GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Saturday, December 22

semester 4: kurikulum kemahiran hidup

mimi_atia | 4:56 PM | 1Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Kurikulum kemahiran hidup merupakan subjek minor untuk sesiapa yang ambil minor kemahiran hidup. Subjek ni lebih kepada fakta tentang bagaimana subjek teknikal dan vokasional mula dilaksanakan di sekolah-sekolah. Subjek ni kebiasaannya akan diajar oleh dekan fakulti sendiri. Tapi tak tahulah untuk next next and next semester camne kan. Buat masa sekarang dekan je yang ajarnya. 

Nak tahu tak? Dalam kelas ni lah kami selalu enjoy. Kesian dekan sedang mengajar kat depan, kami duk posing amek gambar, makan-makan, ade yang lagi syok boleh siap skype der. Hahaha!!! Aduyai...contoh pelajar cemerlang lah ni. Tapi bukan selalu kami buat keje macam tu, kadang-kadang je kami buat terutama masa tu ada group laen sedang buat presentation assignment kat depan. Memang kami biarkan mereka membebel kat depan sebab kami tahu diorang pun memang tak suke kami dengar diorang membebel dan lagi satu takot kalau-kalau ade orang yang tanya soalan pada mereka.  

Sebenarnya bukannya kami tak nak tumpukan perhatian. Lagipun, subjek ni kami boleh baca je nota-nota yang pensyarah dah siap upload di portal (bukan maen berlagak kan). Tapi, setakat yang aku ingatlah kan aku tak pernah ponteng kelas ni okeyh biarpun aku tak tumpukan sangat perhatian masa pensyarah sedang mengajar. Ada lah catat-catat sikit tu. Bawak pen sebatang dan buku sebijik cukuplah untuk masuk kelas. Dah nak dekat exam baru sibuk nak study. Terimalah hakikat yang sememangnya begitulah life di universiti. 


1 comment:

fifi said...

ade lg x save nota2 yg lctre upload...share blh:)