GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Saturday, December 29

semester 6: pengurusan pakaian dan jahitan

mimi_atia | 12:57 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Pengurusan pakaian dan jahitan juga adalah subjek minor untuk kemahiran hidup. Subjek ni best tapi bagi aku sangat mencabar sebab aku sememangnya tidak pandai menjahit. Hahaha!!! Jatuh saham seh! Tapi tak mengapa at least aku akui kekurangan aku. 

Subjek ni memang giler tak menang tangan nak siapkan segala bagai assignment. Sepanjang semester 6 aku banyak menghabiskan masa untuk menjahit. Antara assignment yang kami perlu buat ialah folio beberapa jenis jahitan tangan dan mesin beserta jahitan sulaman. Perghhh!!! Memang mencabar kewanitaan aku. Korang bayangkanlah bukan sikit jahitan tu, mahu dekat seratus jugak taw. Tambahan pula, kena siapkan beserta cara-cara nak jahit sekali. Mana nak jahit...mana nak snap gambar...mana nak taip lagi. Tapi dengan usaha gigih aku berjaya siapkannya jugak. Alhamdulillah. Tapi aku tak dapat tunjukkan hasil folio aku sebab hari tu bergegas nak hantar so tak sempat nak snap gambar. 

Tu baru assignment pertama. Assignment yang kedua memerlukan kami untuk membuat artikel rumahtangga iaitu sebuah beg yang ade cuilting. Huuu...alhamdulillah beg di bawah adalah hasil aku. Walaupun simple tapi aku sangat berpuas hati. 
Amacam??? Nak tempah kew??? 


cantik x??? Huuu...gojes gitu
(sila abaikan background katil member guwa kat belakang tu)


Assignment ketiga nilah yang paling mencabar akal dan minda aku. Aku kena buat blouse uolsss. Bayangkanlah, baju kurung pun aku tak reti inikan pulak nak buat blouse. Tak pe, tak reti boleh belajar. Haaa...memanglah boleh belajar dan memang kena belajarlah kan kalau tak memang tak siaplah boluse aku. Dan memang kami terlebih dahulu diajar di dalam kelas bagaimana nak ukur...nak buat pola dan sehinggalah ke proses nak buat blouse.

Amacam??? nampak tak hasil blouse yang aku buat? Nak tempah jugak??? Hahaha...Nak tempah call aku. Untuk buat blouse ini aku beli kain yang paling murah sebab bajet ciput. Nak cantikkan lagi aku letak manik-manik kasi bling bling sikit baju aku tu. Lepas tu bahagian lengan aku jahit manik bunga ala-ala tabur gitu. Hahaha... This blouse is totally designed by me okeyh! 
   

lawa kan??? Ahakzzz!!!

No comments: