GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Monday, April 1

projek kedua reka cipta --> 'lampu meja'

mimi_atia | 1:51 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah akhirnya siap jugak projek kedua reka cipta ni. Huuuu...Jenuh aku nak menyiapkan projek ni. Hasil yang memuaskan berbanding yang dahulu yang macam ape ntah. Jadi, tadi aku dah antar dan tunjukkan pada lecturer aku lampu meja hasil air tangan aku (air tangan???hahaha...euuwww!!!) Tadaaa!!!


alhamdulillah akhirnya berjaya disiapkan

Aku agak berpuas hatilah dengan hasil projek kali ni sebab memang lawalah jugak bunga dan warna yang aku buat ni. (mahunyer tak lawa!!! dah dua kali buat kot!!!) Bhahaha!!! 

Tapi sebelum markah diberi, lecturer aku siap goncang dan tunggang terbalikkan projek yang kami semua buat ni taw. Katenya nak uji ketahanan lampu meja yang kami buat tu. Adoiii...memang berasap jugaklah tadi sebab bimbang kot kalau-kalau rumah burung dan bunga aku yang sedang kembang tu terbalik dan melantun-lantun jatuh ke bawah. Huuu...tapi alhamdulillah semua bunga dan dan umah burung tu melekap elok kemah-keming je tadi. Heee...

Dah sudah uji ketahanan bagai, lecturer aku nak ujilah pulak sama ada lampu LED tu menyala atau tak. Jadi, dengan bangganya...hahaha!!! aku bawak lampu meja aku mengadap lappy lecturer aku tu. Huuu...dan hasilnya!!! Alhamdulillah aku dapat markah penuh. Senyum lebar sampai ke telinga sebab hasil dan usaha gigih berbaloi-baloi.


alhamdulillah nyala!!! hOOrayyy!!!
(sila abaikan background tersebut...huuu)

No comments: