GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Monday, December 31

semester 6: asas elektromekanikal dan enjin

mimi_atia | 4:48 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Asas elektromekanikal dan enjin merupakan subjek minor yang wajib diambil bagi setiap pelajar yang ambil minor kemahiran hidup macam aku ni. Geng-geng aku yang lain awal-awal semester dulu dah ambil tapi aku baru ambil masa semester 6. Huuu...tapi tak pelah janji aku ambil jugak walaupun lambat. Bak kata pepatah 'biar lambat asal selamat'. 

Ok, untuk subjek ni tidak memerlukan aku menghafal nota yang banyak dan hanya cukup memahami konsep dan tahu bagaimana konsep ni diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Sedikit konsep fizik yang amat mudah harus dipelajari dalam subjek ni. Tapi kan yang paling best kelas amali selalu batal. Hahaha!!! Enjoy jugaklah. 

Di dalam kelas amali kami belajar cara nak potong besi, cara welding dan cara buka dan pasang enjin kereta. Ganas tak??? Itu jelah yang aku rasa yang menarik tentang subjek ni. Di samping pensyarahnya yang amat sporting giler habis iaitu Dr. Sethuprakash. 
Thank you doc coz give me A for this subject. 


aku yang sedang gigih memotong besi

No comments: