GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, December 11

semester 1: sains tanah

mimi_atia | 12:30 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Sains Tanah? Erkkk...apa ni? Tadi mekanisasi ladang and now sains tanah? What's all this?Actually sains tanah juga merupakan salah satu antara subjek yang kami belajar sewaktu menuntut di semester satu tahun satu.  

Dalam subjek ni, kami banyak belajar tentang sains tanah seperti komponen-komponen tanah, mikronutrient dan juga makronutrient yang terdapat di dalam tanah yang mana membantu tumbesaran pokok dan menyuburkan lagi tanah. Semua benda kami wajib hafal sebab kalau tak hafal macam mana nak dapat grad bagus. Ye ke idok? 

Jadi, di samping kami belajar dalam dewan kuliah yang ber'air-cond' kami juga harus bercucuk tanam. Fuhhh!!! Kali pertama kami pegang cangkul bagai...pakai kasut but...berhujan berpanas...memang tak payah cakaplah kalau bab penatnya tapi kami sangat...sangat...sangat enjoy. Kenapa??? Sebab dapat lihat hasil yang kami tanam bercambah dan terus bercambah dengan suburnya. Auwww! Speechless okeyh! Maklumlah kali pertama bercucuk tanam terus tanaman jadi.


pintu pagar ladang kami dan keadaan ladang 
sebelum tanah digembar gemburkan oleh kami semua

geng-geng petani moden sedang bertungkus-lumus menyiapkan batas

Euwwww!!! baja taik...baunyer semerbak...

Alhamdulillah dah membuahkan hasil!!! 

No comments: