GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, December 13

engagement day of my bestie

mimi_atia | 9:13 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


13.12.12 yang mana merupakan tarikh yang paling bahagia bagi sahabat baik I,wan shaza. Kenapa??? Sebab hari ni merupakan hari pertunangannya. Alhamdulillah akhirnya die bertunang dan majlis pada hari tu berjalan seperti yang dirancang. 

Ceritanya bermula begini.........

Pagi yang indah dengan suasana yang sejuk-sejuk dingin I bangun dan terus mesej dye "I datang umah u pukul 10 lebih- lebih yup" Lepas tu terus mandi dan gosok baju kurung hijau I dengan hijab hijau. Dari atas sampai bawah memang hijau lah I hari ni. Tepat jam 10:30 I gerak pergi rumah die dengan dihantar oleh abahku dengan menaiki motor memandangkan rumah die dekat je ngan rumah I.

Sampai rumah die, I duduk-duduk dan bantu apa yang patutlah kan. Tak kan pergi rumah orang nak duduk je. Jadi, haruslah kena bantu. Malu la weyh kalau tak bantu bila dah pergi rumah orang kan. Jadi, lepas dah rewang-rewang kat dapur, tibalah masanya untuk I jadi MAK ANDAM. Mesti korang tak percaya yang I jadi 'mak andam' kan??? Sebenarnya, I lagilah tak percaya sebab I sendiri pun bukan jenis yang pakai make-up. Tapi alhamdulillah I dapat 'siapkan' sahabat baik I yang sedia cun melecun bertukar menjadi seorang tuan puteri.

Lebih kurang pukul 2 petang, alhamdulillah rombongan pun tiba dengan selamat di rumah die. Memang berdebarlah sahabat I tu. Jadi sebagai sahabat baik die, I tenangkan die dan ukirkan senyuman untuk hilangkan dupdap dupdap jantungnya. Tu je yang mampu I lakukan sebab I sendiri pun belum ada pengalaman.  

Lepas selesai berpantun dan sesi ta'aruf semua, I dan kakak die bawa die keluar dari bilik untuk acara 'menyarung cincin untuk pihak perempuan dan juga lelaki'. Clik! Clik! (sound from DSLR) Macam-macam gaya yang keluar masa snap gambar. Maklumlah I ni jenis yang pantang nampak kamera lebih-lebih lagi DSLR. Masa tu aku rasa macam dah rapat sangat dengan family die. ◕‿◕ Acara makan-makan.

Dalam pukul 3 lebih macam tu I pun mintak untuk berundur diri dululah sebab majlis pun dah habis kan. Tak elok duk umah orang lama-lama. I balik dijemput oleh ummiku.

>>> MAY ALLAH BLESS U ALWAYS MY BESTIE I LOVE YOU<<<

No comments: