GIVEAWAY AND BLOGWALKING MOOD...

Thursday, February 14

rumah sewa baruku di Tanjong Malim

mimi_atia | 6:31 PM | 0Comments |
Bismillahirrahmanirrahim


Rumah sewa baruku di Tanjong Malim yang sangat...sangat...dan sangat dot dot dot. Tapi alhamdulillah kenalah berpuas hatikan. Tapi sebenarnya aku agak kecewa melihat keadaan rumah yang aku rasakan semacam tidak berbaloi. Namun apakan dayaku sebab ni je rumah yang paling dekat dengan kampus yang mana tidak memerlukan aku naek turun bas untuk ke kelas. Hanya dengan berjalan kaki dan dapat sampai awal ke kelas. Awal ke??? (biar aku je la yang tahu...hekhek)

Rumah sewa yang aku duduk sekarang ni merupakan rumah kedai yang mana di bawahnya terdapat pelbagai jenis kedai kecuali kedai emas. Hahaha...Jangan marah aku gurau je tapi memang betul tak de kedai emas kat sini. Jadi tak yah nak berangan nak beli gelang emas, cincin emas dan yang sewaktu dengannyalah tapi tak termasuk gigi emas. Hahaha...

Rumah ni ada 9 bilik 1 stor dan 3 bilik air+jamban. Satu bilik kongsi dua orang dan sewa RM***.** (korang agaklah sendiri berapa sewanya) tapi tak termasuk bil air dan elektrik taw. Kemudahan dalam rumah ni memang banyak macam tv hitam putih, peti sejuk, mesin basuh automatik tekan-tekan je, dapur+gas dan yang penting ada streamyx jadi tak perlulah aku cucuk 'brok'band. Banyak kemudahan macam ni jadi banyak jugaklah bil nya nanti. Jangan terkejut sudah dan terus buat-buat pengsan sebab tak nak bayar bil. Hukhuk...Tapi yang paling sedih bagi aku ialah langsung tak ade almari pakaian yang mana hanya ada rak besi sahaja. Namun, aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya adalah jugak tempat nak letak baju daripada langsung tak ade.  

Nak tengok tak bilik dan kawasan ruang tamu rumah kami? Hikhik...mesti korang semua jeles nanti. Kompem!!!



nampak tak tv yang kiut miut tu? <-- ruang tamu 

tangga rumah...tinggi sangat!!!

lawa tak bilik kami??? siap ada tiang taw tapi tak leh
buat pole dance ok sebab tiang tak sesuai!!! gurau je taw...

No comments: