GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, January 1

origami: swan putih

mimi_atia | 12:00 AM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Finally...here it is!!! Akhirnya siap 100%. SubhanAllah penat buat swan ni. Mahunya tak penat. Bayangkanlah aku kena lipat sebanyak 500 keping kertas yang saiznya sebesar kertas A4 yang dibahagikan kepada 32 bahagian. 1 nisbah 32!!! Boleh bayangkan tak besar mana kertas tu?

Aku ambil masa lebih kurang tak sampai dua hari untuk siapkan origami swan ni kalau tolak masa aku tidur...makan dan buat kerja lain. Sebenarnya langsung tak susah nak buat swan ni. Tapi...tapi...tapi yang rumitnya adalah nak lipat sebanyak 500 keping kertas tu. Kalau korang jenis yang tekad dan jenis yang tak mudah putus asa macam aku. So, bolehlah korang cuba buat.

Mula-mula tu memang susah sebab nak kena potong dan lipat sebanyak 500 keping kertas. Tapi bila dah dapat hasilnya. MasyaAllah!!! Alhamdulillah!!! Sangat puas!!! Jadi, di bawah ni aku sertakan beberapa keping gambar proses untuk siapkan origami swan yang cantik ni. 



nampak kertas segitiga yang telah dilipat tu???
Haaa!!! yang tulah kertas yang beratus-ratus keping yang sudah dilipat 


baru siap badan je ni...

pandangan sisi swan...cewahhh!!! berposing pulak die

pandangan hadapan sipi-sipi...swan ni pemalu sikit

Lepas ni, aku nak siapkan swan yang tingginya sebesar aku sebanyak dua ekor. Manalah tahu kot-kot ada sesiapa yang nak sewa dari aku untuk buat hiasan pelamin nanti. Angan- angan je ni. Ok, bagi sesiapa yang nak try bolehlah klik di SINI ◕‿◕ 



2 comments:

ct kektus said...

pernah tengok kat youtube. teringin nak buat. bila kenangkan sampai 500 keping, alahai lemahnya. paling banyak pernah buat pon 30 keping. itu pon dah semput. hihii

mimi_atia said...

huuuu...tulah ct kektus..mula2 rasa give up dah tapi bila tengok hasilnya cantik dan tambah plak tak de ape keje buat kat umah ni...huuu..tu yg truskan aje niat tu..heee..trylah ^__^