GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Wednesday, November 14

ronda-ronda: banda hilir, melaka

mimi_atia | 5:51 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Tourism Malaysia...............(ala-ala lagu tema melawat Malaysia gitu) 
Yeahhh!!! Kali ni aku berpeluang bercuti bersama semua ahli keluarga aku. 
Seronok sangat-sangat walaupun hanya bercuti di dalam negara. Dalam negara pun seronok jugak bagi aku yang dah sememangnya kaki jalan. Percutian kali ni adalah ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Trip kali ni sangat best sebab ramai kaum kerabat makciks dan pakciks aku yang ikut. Jadi gamat sikit lah konvoi kali ni.

Destinasi pertama kami semua adalah ke Banda Hilir. Masa ni kami gerak dah pukul 9 malam kot kalau tak salah aku dan bagi aku rasanya dah amat lewatlah sebab plan nak naik menara taming sari, rivercruise dan menikmati panorama banda hilir ni dengan menaiki beca. Tapi at last dapat naik rivercruise je sebab masa dah semakin suntuk. Sedih sangat tapi tak pelah paling kurang aku dah dapat naik rivercruise yang sememangnya dah lama sangat aku kempunan nak naik. Jakun kan? 

Tiket untuk naik rivercruise ni berbaloilah sebab kita dibawa melusuri sungai melaka sekitar 45 minit lamanya serta dapat menikmati panorama yang sangat indah. Berbaloi jugaklah kerajaan bagi wang untuk menaik taraf dan membaik pulih kawasan sepanjang sungai melaka ni. 

Aku sarankan kalau nak naik rivercruise ni naiklah pada waktu malam. Sepanjang perjalanan menaiki rivercruise ni kita akan dapat lihat jambatan hang tuah, menara jam, kampung mortem, deretan kedai yang cantik dan indah dan yang terutama sekali kalau malam yang cantik dan indah berwarna-warni mestilah disebabkan oleh pancaran lampu-lampu neon yang menerangi segenap bandar melaka kan. 

Lepas dah selesai naik rivercruise dan selesai snap gambar di sekitar kawasan tu kami pun beredar. On the way nak balik tu kami lalu di hadapan muzium kapal besar tu dan sempat jugak aku snap gambar depan kapal besar tu walaupun tak masuk dalam sebab memang malam diorang tutup. Tapi tak kisah sangat pun sebab dah banyak kali aku masuk dalam kapal tu. Kemudian, kami semua gerak balik dan sebelum balik rumah kami singgah dulu sekejap makan di pantai klebang sambil menikmati keindahan laut yang sudah ditambak. Maka hilang sudah keindahan laut itu.



senyum lah sikit dik ooiii!!!

sempat lagi posing ye dik??? Huuu...

semua khusyuk menghayati panorama sungai melaka kecuali
budak chubby sorang kat depan tu. Huuu...Nampak tak?


kapal Flor De La Mar yang menyeramkan pada waktu malam



No comments: