GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Monday, December 10

semester 1: mekanisasi ladang

mimi_atia | 12:00 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 



Mekanisasi ladang? What's that? Owhhh...sebenarnya ianya merupakan salah satu subjek yang kami belajar sewaktu di universiti sewaktu semester pertama. 

Dalam kursus ini, kami diajar tentang revolusi sesuatu mesin atau traktor dalam pertanian berkembang dari semasa ke semasa. Selain itu, kami juga belajar tentang penyelenggaraan enjin traktor, jenis-jenis traktor yang digunakan dalam pertanian dan macam-macam lagi yang bersangkut-paut dengan dunia pertanian. 

SubhanAllah sangat banyak benda yang kami pelajari tentang pertanian. Selama ni kami ingat pertanian itu hanya tertumpu pada menanam dan menternak sahaja. Begitu kolot pemikiran kami selama ni rupa-rupanya.  

Dalam subjek ni yang paling syiok adalah kami harus menanam. Tanam apa? i'm so speechless since kami semua diberitahu yang kami kena menanam bagai (mata berkelip tak henti-henti) Nak tahu kami kena tanam apa? Haaa! Kami semua kena tanam jagung (bertambah speechless). But jagung bukan sebarang jagung tetapi jagung hybrid yang kualitinya memang daboommm!!!

Inilah kali pertama aku menanam jagung sebab selama ni aku hanya tahu melantak je. Apa pun subjek ni tak lah sesusah mana pun kalau kita belajar rajin-rajin. Selain menanam, ada satu lagi perkara yang memang ohsem! Kami semua dikehendaki men'drive' traktor yang besar gedabak (bawak kereta pun tak lepas-lepas inikan pula traktor) tetiba kami merasakan yang diri kami sudah layak digelar sebagai PETANI MODEN. 


traktor yang digunakan untuk membajak 

hasilnya...Tadaa!!! nyum nyum...sedap sangat...manis gitu

No comments: