GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Sunday, December 23

semester 4: makanan dan teknologi

mimi_atia | 5:11 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Makanan dan teknologi juga merupakan subjek minor untuk sesiapa yang ambil minor kemahiran hidup. Subjek ni best la jugak sebab kami kena buat satu inovasi makanan. Alaa...inovasi makanan tu macam kita olah je makanan yang sedia ade sekarang menjadi makanan yang tak pernah ada orang reka. Contoh macam group aku olah donut yang biasa tabur gula kat luar tu menjadi donut yang tak ada gula kat luar tapi ada jagung di dalamnya. Haaa!!! Amacam hebat tak? Hebat la kan. 

Orite...donut ni kami bagi nama CORN BOMBOLONI iaitu maksudnya sememangnya jika diterjemahkan ke bahasa melayu memanglah namanya donut jagung tapi kami tukar dalam bahasa Itali yang mana bomboloni tu maksudnya donut. Huhu... Hebat kan??? Namanya aje dah kelas uolss apatah lagi rasanya. 

Donut ni ada sejarahnya yang tersendiri yang mana korang boleh google aje and search "sejarah kuih donut" maka keluarlah segala bagi tentang sejarah donut. Aku malas lah nak cite panjang lebar pasal sejarah donut ni. 

Ok, kami dikehendaki membuat inovasi tentang makanan bermula dari sediakan 
bahan-bahan, masak makanan ni, kira nutrition facts, kos segala bagai sehinggalah ke proses pembungkusan. Kami pilih untuk buat donut ni as a frozen food so tahan lama lah sikit kan. Baiklah, di bawah ni aku sertakan beberapa keping gambar sebagai bahan bukti hasil kerja keras kami. Enjoy it!!! (^___^)  Kalau ada sesiapa nak resepi CORN BOMBOLONI ni bolehlah  komen di bawah.


uli-uli sampai jadi doh macam ni...yang kaler kuning tu jagunglah sayang ooiii!!!

nampak donut yang siap sedia untuk digoreng!!!

packaging untuk corn bomboloni kami...Pukul 3 pagi buat ni...

siap untuk dipersembahkan kepada pensyarah waktu presentation ^___^



No comments: