GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, November 15

ronda-ronda: zoo melaka, melaka

mimi_atia | 5:50 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Zoo Melaka??? Erkkk...sebenarnya dah banyak kali aku jejakkan kaki ke sini. Huuu...Tapi demi memenuhi kehendak budak-budak kecik yang nak sangat tengok singa mengaum, burung berkicau, monyet melompat, itik berenang dan yang sewaktunya dengannya maka terpaksalah ditunaikan hajat mereka. Kalau tak, nanti kempunan tak pasal je kan.

Perjalanan ke sini mengambil masa dalam 20 minit dari rumah mak cik aku. Tak jauh pun sebab melaka ni tak besar sangat pun. Mula-mula kami ingat ramai orang yang datang ke zoo ni maklumlah dah cuti sekolah ni paham-paham jelah yang semua orang sibuk nak bercuti kan. Tapi, sangkaan kami meleset sebab parking banyak yang kosong so that's mean memang tak ramai oranglah kan. 

Bayaran masuk ke zoo ni sangat-sangat berbaloi. Zoo ni mempunyai keluasan yang boleh tahan besar jugak lah. Naik lenguh kaki aku ni. Tapi tak kan nak naik train kot malulah kat nenek kat depan tu haa. So, aku dan semua ahli keluarga aku ambil keputusan untuk jalan je tapi semua mak cik dan pak cik serta anak beranak yang lain semua nak naik train tu. Tak mencabar la pakciks makciks naik train.

Masa duk pusing satu zoo tu sempat la jugak snap beberapa keping gambar walaupun rasanya lebih seratus. Tapi termasuk gambar haiwan-haiwan dalam tu lah. Bukannya aku sesaje ambil gambar haiwan tu. Ada sebabnya sebenarnya. Dan sebabnya adalah bila nanti aku dah tua, tu pun kalau sempat tua la kan. Aku boleh la tunjuk pada cucu cicit aku gambar haiwan-haiwan tu semua. Mana taw kot kot nanti anak zaman millenium ni tak sempat nak tengok harimau kat mana-mana zoo sebab dah pupus. Baru dikatakan nenek yang hebat (nenek sangat...macam mak nenek adelah)

Sekitar jam 12 tengah hari lebih jugaklah baru kami semua keluar dari zoo dan menuju tempat makan sebelah maktab perempuan melaka tu. Dah habis melantak semua kami pun balik ke tempat penginapan (umah mak cik aku) untuk rehatkan badan dan kaki yang dah lenguh-lenguh. Lepas asar baru kitorang keluar jenjalan lagi. 




teringin nak bela kuda agaknya adik aku ni. Huuu... 



antara spesis binatang yang menghuni zoo melaka

No comments: