GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Monday, December 17

semester 3: elektrik dan elektronik

mimi_atia | 1:00 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim




Elektrik dan elektronik merupakan subjek yang menjurus ke arah fizik. Subjek ni tak adalah susah sangat pun. Cuma bagi perempuan seperti aku yang sememangnya tak berapa minat subjek yang melibatkan elektrik dan yang sewaktu dengannya memang tak berapa lah kan. Dari segi teori alhamdulillah aku tak de sebarang masalah, cuma dari segi amali je yang aku tak minat. Bayangkanlah kena pasang balik lampu pendaflour tu beb. Mau tak masak aku tapi nasib baik amali boleh dilakukan secara couple. So, aku pun satu group lah ngan bestie aku, wan shaza. Hukhuk... So, bersemangatlah sedikit walaupun tak berapa nak reti pasang semua tu. 

Tambahan pulak, tutor yang ajar aku pun baik so i must to go on dan cuba tanam minat walaupun tak minat. Owhhh lupa nak bagi tahu yang subjek ni merupakan subjek minor. Bagi kos aku, kursus minor yang ditawarkan bagi kos aku hanya Kemahiran Hidup. Walau bagaimanapun, dah last-last nak habis pendaftaran untuk subjek minot tetiba orang kat pejabat fakulti gitaw yang subjek untuk Biologi dan Kimia pun boleh ambil. Erkkk...terkilan tapi tak mengapalah sebab aku ingat nak enjoy je belajar di universiti ni tak nak stres macam kat skolah dulu. 

Ok, berbalik pada subjek elektrik dan elektronik ni yang mana hanya terdapat amali di dalam bengkel dan satu pembentangan projek yang kami kena fikirkan sendiri. Antara amali yang kami buat ialah pasang balik lampu pendaflour tu lengkap dengan litarnya dan juga kami kena buat board litar sendiri. Haaa...part yang kena buat board litar sendiri yang payah sikit ni sebab litar kami kena buat sendiri dan kena pandai baca litar. Kalau salah baca litar alamatnya litar kami tak akan bersambung dan setiap LED yang dipasang tidak akan menyala. Alhamdulillah kami berjaya lakukannya dengan baik. Syabas!!!

Ok, pasal pembentangan projek pulak kami dikehendaki mereka cipta satu alat yang boleh diaplikasikan dalam bidang pertanian. Tadaaa!!! Group aku mereka cipta satu mesin penetas telur. Hukhuk...Sebenarnya bukan reka sangat pun cuma kami ambil yang dah sedia ada dan olah sedikit sebanyak. Tapi...tapi...tapi...yang paling penting adalah kami dikehendaki untuk menerangkan tentang litar yang ada dalam mesin tersebut. Bhahaha!!! Masak guwa der!!! Tapi alhamdulillah dengan bantuan rakan- rakan satu group kami berjaya membentangkan projek kami dengan bergaya.



contoh sahaja ok ◕‿◕ insyaAllah akan aku reka satu hari nanti
malah yang lebih dahsyat dan meletop

No comments: