GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Friday, December 28

semester 6: program penyeliaan pengalaman pekerjaan

mimi_atia | 12:00 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Program penyeliaan pengalaman pekerjaan merupakan satu-satunya subjek major yang aku ambil sewaktu semester 6 sebab subjek major yang lain aku sengaja tak nak ambil sebab aku nak habiskan subjek minor aku terlebih dahulu. 

Untuk subjek ini, kami langsung tak ada kelas teori. Hal ini kerana bagi subjek ni, kami dikehendaki memilih supervisor yang kami suka dan seterusnya berjumpa dengan supervisor tersebut bagi menjalankan satu projek. Haaa...so group aku pilih Dr.Fazhana Ismail as our supervisor sebab kami tak pernah bekerjasama dengan beliau dan ingin menimba ilmu serta pengalaman daripada beliau. Ternyata beliau amat-amat sporting dan sangat best bekerjasama dengan beliau. Faktor lain yang menyebabkan kami memilih beliau ialah sebab ahli kumpulan aku teringin sangat nak buat projek yang berkaitan dengan binatang atau pun haiwan. Alhamdulillah Allah makbulkan niat kami. ^__^ 

Oleh itu, projek yang kami pilih adalah untuk menternak burung puyuh. Yeahhh!!! Tapi...tapi...tapi burung puyuh ni sensitif pada suhu. Oleh itu, kami semua kena pandai menjaga dan merawat puyuh ni daripada ia kecil hingga ia besar. Yuhuuu!!! 

Proses pertama yang kami perlu lakukan ialah cari contact number pembekal burung puyuh untuk order anak burung puyuh. Kami semua berbincang untuk membeli sebanyak 250 ekor puyuh dengan menggunakan modal kami sendiri. Banyak dugaan sepanjang mengendalikan projek ni uolss namun kami semua bekerjasama untuk mengatasi masalah ni. Sehari sebelum anak puyuh yang berumur 3 hari sampai, kami dikehendaki menyiapkan pendawaian elektrik dan menyiapkan tempat tinggal untuk mereka.  


Tadaaa!!! Alhamdulillah rumah baby puyuh sudah siap sepenuhnya


Hari yang dinanti telah tiba di mana kami semua menanti kedatangan puyuh-puyuh yang akan kami bela selama 35 hari. Yuhuuu!!! Excited sangat uolsss tapi rasa takut pun ade sebab kalau projek kami gagal dan tidak mendapat sebarang keuntungan mungkin ianya akan menjejaskan result kami nanti. Namun aku percaya dengan sifat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli, projek ni akan dapat dijayakan dengan jayanya. Yeahhh!!!



anak-anak puyuh yang berusia 3 hari

proses memasukkan anak-anak puyuh ke dalam sangkar

Setelah 35 hari berlalu, masa yang dinantikan telah tiba. Huuu... Masa untuk menyembelih dan memproses serta menghantar tempahan puyuh kepada pelanggan-pelanggan kami di sekitar kawasan tanjong malim. Alhamdulillah semua puyuh habis ditempah. Huuu...kami penternak yang berjaya. Heee...

So, pada hari tersebut kami semua beramai-ramai bergotong-royong memasak serta mengadakan sedikit jamuan. Kami masak sendiri je uolsss. Segala kemudahan ada di ladang kami. Huuu... UPSI dah semakin maju. Bermulalah proses menyembelih, membuang bulu, membuang segala isi perut, menggoreng, membungkus serta menghantar puyuh-puyuh tersebut. Fuhhh!!! Penat sangat uolsss hari tersebut.  


posing jap!!
amin dan firdaus sedang menyembelih puyuh
geng-geng yang very very happening!!!
puyuh togel...Huuu...
nyum! nyum! sedapnya puyuh goreng berempah
proses membungkus puyuh yang telah diorder

Setelah selesai segala proses penyembelihan dan sangkar pun telah dikosongkan maka tibalah waktu untuk membersihkan sangkar puyuh yang dipenuhi dengan segala najis. Iyyeekkk!!!



tak padan ngan kecik puyuh ni..banyak nyer $%#@!!! Huuu...

enjoy the food uolss!!! (yang lagi separuh tak muat camera)

No comments: