GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, March 29

shoot by shoot from AT09 students

mimi_atia | 11:11 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Shoot by shoot from AT09 students!!! Wow!!! yesterday is the best ever moment after 4 years we study together...doing activity together...mencangkul together...berpanas mentari dan berhujan basah kuyup sama-sama...<-- (i'm not too fluent to write in english...hekhek)

Walau bagaimanapun, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Jangan ditangisi perpisahan ini kerana ianya pasti terkandung beribu hikmah yang tidak kita semua ketahui. Di penghujung semester yang masih berbaki selama tujuh minggu ini, ingin aku hiasi muka surat semester ini dengan kenangan manis bersama rakan tersayang. Meski ramai yang tidak aku kenali begitu rapat namun kalian semua tidak aku lupakan dalam doaku. Kerana harga sebuah persahabatan tidak boleh dijual beli. Persahabatan yang tulus kerana Allah ini akan aku ingat dan kenang dalam setiap sujudku.  


Setelah hampir empat tahun kita menempuhi segala dugaan yang berliku...termasuklah menempuhi jalan-jalan yang berliku waktu awal-awal semester dulu...aku masih ingat dan terbayang-bayang bagaimana susahnya aku dan kawan-kawan terpaksa cangkul-cangkul tanah yang sememangnya 'tak lut' kot kalau guna cangkul...sampai nak tercabut hulu cangkul tu...huuu...kesian cangkul tu...lepas tu, dah siap gembur tanah yang sememangnya tak berapa nak gembur tu...kami tanam pulak segala bagai biji benih jagung dalam tanah yang keras tu...lepas tu yang paling RARE kami main 'taik' pulak dah...aishhh!!!macam-macam kan tapi benda tu lah kenangan yang aku rasa orang lain tak rasa kot terutama junior-junior kami...RARE kot!!! Hahaha...Kalau balik ladang tetiba hujan turun lebat kami terpaksa jalan kaki sejauh berpa kilomenter ntah sebab bas untuk balik ke kolej tak nak amek kami yang dah basah kuyup ni...kesian kan???huuu...bas hanya lalu dan pandang je kami ni...tak patut tak patut...lepas tu kami kena panjat bukit plak kalau nak sampai kolej cepat...huuu...dulu kebun kami jauh dari kolej dan terpaksa mintak bas berhenti tepi jalan (kalau bas berhenti tengah jalan RARE la plak kan) hahaha...Tapi kami tak kisah semua tu sebab kami budak baik. ^__^ 


Ribuan jalan telah kita lewati

Berbagai rintangan telah kita lalui
Penuh wewangian bunga mahupun mahupun bertabur duri
Penuh suka mahupun duka di hati
Semua bukanlah sekadar kenangan
Semua bukanlah sekadar renungan
Saat kita dalam kebersamaan
Dalam suka mahupun pengorbanan
Namun, kita telah tahu
Kita tak selamanya bersatu
Menempuh jalan hidup yang bertabur debu
Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu
Saat perpisahan datang menyapa
Ku tak ingin kau titiskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
Kerana hati kita semua tetap akan bersama
Sahabatku tersayang
Inilah hidup
Kadang kita membuka
Suatu saat kita akan menutup
Selamat menempuh kehidupan yang baru sahabatku sekalian...

Sedikit coretan kenangan manis yang dapat aku coretkan sebab kalau nak coretkan semua memang tak akan habis malam ni. Tapi aku ada tulis tentang segala kenangan yang aku dan kawan-kawan dah lalui sepanjang perjalanan hidup kami bergelar MAHASISWA dan MAHASISWI UPSI di page CAMPUS LIFE. Kalau sudi boleh jenguk page tersebut dan kalau sudi lagi boleh baca dan kalau lagi lagi sudi boleh baca post yang seterusnya. Heee...


 WE LOVE UPSI ^__^


PERSAPIAN 1ST BATCH INTAKE JULY 2009/2013





No comments: