memanjat korang ke..litar pagar automatik ke...Hahaha!!! (bukan niat aku memerli sesiapa di sini)
9--> ALLAH
Yang paling utama dan sangat utama bagi yang Muslim, jagalah hubungan anda dengan ALLAH. In shaa Allah jalan yang terbaik kalau kita sedang stress ialah dengan meluahkan segalanya kepadaNya kerana ALLAH Maha Mendengar ^_^
2 comments:
eleh cik mimi ni..pandai tulis je cara tangani stres,tp cik mimi pun tetap stres jgk...kan3.. :P
erkkk..eh saya xpernah stress..hekhek
Post a Comment