GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, December 25

semester 5: landskap dan nurseri

mimi_atia | 5:46 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Landskap dan nurseri merupakan subjek yang kami belajar tentang pokok-pokok yang kebiasaannya digunakan sebagai landskap manakal nurseri pula merupakan tempat di mana pokok-pokok di biakkan (erkkk...betul ke penggunaan dibiakkan tu??? Arghhh!!! lantaklah) dan akan digunakan untuk menghasilkan sesebuah landskap. Jabatan Landskap Negara contohnya yang mana merupakan jabatan yang bertanggungjawab menceriakan serta menghasilkan landskap yang menarik di ibu kota. Huuu...Aku dah start melalut dah ni. 

Ok, macam biasalah mengenai assignment pulak kami ditugaskan untuk mencari sebuah nurseri dan menemuramah tuan empunya nurseri. Nurseri yang aku dan partner aku pilih adalah di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Dekat aje dengan kampus kami. So, masa jimat dan minyak kereta pun tak banyak guna kan. Hikhik... Bermulalah sesi temuramah kami.




orchid lah!!! Banyak tu...

pokok yang sedang dibiakkan...baby lagi ni so jangan kacau!

pejabat nurseri

pokok kaktus pon ade

pelbagi jenis rupa dan bentuk pasu serta hiasan lain

pandangan pintu masuk ke nurseri ini ^___^


Selain daripada assignment luar ni, kami juga dikehendaki mereka satu design landskap. SubhanAllah susah yang amat nak buat design landskap ni sebab banyak benda yang perlu diambil kira. Antaranya kedudukan sunrise and sunset, arah angin, bangunan sekitar dan elemen yang digunakan untuk manghasilkan sebuah landskap yang cantik. Fuhhh!!! masak jugak kami nak menyiapkan satu design ladskap ni...bayangkanlah kami kena lukis lukisan 3D ok dan juga lukisan pelan. Amek kau!!! Tapi ape pun kami still steady and cool je.

Sebelum nak hasilkan satu pelan, kami dikehendaki mencari satu site yang sesuai untuk buat landskap, lepas tu kami kena ukur site. Fuhhh!!! Berpeluh ketiak. Dah ukur tu, kami kena fikirkan elemen yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan landskap tu. Akhirnya, kami berjaya juga menyiapkan tugasan tersebut. Tutor kami gitaw yang dia akan hantar setiap pelan yang setiap group buat kepada jabatan landskap UPSI so kalau mereka berkenan adalah pelan yang akan dipilih. Huuu...tapi sampai sekarang tak ade feedback maknanya mereka tak berkenan la tu. Huuu...


amacam???style x master plan kitorang??? Hukhuk...

master plan dalam proses nak diwarnakan so we try to match the colour...

No comments: