GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...
Showing posts with label campus life. Show all posts
Showing posts with label campus life. Show all posts

Thursday, June 27

semester 8: pengurusan ladang

mimi_atia | 3:14 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Subjek ni pun subjek best gak untuk semester last ni. Tapi banyak kena ingat formula untuk pengiraan. Fuhhh!!! Memang boleh jadi businesswoman berjaya aku macam ni. Hekhekhek... Subjek ni tak susah tapi memerlukan daya ingatan yang sangat kuat sekuat harimau terutama bila kita makan biskut tiger. So, jangan makan otak udang dan kepala ikan (apa kena mengena pulak dah otak udang dan kepala ikan dengan subjek ni??? kalau otak kau boleh makan tak cik mimi???) 

Soalan exam pun tak lah memeningkan kepala sangat dan lebih-lebih lagi lecturer yang ajar pun very...very...very friendly uolsss!!! Tapi kan...tips nak jawab exam ni hanya ada satu iaitu kita kena usaha pastu berdoa dan last sekali baru kita bertawakal pada Allah. Kalau tawakal ada tapi usaha tak de tak jadi jugak bhai!!! Tapi kalau usaha je tapi doa dan tawakal serta kebergantungan kita pada Allah tak ade pun tak boleh. So, kesimpulannya kita kena buat semuanya. (uishhh...da macam ustajah dah)

D+U+I+T = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal

                                      

Wednesday, June 26

semester 8: tanaman ladang

mimi_atia | 2:50 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Tanaman ladang??? Apa tu??? Hekhek... Inilah salah satu subjek yang aku rasa agak best untuk semester terakhir ni. But...but...but... Perghhh!!! Soalan examnya boleh menggugat segala urat nadi...saraf...jantung dan segala bagai...wuwuwu!!! Nasib tak pengsan dalam dewan exam. Memang kaw! kaw! punye lecturer aku bagi soalan. Yang tak menahannya tu lecturer aku siap boleh cakap...

Awak semua tak payah baca nota pun tak apa (dengan muka yang membuat kami bertambah konpius) 

Dan kenyataan tersebut sememangnya benar dan beliau langsung tidak bergurau-senda mahupun bercanda-ria dengan kami. Memandangkan soalan yang diberikan kaw! kaw! punyer lecturer aku bagi jadi aku pun kaw! kaw! goreng. Hekhekhek... Tapi goreng bukan sebarang goreng...goreng sedap wooo!!! Siap tambah ajinomoto lagi (bab ni aku propa jer...logik ka di akai nak letak ajinomoto atas paper???) 

Tapi tak pelah prof, janji aku dan kawan-kawan yang lain dah bertungkus-lumus dan kami dah usaha sebaik mungkin. In shaa Allah.

Tuesday, June 25

semester 8: keusahawanan pertanian

mimi_atia | 2:42 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Setelah beberapa minggu aku officially tamat belajar. Baru hari ni tergerak hati aku nak stori mori pasal subjek yang aku dah ambil semester akhir ni. Hekhek...

Keusahawanan pertanian bukanlah satu subjek yang senang dan tak lah susah sangat. Yang penting jiwa kena ada nak belajar subjek ni. Kalau tak dak jiwa tak dapat lah nak tolong. Huwahuwahuwa... Satu hal lagi, kalau nak belajar subjek ni anda kena menjerumuskan minat anda terhadap dunia perniagaan. Aku ulang lagi sekali...dunia PERNIAGAAN (haa!!! siap bold kau kak ton!!!) 

Subjek ni hanya dua jam kredit je dan hanya memerlukan sebanyak mungkin fakta berkenaan dunia perniagaan. So, bagi aku tak susah sebab ada nota!!! Hahaha... Kan dah kantoi aku suka menghafal nota. Hekhek...Aku harap keputusan yang akan keluar nanti boleh membanggakan aku. In shaa Allah.

Monday, December 31

semester 6: asas elektromekanikal dan enjin

mimi_atia | 4:48 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Asas elektromekanikal dan enjin merupakan subjek minor yang wajib diambil bagi setiap pelajar yang ambil minor kemahiran hidup macam aku ni. Geng-geng aku yang lain awal-awal semester dulu dah ambil tapi aku baru ambil masa semester 6. Huuu...tapi tak pelah janji aku ambil jugak walaupun lambat. Bak kata pepatah 'biar lambat asal selamat'. 

Ok, untuk subjek ni tidak memerlukan aku menghafal nota yang banyak dan hanya cukup memahami konsep dan tahu bagaimana konsep ni diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Sedikit konsep fizik yang amat mudah harus dipelajari dalam subjek ni. Tapi kan yang paling best kelas amali selalu batal. Hahaha!!! Enjoy jugaklah. 

Di dalam kelas amali kami belajar cara nak potong besi, cara welding dan cara buka dan pasang enjin kereta. Ganas tak??? Itu jelah yang aku rasa yang menarik tentang subjek ni. Di samping pensyarahnya yang amat sporting giler habis iaitu Dr. Sethuprakash. 
Thank you doc coz give me A for this subject. 


aku yang sedang gigih memotong besi

Sunday, December 30

semester 6: penyediaan makanan

mimi_atia | 4:39 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Penyediaan makanan merupakan subjek minor yang paling dinanti- nantikan oleh kami. Hahaha!!! Kenapa??? Sebab sambil memasak kami dapat makan sekali gus dapat tapau segala bahan kering dan bahan basah yang tidak habis digunakan di dapur untuk dibawa pulang ke rumah dan seterusnya sambung pulak masak di rumah. 
Giler tak best kan. Hahaha!!! 

Untuk semester ini banyak sangat jenis makanan yang kami belajar masak. Antaranya ialah makanan barat, kuih tradisional, makanan untuk lunch dan banyak lagi lah. Kalau nak cerita kat sini memang sampai tahun depan pun tak habis. So, aku sertakan beberapa keping gambar makanan yang telah kami semua pelajari di dapur. Jeng...jeng...jeng... Kalau uolsss kecur air liur lihat segala makanan ini aku tidak akan bertanggungjawab ok. Hahaha!!!


fish fillet and chicken chop
(pandai- pandailah kowang bezakan yang mana ikan dan yang mana ayam. Hahaha!!!)

chicken cordon bleu
(aku ada sediakan resepi ni di ruangan RECIPE so silalah klik ok! ^__^)

congee a.k.a bubur je orang kite panggil
(aku ada sediakan resipi ni di ruangan RECIPE so silalah klik ok! ^_^)

nasi lemak sambal sotong + sambal udang

omellete
(ntah aku pun tak ingat apa nama dia sebenarnya...huuu)

capati + kari daging

pizza
(this is not pizza hut ok! Hahaha!!!)

(haa! yang ini aku lupa namanya apa tapi it's just like roti jew)

cream puff
(yang ini kami belum letak intinya lagi sebab baru masak uolsss)


Sekarang aku nak cerita pasal satu tugasan khas untuk kami memandangkan kami tak de exam untuk amali. Jadi, kami kena adakan satu festivel yang diberi nama sebagai 
"Food Heritage Festival". Kami dibahagikan kepada 16 kumpulan yang mana 8 kumpulan akan handle bahagian pameran dan lagi 8 kumpulan handle bahagian jualan. So, kumpulan aku pulak ditugaskan untuk buat pameran bagi masakan budaya orang cina. Hah!!! Memang sesuai sangatlah dengan aku yang memang kacukan cina ni. Hahaha... 
Cina sangat kau mimi oiii! 

Kami bercadang untuk pamerkan beberapa jenis masakan cina yang ada antaranya kami masak sendri dan ada yang kami beli di chinese restaurant. Kami juga ada pamerkan tentang pakaian budaya orang cina dan beberapa maklumat tentang masyarakat cina. So, tema gerai kami adalah warna MERAH yang mana warna ini memang sinonim dengan masyarakat cina. Aku sertakan beberapa keping gambar di bawah untuk tatapan korang.





mee wantan (beli di kedai cina...huuu)
tang yuan (haa! yang ini aku buat sendiri ok! Kelas kan?)

teh cina yang pelbagai perasa
(yang paling best adalah perisa mint...Huuu rasa nyaman je tekak)

teh cina 

yee sang (yang ini kawan aku yang buat sendiri)

telur dan limau sebagai hiasan ^__^ cantik tak telur warna-warni hijau, merah dan oren tu??
Itu adalah hasil rekaan aku. Huuu!!! Aku memang kreatif.
Telur yang ada tulisan kaligrafi cina itu adalah  nama semua ahli group kami.

Saturday, December 29

semester 6: pengurusan pakaian dan jahitan

mimi_atia | 12:57 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim 


Pengurusan pakaian dan jahitan juga adalah subjek minor untuk kemahiran hidup. Subjek ni best tapi bagi aku sangat mencabar sebab aku sememangnya tidak pandai menjahit. Hahaha!!! Jatuh saham seh! Tapi tak mengapa at least aku akui kekurangan aku. 

Subjek ni memang giler tak menang tangan nak siapkan segala bagai assignment. Sepanjang semester 6 aku banyak menghabiskan masa untuk menjahit. Antara assignment yang kami perlu buat ialah folio beberapa jenis jahitan tangan dan mesin beserta jahitan sulaman. Perghhh!!! Memang mencabar kewanitaan aku. Korang bayangkanlah bukan sikit jahitan tu, mahu dekat seratus jugak taw. Tambahan pula, kena siapkan beserta cara-cara nak jahit sekali. Mana nak jahit...mana nak snap gambar...mana nak taip lagi. Tapi dengan usaha gigih aku berjaya siapkannya jugak. Alhamdulillah. Tapi aku tak dapat tunjukkan hasil folio aku sebab hari tu bergegas nak hantar so tak sempat nak snap gambar. 

Tu baru assignment pertama. Assignment yang kedua memerlukan kami untuk membuat artikel rumahtangga iaitu sebuah beg yang ade cuilting. Huuu...alhamdulillah beg di bawah adalah hasil aku. Walaupun simple tapi aku sangat berpuas hati. 
Amacam??? Nak tempah kew??? 


cantik x??? Huuu...gojes gitu
(sila abaikan background katil member guwa kat belakang tu)


Assignment ketiga nilah yang paling mencabar akal dan minda aku. Aku kena buat blouse uolsss. Bayangkanlah, baju kurung pun aku tak reti inikan pulak nak buat blouse. Tak pe, tak reti boleh belajar. Haaa...memanglah boleh belajar dan memang kena belajarlah kan kalau tak memang tak siaplah boluse aku. Dan memang kami terlebih dahulu diajar di dalam kelas bagaimana nak ukur...nak buat pola dan sehinggalah ke proses nak buat blouse.

Amacam??? nampak tak hasil blouse yang aku buat? Nak tempah jugak??? Hahaha...Nak tempah call aku. Untuk buat blouse ini aku beli kain yang paling murah sebab bajet ciput. Nak cantikkan lagi aku letak manik-manik kasi bling bling sikit baju aku tu. Lepas tu bahagian lengan aku jahit manik bunga ala-ala tabur gitu. Hahaha... This blouse is totally designed by me okeyh! 
   

lawa kan??? Ahakzzz!!!

Friday, December 28

semester 6: program penyeliaan pengalaman pekerjaan

mimi_atia | 12:00 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Program penyeliaan pengalaman pekerjaan merupakan satu-satunya subjek major yang aku ambil sewaktu semester 6 sebab subjek major yang lain aku sengaja tak nak ambil sebab aku nak habiskan subjek minor aku terlebih dahulu. 

Untuk subjek ini, kami langsung tak ada kelas teori. Hal ini kerana bagi subjek ni, kami dikehendaki memilih supervisor yang kami suka dan seterusnya berjumpa dengan supervisor tersebut bagi menjalankan satu projek. Haaa...so group aku pilih Dr.Fazhana Ismail as our supervisor sebab kami tak pernah bekerjasama dengan beliau dan ingin menimba ilmu serta pengalaman daripada beliau. Ternyata beliau amat-amat sporting dan sangat best bekerjasama dengan beliau. Faktor lain yang menyebabkan kami memilih beliau ialah sebab ahli kumpulan aku teringin sangat nak buat projek yang berkaitan dengan binatang atau pun haiwan. Alhamdulillah Allah makbulkan niat kami. ^__^ 

Oleh itu, projek yang kami pilih adalah untuk menternak burung puyuh. Yeahhh!!! Tapi...tapi...tapi burung puyuh ni sensitif pada suhu. Oleh itu, kami semua kena pandai menjaga dan merawat puyuh ni daripada ia kecil hingga ia besar. Yuhuuu!!! 

Proses pertama yang kami perlu lakukan ialah cari contact number pembekal burung puyuh untuk order anak burung puyuh. Kami semua berbincang untuk membeli sebanyak 250 ekor puyuh dengan menggunakan modal kami sendiri. Banyak dugaan sepanjang mengendalikan projek ni uolss namun kami semua bekerjasama untuk mengatasi masalah ni. Sehari sebelum anak puyuh yang berumur 3 hari sampai, kami dikehendaki menyiapkan pendawaian elektrik dan menyiapkan tempat tinggal untuk mereka.  


Tadaaa!!! Alhamdulillah rumah baby puyuh sudah siap sepenuhnya


Hari yang dinanti telah tiba di mana kami semua menanti kedatangan puyuh-puyuh yang akan kami bela selama 35 hari. Yuhuuu!!! Excited sangat uolsss tapi rasa takut pun ade sebab kalau projek kami gagal dan tidak mendapat sebarang keuntungan mungkin ianya akan menjejaskan result kami nanti. Namun aku percaya dengan sifat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli, projek ni akan dapat dijayakan dengan jayanya. Yeahhh!!!



anak-anak puyuh yang berusia 3 hari

proses memasukkan anak-anak puyuh ke dalam sangkar

Setelah 35 hari berlalu, masa yang dinantikan telah tiba. Huuu... Masa untuk menyembelih dan memproses serta menghantar tempahan puyuh kepada pelanggan-pelanggan kami di sekitar kawasan tanjong malim. Alhamdulillah semua puyuh habis ditempah. Huuu...kami penternak yang berjaya. Heee...

So, pada hari tersebut kami semua beramai-ramai bergotong-royong memasak serta mengadakan sedikit jamuan. Kami masak sendiri je uolsss. Segala kemudahan ada di ladang kami. Huuu... UPSI dah semakin maju. Bermulalah proses menyembelih, membuang bulu, membuang segala isi perut, menggoreng, membungkus serta menghantar puyuh-puyuh tersebut. Fuhhh!!! Penat sangat uolsss hari tersebut.  


posing jap!!
amin dan firdaus sedang menyembelih puyuh
geng-geng yang very very happening!!!
puyuh togel...Huuu...
nyum! nyum! sedapnya puyuh goreng berempah
proses membungkus puyuh yang telah diorder

Setelah selesai segala proses penyembelihan dan sangkar pun telah dikosongkan maka tibalah waktu untuk membersihkan sangkar puyuh yang dipenuhi dengan segala najis. Iyyeekkk!!!



tak padan ngan kecik puyuh ni..banyak nyer $%#@!!! Huuu...

enjoy the food uolss!!! (yang lagi separuh tak muat camera)

Thursday, December 27

semester 5: lukisan kejuruteraan teknik

mimi_atia | 11:30 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Lukisan kejuruteraan teknik merupakan subjek minor yang wajib diambil bagi sesiapa yang ambil minor kemahiran hidup. Orite, subjek ni taklah susah dan taklah mudah sangat pun memandangkan aku ni tak ambil aliran sains teknikal masa sekolah dulu. Huuu...so just basic yang aku ingat masa aku belajar kemahiran hidup waktu form 1 hingga form 3 dulu je. Nak ambil subjek ni memerlukan sedikit kos la sebab nak kena beli barang-barang nak melukis bagai tu kan. Anyway kalau tak silap aku semua barang-barangnya tak sampai rm100 pun. So it's affordable la kan lagi pun tak salah berkorban untuk belajar. That's my prinsip. 

antara alatan yang perlu ada to start our drawing ^___^


Ok, aku rasa tak ade ape lagi yang aku nak terangkan tentang subjek ni dan just nak berkongsi pahit manis dan suka duka untuk menyiapkan segala bagai assignment sujek ni. Huuu...yang paling mencabar kami kena reka soalan dan jawapannya sekali taw. Perghhh!!! Dan setiap orang tak boleh sama soalan dan jawapannya. Fuhhh!!! Akhirnya siap jugak. Alhamdulillah. Di bawah ni aku pamerkanlah untuk tatapan kowang semua beberapa keping lukisan yang aku sempat upload.


this da simple one!!!

second simple!!!

yang ni sakit kepala nak fikir bentuknya...tapi akhirnya dapat jugak.
Actually lukisan ni lukisan yang aku salah buat. Huuu...yang sebenar tak ade dalam simpanan aku
sebab dah antar pada lecturer. Kalau nak tengok kowang mintak sendiri ngan beliau. Hahaha...