GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Wednesday, July 24

dalam sujud cintaku

mimi_atia | 12:37 AM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Photo: ...Dalam Sujud Cintaku..


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Dalam sujud cintaku

Kau berikan aku segala-galanya dan
Kau menguji aku dengan cinta dunia
Yang sungguh indah lantas
Kau hiaskannya dengan intan permata
Wanita yang cantik parasnya dan 
Kedudukan yang akan memalingkan aku 
Dari-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
Sungguh tak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
Juga masih belum aku mampu
Meski saban hari aku mencuba dan terus mencuba
Hingga suatu saat aku seakan tidak berdaya lagi

Dalam sujud cintaku

Fanaku diulit rasa rindu yang amat mendalam
Getirnya cemas mencengkam di kalbuku
Terasa takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
Aku hidup dan pada-Mu jua aku akan kembali kelak
hanya pada-Mu 
dalam sujud cintaku


p/s-->nukilan AKU    

No comments: