Bismillahirrahmanirrahim
Aku belajar jatuh cinta
Belajar jatuh cinta dengan diri sendiri
Dahulu aku sering membenci diri melihat cermin
Sehingga aku tidak sedar
Ada cermin di dalam hati
Iaitu pantulan cermin hatiku
kepada Penciptaku
Belajar jatuh cinta dengan diri sendiri
Dahulu aku sering membenci diri melihat cermin
Sehingga aku tidak sedar
Ada cermin di dalam hati
Iaitu pantulan cermin hatiku
kepada Penciptaku
Aku belajar jatuh cinta lagi
Kepada perkara yang aku tidak suka
Rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta
Iaitu perkara yang membawaku
Lebih dekat dengan Penciptaku
Kepada perkara yang aku tidak suka
Rupanya itulah yang aku akan jatuh cinta
Iaitu perkara yang membawaku
Lebih dekat dengan Penciptaku
Dan apabila aku sudah jatuh cinta pada seorang insan
Yang pada pendapatku amat elok paras rupa serta amalannya
Itu adalah saat yang mana
Aku tidak bisa mengelak dari berjauhan dengannya
Tapi di hadapannya
Aku malu untuk mendekati
Aku malu untuk memandang
Tetapi saat aku di hadapan Penciptaku
Aku terang-terangan meminta dirinya
Kerana mengingatinya membawa ingatanku terus pada Penciptaku
Mungkin aku harus belajar jatuh cinta lagi ❤

No comments:
Post a Comment