GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, December 13

semester 2: olerikultur

mimi_atia | 12:00 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Olerikultur merupakan subjek yang mana hanya berkaitan dengan sayuran. Tak kiralah sayuran buah, sayuran daun, sayuran akar, kekacang dan sebagainya asalkan sayur. Subjek ni memang best baik teori dan juga amalinya. Haaa!!! Disebabkan subjek ni jugak lah masa praktikal alhamdulillah aku dapat ajar subjek tanaman makanan dengan baiklah jugak sebab ada pengetahuan pasal benda ni semua (bagi aku je kot) 

Bercerita pasal amali pulak, kumpulan aku diberi tanggungjawab untuk menanam sawi dan juga kacang buncis. Alhamdulillah hasil sayuran yang dihasilkan sangat bagus. Tiap-tiap petang kami semua berjalan kaki ke kebun yang jauhnya hampir 2km (propa je...tapi serius memang jauh) Petang-petang kalau hujan kami ramai-ramai redah hujan. Syokkk!!! Hikhik... Ukhwah yang terjalin pun makin erat.  


hasil sawi yang fresh baru dicabut dari tanah ^____^ segar kan???

hasil sawi kumpulan kami yang siap sedia untuk dijual ^___^

Jeng...jeng...jeng...part yang paling manis sekali dalam hidup kami ialah apabila hasil sudah boleh dituai dan siap-siap untuk dibungkus dan dijual kepada pembeli. Haaa...part masa nak cari pembeli ni yang payah sikit ni dan sangat-sangat mencabar uolss. 

Tapi kan alhamdulillah Allah tolong kami dan nak dijadikan cerita, masa kami sedang duk bungkus sawi tu adalah seorang pakcik tu lalu dan stop dekat kami. Dia kata nak beli semua sayur kami dan nak jual di kedainya katanya. Amboi pakcik biar betul??? Haaa...memang betul pun. So, kami pun apa lagi memang bersorak kegembiraan la. Pucuk dicita ulam mendatang uolss. Tapi pakcik tu mintak kami hantar ke rumah beliau sayur-sayur tu semua. Erkkk...tapi tak de masalah la sebab ade salah seorang geng aku yang ada kereta. 

Lepas dah siap bungkus kami pun gerak sama-sama yang mana geng perempuan naik kereta dan yang lelaki rempit motor masing-masing. Pusing punya pusing satu Malim Prima tu tak jumpa umah pakcik tu. Last sekali, kami call balik pakcik tu dan at last alhamdulillah jumpa jugak umah pakcik tu. 

Erkkk...our first impression bila sampai umah pakcik tadi memang tak taw apa nak cakap. Semua terdiam sebab memang ada kedainya tapi nampak macam dah lama tak beroperasi kedai tu. Pakcik tu ajak pulak masuk umah. Kami masuklah sebab nak amek hati kan. Duduk-duduk dan borak-borak kosong ngan pakcik tu. Kami pun mintak diri dululah sebab banyak lagi keje yang nak dibuat dengan assignment yang berlonggok-longgok.  

Sebelum balik, kami ingat pakcik tu nak hulur lah duit harga sawi yang sebanyak 10kg tu uolss rupanya tidak. Pakcik tu cakap dia tak de duit kecik dan mintak kami datang balik keesokan harinya. Kami jual harga sawi tu RM2 sekilo (kalau tak silap aku...dah lama dah kejadian ni jadi aku tak ingatlah) So, memandangkan kami ni jenis yang bertoleransi kami mengiyakan je la.

Keesokan harinya, geng-geng lelaki je la yang pergi balik umah pak cik tu sebab just nak pergi amek duet je kan so tak payahlah ramai-ramai yang ikut kan. Lepas hari tersebut, kami semua jumpa dalam kelas teori tapi masa aku and the gang mintak duit hasil jualan pada budak-budak lelaki group aku diorang boleh gelak. So, kami dah suspen dah kan apahal pulak gelak-gelak ni. Lawak sangat ke der??? 

Lepas tu, budak lelaki group aku pun ceritalah kisah masa diorang pergi mintak duit dengan pakcik tu. Bla...bla..bla... (syok dengar cerita) Dah habis dengar cerita tu kami 
ramai-ramai pakat duk gelak. Aduyai...tak mengapalah pakcik dah rezeki pakcik agaknya. Kami semua halalkan. Nak taw apa yang kelakarnya??? (aku tak boleh gitaw sebab mungkin boleh mengaibkan pakcik tu) Sory uolss ^___^ Tapi apa-apa pun terima kasihlah untuk pakcik tu sebab pakcik tu jugaklah kami berjaya menjual kesemua hasil tanaman kami. 


hasil kangkung kumpulan lain 

anak-anak sawi sedang galak bercambah ^__^

hasil group lain...bayam merah

ni adalah timun batang bagi mereka yang tak kenal

ni pulak pokok timun batang...dah kenal???
      

No comments: