GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Monday, December 1

1 JULAI 2014 tarikh posting ke negeri sembilan

mimi_atia | 3:45 PM | 1Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, yang ditunggu dah tiba. Akhirnya penantian selama setahun terjawab dengan result posting dah keluar. Alhamdulillah berbondon-bondon kawan-kawan aku post status hepi di wall fesbuk masing-masing. Huuu... Sekalung tahniah dan selamat berhijrah bagi yang tak dapat posting di negeri sendiri macam aku nie haaa. Tapi alhamdulillah chill and relax yo lah yo. Aku ditempatkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hajat di hati nak merantau jauh nun diseberang tapi apakan daya ketentuan Allah lagi hebat ^__^ 

Ada sebab musabab kenapa Allah tempatkan aku di semenanjung dan di Negeri Sembilan pulak tu. Kikiki...

TARIKH POSTING : 1 JULAI 2014

TEMPAT POSTING : NEGERI SEMBILAN

SEKOLAH PERTAMA POSTING : SMJK CHUNG HUA, KUALA PILAH

Alhamdulillah, specialnya bila dapat mengajar sekolah budak-budak chinese nie ^__^  huuu... High expectation bila kena mengajar budak-budak cina nie sebab setahu aku dan berdasarkan apa aku tengok, budak-budak cina kat kampong aku nie, semuanya intelligent, brilliant bak hang. Hehehe... (tak mau komen lebih pasal budak-budak sebab kata-kata cikgu tu doa) Aku hanya mahukan yang terbaik untuk student aku. Dan tugas seorang guru sememangnya mengajar dan mendidik, jadi tak guna aku nak merungut itu ini. Tak gitteww haaa??? ^__^ 

But, the best part bila dapat ngajar kat sekolah cina nie, kita orang Melayu dapat tahu banyak pasal budaya orang chinese nie. ^__^ Thank You Allah ^__^ Aku sertakan beberapa keping gambar kenangan sepanjang tahun 2014 aku di Pi Chung ^__^

I'LL GRAB THIS CHANCES


budak-budak Tarian Tradisional Mleayu ^__^

pesta tanglung 2014 with Sya

pesta tanglung 2014 with Ira

budak-budak Gendang 24 Musim 


Tuesday, July 1

"sexy green is mine now!!! alhamdulillah"

mimi_atia | 3:18 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah tercapai sudah hasrat untuk memiliki sebuah kerete ^__^ senyum lebar bila kereta HIJAU ni dah sampai rumah. Dan alhamdulillah after beli kereta tak sampai sebulan SPP keluarkan status posting kepada lepasan graduan ni. So, tak payah susahkan umi dan abah yang bayarkan duit loan kereta tiap-tiap bulan ^__^ 

Tambahan pula, nak dijadikan rezeki ALlah bagi, aku dapat jadi guru ganti di SK KG.RAJA. Allahu...besar nikmat Allah bagi pada aku. Alhamdulillah syukur. Bolehlah buat belanja sementara nak tunggu dapat gaji bila dah posting nanti. 

Now, aku dah ada kereta dan mudah-mudahan dengan adanya kereta ni dapat memberi manfaat pada aku. 

Yuhuuu!!! jom bawak sexy green ronda-ronda terengganu sebelum sexy green berhijrah ke negeri sembilan. 

with my sexy green yoOoo!!!


psssttt, sepatutnya enri ni dah ditulis bulan 6 yang lalu...hikhik...



Friday, April 4

model myvi terbaru warna meletop

mimi_atia | 5:44 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Ni nak bercerita pula tentang myvi keluaran terbaru yang akan dilancarkan bulan April ni ^_^ (ye taw memang dah bulan April dah pun...tarikhnya dijangka 9 April 2014 ni) wuhuuu!!! feeling excited uolsss...alhamdulillah belum tempah warna lain lagi...hikhik... Buka fesbuk tetiba ternampak iklan kereta ni uolsss...mau tak excited lebih-lebih lagi bila nampak kaler hijau apple kesukaan hati hamba. 

myvi 1.3 STANDARD New Features with Colour Of Fun (Green Apple & Pink) dengan penambahan ciri (penjimatan sebanyak RM1,500). Harga dijangka tiada perubahan.




Wauuu!!! so sexy okeyh yang colour green tu...wuhuuu!!! jom la kite pi showroom dan tempah terus. Melting terus tengok warna ni...aduhhh bisa luruh jantung ku ini...sexy bangat deh... ^__^


alhamdulillah selesai temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan DG41

mimi_atia | 3:59 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah sekian lama kami graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) menunggu panggilan temuduga dari SPP maka tibalah hari yang dinanti ^__^ (sebenarnya dah lama kami ditemudga cuma aku je yang baru berkesempatan nak tulis tentang hal ni) Moga sedikit sebanyak cerita ni boleh dijadikan panduan buat adik-adik junior yang bakal menghadapinya kelak ^__^ (sekarang, berdebar-debar menanti surat pelantikan sampai ke rumah la pulok)

JADUAL TEMUDGA

Hari: Khamis
Tarikh: 13 March 2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: IPG Kota Bharu Kampus Pengkalan Chepa

Nampak tak jam berapa aku kena temuduga tu??? agak-agak aku yang dari besut ni gerak pukul berapa??? huhuhu...semua tak leh teka...aku gerak dari rumah pukul 5.00 pagi hokeyh. Bangun pukul 4 pagi dalam keadaan terhuyung-hayang capai towel, mandi dan siap-siap apa semua dan alhamdulillah segala dokumen dah siapkan awal-awal lagi dah jadi tak de lah kalut-malut (mohon pelajar jangan guna kata ganda nie) sangat pagi tu...huhuhu

Gerak awal sebab nak sampai awal. Alhamdulillah elok je sampai waktu orang nak solat subuh. Berhenti solat jap di masjid yang memang dekat dengan tempat temuduga tu pastu baru gerak pergi ke ipg. 

Masuk je ipg tu terus rasa berderau darah dan habis bulu roma tegak berdiri dan jantung bagai nak luruh ke tanah. Mahu tak nya, pergi temuduga dengan berbekalkan nota setebal kamus dewan yang memang tak sempat nak khatam elok yang mana hanya sekadar sempat jengah-menjegah dan jeling-menjeling je nota-nota tu. 

Sesudah sampai di parking lot, dan kereta berhenti, terus aku dan kawan aku, wanie cari port baek punyer dekat dengan bilik temuduga sebab nak study dan jeling-jeling sikit nota-nota yang belum dikhatam tu. Tapi rasanya, baca dalam keadaan hati yang gugup dan gelisah ni kurang sikit lekat dalam kepala ni. Tapi selagi ada masa ni kami baca ajelah. Moga ALLAH permudahkan urusan aku dan rakan-rakan sekalian dalam bilik temuduga tu nanti. 

Ewmmm...lagi satu yang buatkan kami semua gugup adalah kerana penemuduganya yang sangat tegas atau dalam erti kata lain SKEMA. Hehehe... Bukan nak takutkan adik-adik junior yang bakal di temuduga tapi itulah hakikatnya yang kami sendiri dah rasa. 

Okeyh tak nak cakap lebih-lebih, just baca je di bawah ni tentang apa yang penting sebagai persediaan untuk ditemuduga sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 kelak ^__^ 

1) WAJIB bagi salam dan lemparkan senyuman sehabis manis yang anda boleh bagi pada penemuduga.

2) JANGAN duduk sehingga diberitahu. (kami berdiri hampir 15 minit kot...hahaha)

3) Bermulalah sesi soal menjawab dengan penemuduga. Antara soalan killer nya ialah?

- blazer yang awak semua pakai ni betul ke?
- beza blazer lelaki dan perempuan apa?
- name tag awak pakai tu ikut saiz standard ke? (kalau salah jawabnya markah penampilan ditolaklah)
- yang perempuan sila tunjuk tapak kasut anda...huuu (JANGAN pakai kasut yang tapaknya tajam okeyh adik-adik, pakai kasut yang tapak rata macam kasut polis warna HITAM)
- yang lelaki kalau pakai kasut coklat gelap pastikan stokin ikut warna kasut okeyh.


Seterusnya dah habis soalan penampilan baru kami boleh duduk...huhuhu...amacam??? ingat senang nak jadi cikgu??? 


PERINGATAN: sebelum hadir temuduga pastikan adik-adik baca segala pekeliling berkaitan etika perguruan

4) Bermulalah pula soal jawab berkaitan dengan subjek yang akan diajar di sekolah nanti ^_^ (macam aku, aku akan ajar sains pertanian tingkatan 4 & 5 dan subjek elektif kemahiran hidup: pertanian) jadi soalannya sememangnya berkaitan dengan subjek yang akan kita ajar.

5) Soalan seterusnya....SIAPA NAK JADI CIKGU??? (cepat-cepat respond untuk angkat tangan okeyh...sebab penemuduga akan lihat tahap keberanian dan kesungguhan kita) Tapi, macam aku hari tu agak kelam kabut nak angkat tangan...hahaha biasalah orang kite ni nak angkat kena tengok orang lain dulu. Huuu...kebetulan mata penemuduga tu terpandang tepat ke arah aku maka nama aku disebut, diminta berdiri di hadapan. Hehehe...cuak weyhhh!!! Tahu tak kena buat ape??? MIKROTEACHING!!! (okeyh...berlagak cool walaupun hanya 5 minit tapi jantung ni sikit lagi nak gugur ke lantai nasib sempat sambut...hahaha) 


BE CHILL BE RILEX  inshaaALLAh boleh buat ^__^ 

6) Sesi komen mengomen pun bermula lepas aku dah habis mengajar, yang tak jadi cikgu je lah yang kena bagi komen terhadap pengajaran aku tadi. Heee... (get ready dan persiapkan dan perkemaskan diri anda dengan kandungan subjek yang akan anda ajar di sekolah nanti)

7) Soalan last, apa itu FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA??? (alhamdulillah dah berbuih mulut hafal dan fahamkan, makanya jawab je lah) 


Itu aje??? habis tu yang kena temuduga sampai 2 jam lamanya tu kenapa??? Hahaha...yang banyak bercakap sebenarnya adalah penemuduga je ^__^ sangat seronok dengar beliau bercakap dan mendengar segala nasihat berguna daripada beliau. Biasalah kalau orang yang banyak pengalaman dan ilmu ni pasti banyak benda yang nak dikongsinya kan ^__^ makanya sebab tu lah group aku sepatutnya start 7.30 pagi tapi dah berganjak ke 10.30 pagi...huuu...Tapi WAJIB datang awal sebab kena daftar dulu. JANGAN DATANG LAMBAT okeyh takut nanti anda tidak akan dilayan.

Selesai temuduga dalam jam 12 tengahari macam tu lah dan group aku lah yang paling lama kena temuduga. Huuu...Lepas tu snap gambar beberapa keping then balik dalam keadaan lega. Alhamdulillah segalanya selesai ^__^

geng-geng UPSI pantai timur



  


Tuesday, February 25

anugerah sarjana terengganu

mimi_atia | 2:10 PM | 5Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas rezeki ini. Usaha penat lelah belajar selama 4 tahun membuahkan hasil. Pinjaman PTPTN tak yah bayar pastu alhamdulillah dapat pulak hadiah dari Yayasan Terengganu. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur jadi anak terengganu meskipun loghat kami guna banyak 'G' kat belakang. Huhuhu... Pastu orang ejek-ejek loghat kami. Ada kami kesah??? Hahaha... 'G' kat belakang setiap perkataan tu unik okeyh.

ANOK GANUNG BERUNTUNG MOLEK

Tujuan aku tulis entri ni, bukan nak menunjuk-nunjuk atau yang sewaktu dengannya tapi sekadar ingin memberi semangat, dorongan dan galakan kepada anak-anak terengganu yang lain yang masih belajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat pencapaian yang membanggakan. Menuntut ilmu ni kan wajib ^_^ 

Haaa...untuk mebolehkan anda...anda...dan anda semua layak diberi anugerah ini, haruslah ada syaratnya uolsss. Sekarang ni nak mintak sesuatu yang free bukan senang okeyh. Ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi ^_^ Aku tak nak cerita bab tu. Kalau nak tahu syarat-syaratnya sila review entri ini --> hadiah kecemerlangan yayasan terengganu

Tapi, syarat yang paling WAJIB...wajibalghunnah ialah ANDA MESTILAH ANOK GANUNG PURE ^_^ 

Okeyh, asalnya anugerah ni sepatutnya buat awal lagi dari tarikh dua hari lepas, 23.02.2014 tapi sebab MB ada hal maka ditunda hari ahad yang lalu tapi kelibat MB tetap aku tak nampak (memang tak nampak pasal MB tak dapat datang sebab ada hal yang lebih penting) MB Terengganu memang tepati janjinya. ^_^ Bukan sikit-sikit hadiah kami dapat taw...alhamdulillah sebanyak RM5K sorang taw. 

Majlis yang berlangsung ahad lepas lepas turut dihadiri orang kuat Yayasan Terengganu sendiri. Bilangan anak terengganu yang mendapat hadiah kecemerlangan ini adalah seramai 137 orang kalau tak silap aku. Tapi, yang aku perasan yang ramai dapat anugerah ni adalah student UPSI. Alhamdulillah lagi sekali bangga menjadi anak kandung suluh budiman ^_^ 

Majlis ni ala-ala majlis makan-makan macam tu lah. Best memang best, tapi tak sempat nak jumpa geng-geng yang dapat anugerah sama-sama ni. Masing-masing pun dah bekeluarga. Lagi satu, mana nak nampak muka sorang-sorang sebab masing-masing dah makin cun melecun macam emma maembong oiii...huuu...

Meja dah la susun ikut nama...aishhh lagi tak jumpa. Tapi, last-last after dah siap makan dengan sopannya sebab tak nak kasi garfu dan sudu berlaga-laga gaduh masing-masing nak cucuk-cucuk ikan, udang untuk disuapkan dalam mulut aku, maka sempatlah kami snap gambar sekeping dua. Lagi pun, mentang-mentang duit dah dapat masing-masing laju je kaki keluar dewan sebab takut orang yayasan mintak duit balik. Bhahaha!!! Tak delah cenggitu, aku gurau je. Heee... masa naek pentas tu ramai dah amek anugerah dengan perut memboyot (untung baby dapat naek pentas ngan mummy dia ^_^ heee) Apa-apa pun tahniah kepada semua yang dapat anugerah kecemerlangan Yayasan Terengganu ^_^ 

Hari ni, duit tersebut akan ditebus dan disimpan untuk keperluan masa depan ^_^ (kalau ikutkan hati, nak je beli kete tapi bulan-bulan sape mau bayar meh...huhuhu...so, bab kete tu tunggu je lah bila dah kompem dapat surat pelantikan nanti)


suasana dalam dewan


ready nak kasi sudu ngan garfu gaduh-gaduh atas pinggan



TERIMA KASIH YAYASAN TERENGGANU 

Friday, February 21

persediaan temuduga SPP

mimi_atia | 11:42 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT sebab semalam berita gembira je aku baca, dengar dan lihat ^_^ syukur yang tak terhingga ya ALLAH. Yang paling buatkan aku dan kawan-kawan gembira sebab ada sesetengah kawan aku yang tinggal di pantai barat alhamdulillah nama mereka semua dah tersenarai dalam temuduga yang akan dijalankan minggu depan. Tapi kawan-kawan aku yang satu negeri atau yang tinggal di pantai timur dan utara belum ada khabar lagi tapi in shaa Allah pasti akan menyusul ^_^ 

Sebelum nama keluar dalam senarai temuduga lebih baik baca apa yang patut dan sediakan apa yang patut ^_^ hehehe... Tetiba risau pulak sebab banyak jugak yang kena prepare sebelum diduga dengan bermacam-macam soalan dari penemuduga ni nanti ^_^ 

Checklist:

✐ check nametag sama ada mengikut saiz sebenar ataupun tidak, saiz sebenar ialah 7.5cm x 2.5cm

✐ check blazer anda, pastikan pakai blazer ikut jantina masing-masing, yang lelaki butang belah kanan manakala perempuan pula belah kiri ye ^_^

✐ kasut pastikan kilat dan bagi perempuan pastikan kasut sedikit bertumit ye 

✐ persiapkan segala RPH dan lengkapkan RPH anda ^_^ sebab akan ada sesi mikroteaching selama 5 minit seorang (haaa...lepas ni terus masuk bilik berlatih lah depan cermin okeyh...hehehe...tak pun mana yang ada ramai adik tu, mintaklah adik atau pun anak jiran berlakon jadi anak murid anda, hehehe...

✐ mantapkan segala ilmu tentang pendidikan terutama PPPM, PBS, FPN dan yang sewaktu dengannya. Pastikan anda mahir dan tahu segenap inci tentang subjek yang anda ambil. Contohnya anda bakal guru matematik, maka mantapkan segala subtopik subjek berikut

✐ dah persiapkan diri dengan segala ilmu di dada, doa maka tiba hari yang dinanti, melangkah masuk dengan kaki kanan, baca doa dan selawat maka bertawakallah kepada ALLAH bagi muslim ^_^ 

✐ jawab setiap soalan panel dengan lancar, yakin dan sentiasa ukirkan senyuman di bibir manis anda dan jangan sesekali bercakap seolah-olah kita ni lagi pandai dari panel-panel tersebut okeyh ^_^

Okeyh...setakat ni saje dulu aku update pasal interview ni sebab aku pun nak mantopkan diri dengan ilmu-ilmu ni semua. Yuhuuu!!! Bila nama aku dah ada dalam senarai temuduga in sha' Allah aku kongsikan dengan korang ye ^_^ 




Sunday, February 16

bunga cantik...bunga indah pemberian orang

mimi_atia | 11:02 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Nampak tak betapa comel je tajuk entri kali ni. Sebenarnya dah lama nak post tentang surprise 12 kuntum bunga dari seseorang. ^_^ Seseorang??? Hehe...specialkah??? Tungguuu...

Hari tu aku tak de kat rumah, aku pergi bank sebab sibuk nak buat akaun maybank2u sampai 2 jam hokeyh duk dalam bank tu ntah pape ntah. Tapi disebabkan desakan nak bukak bisnes online aku kena buat jugak sebab susah sikit nak pergi sendiri pasai tak de kereta satu hal, lagi satu memang parents aku tak kasi keluar rumah sorang-sorang. Huuu... Okeyh, kita tutup bab bank ni, buat mood down je. Huuu... 

Berbalik kisah bunga 12 kuntum tadi tu memang pemberian 'seseorang' dan memang sangat-sangat surprise (amboihhh...pandai dah dia buat surprise sekarang ea) sebab aku memang sikit pun tak tahu menahu pun tentang kisah nak kasi bunga ni. Sikit pun dia tak ada kasi hint. Eh!!! adalah...tapi dia cakap nak kasi lambat lagi. Huuu... Tapi, masa hari kejadian, surprise dah diketahui pasal orang kedai bunga call aku tanya alamat rumah yang tertera pada kad tu kat mana sebab tak mahir jalan katanya. So, muka aku dah blushing-blushing gittew sebab tak sabar nak tunggu surprise tu datang. Huihui...

Aku ni memang suka bunga. Terutamanya kalau bunga ros merah. Muahahaha...memang hantu lah aku kalau ngan bunga ros merah ni. Meroyan pat belas harilah jawabnya. Bhahaha!!! Dah dapat bunga 12 kuntum dapat pulak "ferrero roshe" hahaha...ntah betul ntah tidak ejaan aku tu. Ejaan tak betul tak pe janji bunyi sebutan betul. ^_^ Huuu... Yang coklat tu awal-awal dah kena rembat ngan adik aku no.2 pastu adik no.4 pastu adik no.3 sebab semuanya memang HANTU COKLAT. Huhuhu...sebab tu kalau nampak je coklat memang meleleh-leleh air liur sorang-sorang. 


Kepada si pemberi bunga,

Saya tahu awak akan baca entri saya ni sebab awak peminat no. 1 blog saya. Saya suka sangat-sangat bunga tu dan inshaaAllah kalau bunga tu tak buatkan bilik saya berbau ucuk, saya akan simpan bunga tu selama-lamanya ^_^ Nanti betul-betul dah kering saya kasi awak gambar bunga yang dah layu tu okeyh. Hehehe...pastu jangan buat-buat tak paham pulak. Dah tunjuk yang layu tu maknanya nak lagi la tu yang lain. Nak gantikan yang dah layu. Huuu...gurau je lah awak. 12 kuntum bunga dah dibayar, jadi tinggal 88 kuntum saje lagi bunga yang dihutang. Ehekkk...^_^ Terima kasih atas surprise yang memang sangat-sangat surprise sebab saya tal expect awak akan buat macam tu ^_^ Saya hargainya sangat-sangat. Alhamdulillah syukur. Moga ALLAH sentiasa merahmati awak sekeluarga. Ameennn... Jumpa tahun depan ye in shaa Allah jika kita dipanjangkan umur (tetiba mood touching pulak) ^_^ Haaa...lagi satu mula-mula saya tak paham 100-12=88...lepas tengok betul-betul baru saya teringat yang 100 tu maksudnya 100 kuntum bunga yang saya angan-angankan. Huuu..Terima kasih banyak-banyak awak sebab dah realisasikan 12 kuntum untuk saya. Jadi, ada lagi hutang 88 kuntum ye. Hehehe...


   


Friday, January 24

kosmetik review: serum terbaek!!!

mimi_atia | 3:53 PM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Serum??? Apa itu serum sebenarnya??? Penting sangat ke nak kena tempek serum kat wajah??? Orait, ni adalah antara soalan yang menujah fikiran aku tentang serum ni. Huuu... Aku ni jenis yang suka buat revision dulu tentang sesuatu produk sebelum aku beli. Amacam kelas tak??? Hahaha... Anak zaman millenium memang macam ni.

Orait, serum ni sebenarnya sejenis cecair yang cepat meresap ke dalam kulit, teksturnya ringan dan juga digunakan sebagai alternatif kepada krim wajah. Serum ni terdiri daripada bahan berasaskan air yang mudah menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit dan tidak berminyak. Tapi kalau krim wajah pulak, tekstur molekulnya besar dan hanya bertindak pada permukaan kulit sahaja. Sebab tu kadang-kadang kalau kita guna krim muka yang jenama tuttt...huuu kulit kita tak kekal cantik gebunya kan. Serum ni ada macam-macam jenis taw. Jadi, kenalah pandai pilih sesuai dengan masalah kulit kita okeyh!!!

Aku dah cuba satu jenis serum ni iaitu GERMANY SENSUAL SERUM yang mana bagi aku serum jenama ni sangat best uolsss!!! Serum ni memang sangat cepat meresap dan lepas pakai kulit rasa lembut dan langsung tak berminyak okeyh!!! Sebab tu lah aku suka tempek serum ni. Huhuhu...nak cantik macam artis la katakan sebab tu kena rajin tempek serum. Serum ni tak mahal pun dan memang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat. Haaa gittew... Harganya hanya RM50 satu kotak yang mana kat dalam tu ada 10 botol serum 3.8ml uolsss!!! Berbaloi la tu kan. Aku dah guna serum ni dalam lingkungan dua bulan la kot. Alhamdulillah keputusannya sangat-sangat memuaskan sebab muka aku makin licin dan pores pun alhamdulillah makin mengecil. Hoorayyy!!!

Tapi, serum ni ada jenis yang sapu dan ada juga jenis yang cucuk-cucuk. Uishhh, kalau yang cucuk-cucuk tu kena orang yang pakar cucuk taw sebab kalau salah cucuk silap-silap hidung besar sebelah, pipi tegang sebelah dan lagi sebelah pipi loyot je. Hahaha... Aku cakap ni betul okeyh bukan gurauan semata-mata taw. Nak cantik pun tak kan lah sampai sanggup sakit kan. Kadang yang cucuk-cucuk ni cantiknya tak kekal pun. Tapi nasihat aku, tak payah lah nak cucuk-cucuk bagai sebab bahaya untuk kesihatan jangka masa panjang. Sesal tak sudah nanti tua sebelum usia.

Orait, GERMANY SENSUAL SERUM ni ada banyak jenis. Serum yang aku guna adalah tightening dan pure vitamin c serum. Macam yang aku cakap tadi kenalah pilih ikut kesesuaian masalah kulit kita kan. Antara yang ada ialah:
- hydrating
- purifying
- scar
- oxygenating
- lightening
- collagen
- soothing
- tightening
- eye care
- anti wrinkle
- regenerating
- pure vitamin c
- bust care
- beauty shine care
- beauty lifting


Okeyh, cara nak gunanya ialah: 

--> SEBELUM MAKE-UP
cuci wajah-apply toner-sapukan serum-tunggu hingga serum meresap-barulah bersolek atau boleh apply krim siang anda


Haaa, setiap benda mestilah ada tarikh luputnya kan dan begitu juga dengan serum ni. Once dah buka penutup ala-ala seal gittew serum ni hanya tahan untuk tempoh 5 hari sahaja. Pastikan serum ni selalu ditutup dan kalau warnanya dah berubah tu janganlah gatal-gatal nak tempek jugak sebab takut membazirlah kononya. Nanti tak pasal-pasal muka berbintat ataupun keluarlah jerawat yang akan bermaharajalela di muka kita. Al-maklumlah, jerawat ni memang musuh nombor satu kita orang perempuan ni kan. Huuu... Selain daripada serum, aku juga apply ampoules vitamin c kat wajah aku. Fungsi ampoules ni lebih kurang sama je dengan serum ni. Cuma serum lagi efektiflah sebab tekstur molekulnya lagi daboommm!!! 




Thursday, January 23

kosmetik review: mask paling best dan meletop

mimi_atia | 12:29 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Dah lama tak posting something kat blog ni. Huuu...al-maklumlah laptop rosak makanya tak dapatlah nak mengepost sangat. Jadi sekarang ni memandangkan aku dah dapat post entri hari ni langsung tak bermakna laptop aku dah elok apatah lagi dah dapat laptop baru. Hahaha!!! Tapi sebenarnya aku dah ada handphone baru uolsss!!! Besar gedabak gittew... Hukhuk... Orait, aku dah tak nak mengarut merapu meraban.

Meh rapatkan sikit muka kat skrin tu haaa. Aku nak story sikit tentang satu mask yang aku pakai sekarang. Mask ni memang sangat meletop uolsss dan confirm akan menangis kalau tak dapat tempek mask ni (sampai macam tu sekali ke???) Yup memang akan menangis kalau tak cuba mask ni okeyh. Tekstur mask ni mashaAllah sangat halus, wangi dan very very berangin je once dah tempeknkat muka taw. Haaa, lupa nak bagi tahu yang mask ni teksturnya macam debu taw so kena bancuh dulu. Tapi!!! Dilarang keras bancuh dengan air paip. Boleh bancuh dengan air mineral atau fresh milk atau toner. Okeyh!!!

Mask ni aku beli online di laman instagram seorang awek cun melecun (boleh usha instagram @awesomebynff atau @sigadistya) Mask ni diasaskan oleh gadis jelita yang bernama Siti Nur Fathiah a.k.a sigadistya sendiri iaitu tunang kepada aktor Shukri Yahaya. Tak kan tak kenal Shukri Yahaya kot...alaaa yang berlakon drama Asmara Luna tu yang lakonkan watak Habib tu laaa... Haaa dah ingat??? Bagus!!! Tapi bukan dia yang jual taw, tunang dia yang jual okeyh.

Mask ni ada 3 jenis yang mana kita boleh pilih mengikut kesesuaian kulit dan masalah kulit yang kita hadapi. Macam aku, aku pakai ACNE MASK yang mana ianya dapat hilangkan serta kecutkan jerawat pasir kat dahi aku ni dan yang paling penting dapat tarik segala whitehead dan blackhead yang bertapak sewenangnya di muka aku ni tanpa mintak izin terlebih dahulu. Bak kata lain, pendatang haram la kan. Makanya, jangan biarkan mereka-mereka ni bertapak di muka gebu kita ni okeyh!!! Lagi satu ACNE MASK  yang aku pakai ni warnanya sangatlah rare okeyh sebab warna purple uolsss!!! Korang ada??? Huuu... Kalau belum ada jom dapatkan mask ni sekarang!!! ✌
Di bawah ni aku sertakan sedikit info tentang 3 jenis mask ni supaya senang korang nak pilih.

ACNE MASK

- untuk kulit sensitif/allergic

- untuk kulit berminyak
- untuk kulit normal pun boleh
- membersihkan segala bendasing
- detoks wajah
- menegangkan wajah
- menghidratkan dan menegangkan wajah
- mencegah dan memudarkan jerawat
- membuang whitehead dan blackhead
- meremajakan wajah


HYDRATING MASK

- memberi kesan glow pada wajah

- menghilangkan kulit kusam dan kering
- menyihatkan kulit wajah
- mengawal minyak 
- menyeimbangkan kulit wajah
- menghidratkan kulit wajah


WHITENING MASK

- merawat kulit muka tidak sekata

- memudarkan parut jerawat
- mencerahkan wajah
- melembutkan wajah



Thursday, December 26

HS giveaway

mimi_atia | 3:58 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Jom pakat-pakat join giveaway from Hana Sakura a.k.a HS ^_^ Kalau berminat nak join 
klik je kat SINI okeyh!!! 

Giveaway ni adalah salah satu giveway paling senang aku pernah join sebab hanya 
perlu buat entri berkenaan giveaway ni je. Tak perlu copy gambar or anything yang sewaktu dengannya. Hekhek...Dan yang paling penting tak perlu lah nak like 
banyak-banyak benda. Ok, dapat tak dapat belakang kira sebab yang penting kita saling support blogger-blogger semua ^_^ 

Friday, November 29

tshirt printing ih giveaway by Hazwan Hairy

mimi_atia | 2:51 PM | 1Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


ASSALAMUALAIKUM


Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013




SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini

2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..


Simple saja kan..



HADIAH :

1 helai baju I Love Blogging

2 helai baju Geek

2 Fridge Magnet Krabi

5 Keychain Krabi



Pemenang akan di pilih melalui Random.org

Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 


Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..



end year giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah

mimi_atia | 2:38 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah hari ni aku dah join dua giveaway. Bukan apa, sebab dah lama sangat tak 
join giveaway ni. Jadi, bagi sesiapa yang nak join jugak. Jom ramai-ramai kita sertai giveaway ni di samping dapat kenal antara sesama blogger ^__^ Nak join klik je banner 
di bawah okeyh!!! Hadiah menarik menanti anda!!! 




giveaway peserta bertuah

mimi_atia | 1:55 PM | 2Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah di petang jumaat yang mulia ni dapat lagi aku join satu giveaway oleh Yumida. Bagi sesiapa yang nak join boleh lah halakan cursor anda dan tekan laju-laju 
pada banner di bawah ^__^ 



KLIK
BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan
ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama
kita raikan GA simple ni.



TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Thursday, November 28

simple giveaway by Love Cathy Doll

mimi_atia | 4:04 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dah lama tak join giveaway ^_^ Jadi, hari ni masa ngah godeh-godeh blog yang buat tutorial untuk cantikkan blog bagi gebu gebas gitu maka terjumpalah giveaway ni. Sesiapa yang nak join jemput ye semua ke blog SI GADIS UNGU 


Setiap penyertaan mesti ada syarat-syaratnya kan. Jadi di bawah ni aku sertakan syarat-syarat giveaway oleh SI GADIS UNGU ni :

1) buat satu entri bertajuk 'simple giveaway by Love Cathy Doll'.
2) copy banner yang sama macam aku copy dan letakkan kat post ni pastu backlink kan ke entri SI GADIS UNGU tu
3) follow blog SI GADIS UNGU
4) wajib like 2 fanpages --> lovecathydoll dan zuraonlineshopping
5) tag kawan-kawan (tak wajib pun)
6) tinggaklan link entri yang kita dah buat ni kat ruangan komen entri giveaway SI GADIS UNGU tu

Tuesday, November 26

ronda-ronda: cameron highland, pahang

mimi_atia | 4:33 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Cameron Highland tempat yang sejuk...dingin...cantik gitu pemandangannya siapalah yang tak nak pergi kan? Sebenarnya trip ke CH ni dah lama aku join waktu aku belajar di semester 2. Fuiyooo!!! Itu memang sangat lama. Jadi, aku tak nak banyak melalut sangat dan aku akan terus straight to the point tentang trip 2 hari 1 malam ke CH ni bersama coursemate aku. Alhamdulillah perjalanan kami ke CH berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah di pertengahan perjalanan. Dari tempat aku belajar ke CH ni mengambil masa lebih kurang beberapa jam je (aku tak hengat berapa jam). 

Kami sampai di CH ni terus ke tapak penanaman sayur-sayuran yang mana tempat ni merupakan pembekal utama sayuran di CH dan juga kawasan sekitar CH hingga ke KL. Sampai kat tapak penanaman tu, kami diberi penerangan tentang penanaman secara organik dan sebagainya yang berkaitan dengan penanaman sayuranlah.   


kawasan penanaman sayuran di CH

Lepas dah dengar segala penerangan dan dah snap gambar entah berapa banyak. Maka kami beransur keluar dan kemudiannya pergi ke tempat paling best lah kat CH ni iaitu ladang starwberi!!! Hehehe... Kalau tak pergi ke ladang strawberi memang tak lengkap rasanya lawatan ke CH ni. Rasa macam ada kurang je kalau tak dapat menikmati kelazatan buah strawberi di sini yang dipetik segar dari ladang. Ladang strawberi yang paling terkenal di CH ni ialah ladang Al-Mashoor (kalau tak silap aku lah) iaitu ladang pengeluar strawberi yang terbesar di sini. 

selain strawberi, kaktus pon ade jugak
subhanALLAH!!! strawberi yang sedang masak ranum aummm!!!
yang pakai spek hitam tu pensyarah kami yang sangat baik
bukan student tau walaupun wajah beliau masih muda 


Hari pun dah petang, badan kami pun dah letih. Maka, kami semua gerak ke hotel rehatkan badan kejap dan menikmati betapa sejuknya air mandi kami. Huhuhu... Tahan je lah kan, kata kulit tebal. Pada sebelah malam, kebetulan ada pasar malam kat kawasan hotel kami, jadi kami pun ronggeng ramai-ramai pakat-pakat pergi ke pasar malam. Pasar malam nye besar standard macam pasar malam biasalah kan. Aku tak ade beli apa-apa pun, cuma pusing-pusing cuci mata. Mata pun dah ngantok sangat dah dan badan oun kena rest cukup-cukup sebab esok nak pergi MARDI.

Bila sampai di MARDI tu aku ingat tempatnya biasa-biasa je. Rupa-rupanya sangat luar biasa dengan landskap yang cantik...bunga pelbagai jenis, bentuk dan rupa...siap ada tanam pokok teh lagi tau. Kami dengar serba sedikit penerangan oleh pegawai MARDI tersebut dan  snap beberapa keping gambar sampai habis bateri kamera. Hahaha!!! Lepas dah habis pusing-pusing satu MARDI, kami pun gerak balik ke universiti. Cuti sudah habis!!! Hohooo...

besarnyerrr!!! makan baja ape ni???
cantiknyerrr!!!
landskap yang menarik di MARDI

gambar WAJIB ada okeyh...huuu...gambar kenangan ngan coursemate

Wednesday, November 13

resepi: donut jagung a.k.a corn bomboloni

mimi_atia | 12:59 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Corn bomboloni??? Donut jagung??? Huhuhu... Yang mana satu nie??? Sebenarnya dua-dua pun nama dia ni ^__^ (memang tamak). Corn tu maksudnya jagung manakala bomboloni pula ialah donut dalam bahasa Itali. Maka terciptalah nama Corn Bomboloni. Kelasss gitu ^_^ !!! Corn bomboloni adalah projek inovasi makanan yang aku dan geng-geng aku buat sewaktu belajar di universiti dulu. 

Aku buat entri tentang resepi ni sebab hari tu kawan aku ade call bertanyakan resepi ni ada tak post di blog??? Aku pun tak berapa pasti sangat dan lepas godek-godek aku tengok belum ada post tentang resepi ni jadi aku buat entri ni khas untuk kawan aku Wan Shazwanie yang tengah preggy ^__^ 


PORSI = untuk 10 orang makan

BAHAN-BAHAN

700g tepung gandum
250g marjerin
3/4 paket yis
1 tin jagung manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

_______________________________________________________

CARA-CARA

1. Bancuhkan yis dengan sedikit air dan kemudian biarkan ia seketika. Janganlah biarkan semalaman pulak sebab itu dah dikira melampau. Agak-agaklah nak biarkan yis a.k.a ibu roti tu sendirian. Huhuhu...



2. Adunkan tepung gandum, marjerin, gula, jagung manis yang dalam tin tu (jangan campak dengan tin-tin sekali tau), garam beberapa cubit, yis dan sedikit air.
Okeyh!!! Part tambah air ni paling penting sebab memandangkan dalam jagung tin manis tu dah banyak air adalah sangat-sangat penting untuk letak jagung tin manis tu terlebih dahulu sebelum letak air. Tapi kalau agak-agak doh tu dah cantik jangan nak mengada-ngada letak air okeyh!!! Kemudian biarkan doh tersebut ditutup dengan kain lembab untuk bagi yis tadi memulakan kerjanya untuk mengembangkan doh tadi kasi gebu-gebu macam kak ton. Hahaha!!! 



3. Kemudian bentukkan doh tadi menjadi rupa donut dan susun cantik-cantik atas pinggan yang disapu tepung sebab tak nak donut tu melekat di pinggan. Tapi kami hamparkan pelapik plastik bersih atas meja dan tabur tepung atas pelapik tersebut dan susun. Biarkan donut tu seketika untuk kembangkan dan gebukannya lagi.   



4. Lebih kurang 20 minit donut dibiarkan mengembang, proses seterusnya adalah menggorengnya. Huhuhu... Nyum!!! Nyum!!! Nyum!!! Bila dah kekuningan maksudnya ianya sudah sedia untuk dimakan. Yeayyy!!! Susun cantik-cantik atas pinggan dan dihidangkan bersama tea 'o' panas untuk minum petang. Jom makan!!! ^__^