GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Wednesday, December 19

semester 4: akuakultur

mimi_atia | 12:30 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Akuakultur merupakan subjek yang mana kami semua belajar mengenai ikan especially. Tapi seingat yang aku belajar memang pasal ikan je pun. Tak kisahlah mummy ikan ke, daddy ikan ke, atok ataupun nenek ikan yang pastinya semuanya pasal ikan. Ada juga kami belajar tentang binatang air yang lain tapi tidak sebanyak fakta tentang ikan.

Untuk subjek ni, kami banyak belajar teori dan juga melakukan eksperimen dalam makmal. Hukhuk... Jadi doktor ikan la katekan. Untuk amali yang berkaitan dengan apa ntah aku dah lupa tapi melibatkan ikan keli yang amat besar yang mana kami kena tekan perut mummy ikan keli yang tengah sarat mengandung tu untuk keluarkan telurnya. Perghhh!!! Aku yang tengok ni dapat rasakan kesakitan mummy ikan keli tu uolsss. Ish3x...sangat kejam kan??? Ikan keli kena paksa beranak uolsss bayangkanlah (woiii!!! ikan keli tak beramak tapi bertelur). Tapi untuk belajar tidak mengapalah rasanya. 

Dah tekan-tekan sampai sesak nafas cik keli tu, akhirnya keluarlah telurnya yang bewarna kuning ala-ala oren gitu. Tapi sayangnya tutor kami encik din dan cik hidayah gitaw yang sebenarnya mummy keli tu baru pregnant uolsss. Jadi, telurnya belum capai tahap matang. Fuhhh...boleh uolsss bayangkan betapa sedihnya mummy keli tu. 

Dahlah paksa ikan keli tue beranak! (lagi sekali...ikan keli tak beranak tapi bertelur!!! ingat sampai mati) Tekan-tekan perut keli tu sampai keluar darah! 
Tetiba telur tu tak boleh digunakan dalam eksperimen!!! Menyirap tak agak-agak perasaan cik keli tu??? Mahunya tak menyirap. Sobsob...Kesian kat ko cik keli, tak pelah ko buat telur baby laen ok.  

Kami keluarkan ikan keli itu daripada tangki lepas tu kami belah perut cik keli. Tiba-tiba cik keli melibas ekornya...Perghhh!!! habis sisa-sisa telurnya terpercik kat muka aku. Hakhak... Marah nampak cik keli ni. Tapi aku dan beberapa orang yang berani pegang cik keli meneruskan agenda kami. Huuu...Bunuh kau!!! 

Begitulah tamatnya riwayat cik keli. Haaa...sape nak ikan keli ni ambil bawak balik. Erkkk...walaupun aku ni penggemar tegar ikan keli tapi untuk memakan ikan keli sebesar itu tidaklah ku sanggup. 

Untuk subjek ni pun ada satu lawatan yang kami semua kena pergi. Tapi, malangnya masa sampai di tempat penternakan ikan ke apa ntah orang panggil (aku tak taw sebab aku tak pergi) tempat tersebut tutup kerana semua kakitangan tempat tu ada hari keluarga. Hukhuk...Kesianlah sapa yang pergi untuk first trip tu. Nasib baik aku daftar untuk second trip, tu pun sebab ada camping pengakap. Hikhik...So, konklusinya untuk subjek akuakultur semester ni lawatan dibatalkan dengan dukacitanya harap maklum. 

No comments: