GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, December 20

semester 4: pengurusan lepas tuai

mimi_atia | 1:30 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 



Pengurusan lepas tuai yang mana merupakan subjek tentang apa, bagaimana dan di mana sesuatu hasil tanaman tersebut akan diproses selepas proses penuaiannya dilakukan. Tajuk ni menarik tapi sayangnya tidak disertakan dengan amali kerana kekurangan kemudahan di UPSI memandangkan kos kami ni kos yang baru ditawarkan di UPSI. Tak mengapalah kan asalkan yang penting kami tahu teorinya dan insyAllah akan taw jugak bagimana untuk mengaplikasikan apa yang kami belajar untuk diajar kepada anak didik kami nanti. 

Aku akan ceritakan sedikit sebanyak apa yang aku belajar dalam sujek ni. Baiklah, pengurusan lepas tuai merupakan salah satu stage yang sangat penting kerana di stage inilah semua hasil tanaman sama ada sayuran atau buahan akan dibersihkan dan dipaket untuk dihantar ke pasaran tempatan atau antarabangsa. Stage ni sangat penting kerana cara sesuatu hasil itu dipaketkan juga memainkan peranan penting. Produk yang hendak dipasarkan perlu diasing mengikut gred standard. 

Pembalut atau bahan yang digunakan untuk membalut produk tersebut juga sangat dititik beratkan. Sesetengah produk yang akan dieksport ke luar negara yang memakan masa yang lama perlu dikutip hasilnya mengikut gred kematangan yang sesuai. Jika tidak, kemungkinan produk yang dipasarkan menjadi tak elok, busuk dan tidak mempunyai kualiti lalu tak boleh dipasarkan lagi. Ini akan merugikan penjual. 

Amacam best tak subjek ni??? Best kan. Ok, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai subjek ni bolehlah start men'google' yup. Sebab kalau aku nak story kat sini memang 7 hari 7 malam pun memang tak akan habis der! Ok guys...roger and out!!!!


sumber dari mr.google ^___^

No comments: