GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Tuesday, March 19

projek pertama reka cipta -->'balancing toys'

mimi_atia | 2:48 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Di petang yang sejuk dingin ditemani dengan bau gerimis hujan yang bakal turun ni aku nak cerita sikit tentang projek subjek reka cipta yang pertama yang mana yang dah siap dah pun. Nak buat projek ni taklah susah dan taklah senang sangat pun. Bahagian yang paling susah adalah cara kita reka barang mainan tersebut agar dapat diimbangkan terutama apabila kita huyung-hayangkan barang mainan tu ianya akan automatiklah terhuyung-hayang jugak kan dan kembali seimbang seperti sebelum kita huyung-hayangkan ia. Bhahaha!!! 
(ini bukan mengarut ini betul-betul)  

Jadi, inisiatif yang aku ambil adalah dengan mengambil sikit idea daripada kawan aku. Hahaha... Aku tak ciplak sepenuhnya taw sebab aku pun taw yang menciplak bukanlah satu amalan yang mulia (amaran keras!!! --> jangan tiru amalan ini) Aku buat barang mainan bentuk binatang si ANDROID hijau tu sebab aku memang hantu ANDROID.   

Hampir seminggu juga aku bertungkus-lumus menyiapkan barang mainan ni sebab memang seminggu je pensyarah aku bagi masa untuk buat barang mainan ni dan akhirnya inilah hasilnya. Tadaaa!!! Penat lelah dan hasil tidor lambat berbaloi-baloi. 

sila abaikan meja yang bersepah itu ok...huuu

Bila dah siap jadi si binatang ANDROID hijau ni pun bersiap sedialah untuk 'berperang' hiyaaakkkk!!! Hahaha...Sebenarnya, lepas dah siap kami kena hantar benda ni dan benda ni akan dipertandingkan dalam kelas. Uwaaa!!! Aku tak yakin yang ANDROID aku boleh 'berjoget' dengan lama. Dan memang ternyata ANDROID aku tak mampu 'berjoget' lama sebab ANDROID aku ni pemalu macam tuannya. Aceceh... Hahaha!!! Walaupun tak dapat bertahan lama, ANDROID aku dapat jugaklah tempat ketiga. Hikhik!!! 





Usaha aku dan rakan-rakan lain berbaloi-baloi jugaklah. Tapi, pensyarah aku cakap segala projek yang kami buat akan dipamerkan bukan buat tontonan umum tetapi untuk dijual juga. Erkkk...(mata kebil-kebil) ada ke orang nak beli ANDROID macam ni? Hahaha... Jadi pada sesiapa yang teringin nak miliki ANDROID ni aku sangat alu-alukan sebab setiap jualan merupakan markah bagi aku dan rakan-rakan. Jadi bantulah kami!!! Yeahhh!!! (buat muka comel mintak simpati) 


No comments: